Friday, November 24, 2017

APLIKASI ISLAM IOS YANG BERBALOI-BALOI DIBELI

Assalammualaikum

IOS sangat popular dengan banyaknya aplikasi yang sangat bagus dan menarik tetapi perlu dibeli dengan harga tertentu. Dari pandangan saya sebagai pengguna yang pernah juga menggunakan telefon Android, aplikasi di dalam IOS lebih bersih, kurang lag dan tidak dibanjiri dengan iklan-iklan yang tidak wajar. 

Oleh yang demikian, tidak hairan ramai sanggup berbelanja lebih mendapatkan aplikasi IOS mahupun Iphone sendiri untuk kegunaan sehari-hari. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Asalkan jangan bergaduh mana OS yang paling bagus sudahlah. Kedua-dua ada kelebihan dan peminat masing-masing

Tapi pada hari ini saya sangat bermurah hati untuk berkongsi dengan anda semua satu aplikasi Islam versi IOS yang sangat berbaloi-baloi untuk dibeli. 

Aplikasi tersebut adalah IMAN PRO

Ulasan saya ini adalah sekadar pendapat peribadi saya dan saya tidak mendapat apa-apa keuntungan dalam memberikan ulasan ini. Tetapi kalau ada pembangun IMAN PRO yang terbaca blog ini dan mahu memberikan royalti apalah salahnya. Berangan

Secara ringkasnya IMAN PRO adalah salah satu aplikasi yang menunjukkan pelbagai ciri penting untuk kegunaan umat Islam seperti waktu solat, arah kiblat, masjid-masjid terdekat dan lain-lain.

Jom layan gambar-gambar di bawah. Di screenshot terus dari Iphone saya.


Paparan waktu solat yang sangat minimal. Mudah untuk dilihat. Ada tempoh masa ditunjukkan sebelum masuk waktu seterusnya. Memudahkan kita untuk pengurusan masa. Tapi jangan gunakan ciri ini untuk melambatkan solat pula.


Arah kiblat yang sangat-sangat mudah digunakan. Letak sahaja di lantai kemudian pusingkan telefon anda ke arah nombor pada Qibla Bearing itu. Bila sudah ngam bacaan di Current Bearing dan Qibla Bearing. Maka itulah kiblatnya. senangkan? saya sudah bandingkan dengan beberapa aplikasi lain dan cuba sendiri di surau dan masjid. Memang tepat.


Nak cari masjid pun punyalah senang. Terus dapat kesan di mana masjid dan surau yang terdekat. Sangat penting ketika travel. Tiada sudah alasan lambat solat sebab tak jumpa surau atau masjid okay



Ada juga Mathurat. Boleh baca bila-bila free. Tulisan pun terang dan jelas


Best bila ada counter untuk zikir dan tasbih. bagus untuk imam dan bilal yang bawa tahlil. Tak silap kira lagi


Boleh baca Asmaul Husna. Selalu terlupa baca kan


Kalau masa travel dan keliru cara mengerjakan solat Jamak boleh rujuk di sini. 




ini pula adalah page Setting untuk aplikasi ini. mudah sangat difahami. Notifikasi pun boleh disetkan. Boleh set azan penuh, azan pendek, 5 minit sebelum azan dan macam-macam lagi boleh.


Akhir sekali ada widget yang sangat mudah untuk dilihat apabila ingin mengetahui waktu solat. Widget ini pun boleh di customize ikut citarasa sendiri

Harga aplikasi ini hanyalah RM12.90 sahaja.

Murah kan. Untuk selama-lamanya plak tu selagi hayat dikandung badan dan selagi memakai iphone.

Saya sudah memakai aplikasi ini hampir 2 tahun dan tidak pernah mengecewakan. Pembangun pun selalu kemaskini aplikasi ini. Jadi memang berbaloi-baloi sangatlah

Sekian ulasan saya, semoga bermanfaat untuk semua. InsyaAllah.

Thursday, November 23, 2017

TIPS KESELAMATAN MAKANAN #1

Assalammualaikum

Oleh sebab saya adalah seorang pegawai kerajaan yang bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia dan terlibat pula dengan hal-ehwal keselamatan makanan, maka elok juga sekiranya saya berkongsi beberapa tips-tips keselamatan makanan untuk peringatan kita bersama.

Saya sebenarnya tidaklah berapa pandai tetapi sedikit ilmu ini sekiranya dapat dikongsi bersama mungkin dapat memberi manfaat kepada sahabat-sahabat yang membaca.

Okay. Tips kita pada hari ini adalah berkaitan dengan Pemilihan Bahan Mentah

Malas membebel panjang-panjang. Terus tengok Infografik di bawah yer








Saya rasa sahabat semua pun lebih arif dalam pemilihan bahan mentah ini kan. Namun, kadang-kadang kecuaian kita dan sikap ambil mudah dalam memilih bahan mentah yang terbaik selalu menyumbang kepada keracunan makanan. 

Keracunan zaman sekarang ini bukan calang-calang tau. Mungkin kita biasa cirit-birit, muntah-muntah dan kita terus anggap tersalah makan. Tetapi sekiranya tidak dirawat dengan cepat mungkin akan terus memudaratkan dan boleh membawa MAUT.

Jadi berhati-hatilah sentiasa.


