Friday, January 5, 2018

TIPS KESELAMATAN MAKANAN #2

Assalammualaikum

Sempena hari Jumaat yang mulia ini saya dengan sukacitanya menyambung segmen Tips Keselamatan Makanan sesi tahun 2018. Walaupun Tips untuk tahun 2017 sempat post satu entri je pun. Hehe

Kenapa saya berkongsi Tips Keselamatan Makanan?

Disebabkan saya adalah seorang Pegawai Teknologi Makanan. Hehe. Tidaklah juga. Sebenarnya kes keracunan  makanan  di Malaysia ni sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Walaupun negara semakin membangun, nak capai tahun 2020 pun, kes keracunan makana yang berlaku sebenarnya agak membimbangkan.

Kalau tak percaya boleh tengok Infografik di bawah :


Kalau ikut statistik ini, sekurang-kurangnya 40 orang mengalami Keracunan Makanan setiap hari. memang kita rasa penyakit Keracunan Makanan ni penyakit biasa tapi kalau tidak dirawat dengan baik boleh membahayakan nyawa juga. Pernah dengar kan ada yang mati disebabkan keracunan makanan semasa kenduri kahwin dulu?

Apapun, kita sambung lagi beberapa Tips Keselamatan Makanan untuk manfaat bersama


Kalau peralatan yang dah berkarat atau rosak tu eloklah buang saja ye. Kalau memang pisau warisan zaman berzaman tu eloklah gantung masuk dalam frame ya.


Inilah cara penyahbekuan yang betul ya puan-puan sekalian. Jangan biarkan je ayam atau daging tu terendam dalam air yang tidak mengalir.


Jangan sesekali beli makanan yang terus berbungkus dengan surat khabar. Kalau digunakan sebagai pembungkusan luar barulah boleh


Minyak masak yang dah gelap tu buanglah ya. Makanan pun jadi tak sedap nanti


Haaa, gunalah tuala yang berbeza untuk setiap penggunaan. Janganlah guna tuala lap meja untuk lap peluh juga.

Okay, setakat ini sajalah ya. Semoga menjadi pedoman untuk semua pada hari Jumaat yang mulia ini

Sekian

3 comments:

  1. thanks for the tips...akn abe kie amalkan..

    ReplyDelete
  2. Mama setuju.. peralatan yg dh X elok xyah lah simpan jgn sayang2 lagi. Peringatan utk mama

    ReplyDelete
  3. nice sharing. PTM dekat daerah mana? di Sabah kan? bab minyak tukar warna tu, memang antara priority bila nak membeli di pasar malam. Geli jugak kadang-kadang bila intai minyak masak peniaga ni. sebab dah berubah warna

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...