Wednesday, November 22, 2017

SPM FEVER GIVEAWAY


Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Bersempena dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula pada hari ini, 6 Nov 2017, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati dengan secara rasminya melancarkan SPM Fever Giveaway. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan pelbagai hadiah menarik dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Pertama: Full Edit Blog X 1 pemenang
Hadiah Kedua: RM30 X 1 pemenang
Hadiah Ketiga: Instant Shawl X 2 pemenang
Hadiah Keempat: Preloved Novel X 3 pemenang
Hadiah Kelima: Buku Agama X 1 pemenang
Hadiah Keenam: Buku Cerita dan Year Planner X 1 pemenang
Hadiah Ketujuh: RM20 X 3 pemenang
Hadiah Kelapan: RM10 X 5 pemenang
Hadiah Kesembilan: Topup RM10 X 8 pemenang

Kesemuanya 25 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie * Henrietta Jose * Aira * Najah Mustapa * Mamapipie * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

2. Follow instagram berikut: (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Hernee Nazir * Najah Mustapa * JMBelog * Shalimar Yusof * Lea Azleeya * Sheila Adziz * Kak Yong * Pokucu * Nona Sani *

3. Like Facebook berikut:

* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * JMBelog * Shalimar Yusof * Shikin Razali * Kak Yong * Pokucu *

4. Follow Google Plus berikut:

* Abam Kie * Hernee Nazir * Aira * Sheila Adziz * Shikin Razali *

5. Letakkan URL Blog Mamapipie di dalam blog list anda.

6. Buat entri bertajuk 'SPM Fever Giveaway'.

7. Salin dan tampal kod HTML di bawah:

8. Dengan tidak melebihi 100 patah perkataan, tuliskan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa menduduki SPM dahulu. Contohnya, terlewat bangun, terlupa membawa MyKad, terpaksa ambik periksa di dalam wad, terkantoi dengan pengawas SPM dan sebagainya. Perenggan ini hendaklah ditaip di dalam entri anda dengan menggunakan huruf italic. Pemenang-pemenang akan dipilih berdasarkan coretan pengalaman yang paling menarik dan asli (authentic).

9. Terbitkan

10. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri di SINI sahaja.

11. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini.

Jom klik di SINI jika nak join SPM Fever Giveaway.
Peraduan berlangsung sehingga 11.59 malam, 30 November 2017.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

PENGALAMAN SEMASA MENDUDUKI SPM

Berdasarkan ingatan saya yang tidak seberapa ini, pengalaman menghadapi SPM hanya biasa-biasa saja. Almaklumkan saya pun bersekolah di Sekolah berasrama, jadi perjalanan sehari-hari mengambil peperiksaan adalah sama juga dengan hari-hari persekolahan biasa. Cuma debaran untuk mengambil setiap kertas tu memang tak dapat digambarkanlah. 

Apa yang saya ingat adalah, semasa menjawab kertas soalan subjek Bahasa Melayu bahagian penulisan. Saya tersilap menjawab format soalan tersebut. Soalan tersebut meminta menulis surat rasmi tetapi saya tulis surat tidak rasmi. 

Kesalahan itu hanya saya sedari beberapa minit sebelum masa peperiksaan tamat. Apa lagi kelam kabut tak hengat lah masa tu. Dalam hati memang berdoa sajalah yang saya tersilap semak ataupun pemeriksa dapat berikan markah kesian. Sampai seminggu juga susah hati tetapi nak bawak sampai ke manalah susah hati tu. Redha dan tawakal saja pada Allah

Alhamdulillah, keputusan peperiksan subjek Bahasa Melayu tidak teruk (sebenarnya dapat A1). Lega betul sebab banyak kesan kalau tidak dapat keputusan cemerlang untuk subjek ini. tak pasal-pasal kena bahan dengan famili cakap Bahasa Jawa ke kat rumah.

Keputusan untuk subjek lain pun okay dan mencerahkan peluang untuk melanjutkan pelajaran. Sampailah dah bekerja sekarang. Kepada adik-adik yang menjawab SPM tu, relax-relax saja okay. Walau apapun keputusan yang diterima nanti, redha dan terima dengan hati yang tenang dan syukur. Hidup masih panjang. Banyak lagi cabaran dan rintangan yang perlu dilalui

Akhir kata

Good Luck and all the best.

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2016

Assalammualaikum

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Ini adalah post throwback

Setelah lebih 3 tahun berkhidmat sebagai seorang Penjawat Awam di Negeri di Bawah Bayu ini dapatlah juga merasa memegang gelaran pekerja dengan perkhidmatan cemerlang. Walaupun kebanyakan orang kata anugerah ini diberikan secara giliran kepada semua penjawat awam yang memenuhi syarat, namun apalah salahnya kita melihat dan berpadangan pada sudut yang berbeza

Saya jadikan anugerah ini sebagai pembakar semangat untuk menjadi pekerja yang lebih cemerlang pada masa akan datang dan memberikan dedikasi yang sewajarnya terhadap jawatan yang dipegang. 

Lagipun, saya menerima anugerah ini lebih awal daripada rakan-rakan seangkatan yang lain. Jadi penghargaan seperti ini walaupun nampak kecil wajarlah disyukuri sepenuhnya oleh saya.

Sehingga hari ini saya masih lagi seorang Pegawai Teknologi Makanan di sebuah Pejabat Kesihatan Kawasan di Sabah. Baru tiga tahun lebih berkhidmat and more years to come. Pencen pun lagi berpuluh tahun lagi. Semoga anugerah ini menjadi penguat semangat untuk menjadi lebih baik. InsyaAllah

Dan semoga dapat cepat pindah ke semenanjung juga. 

Gambar blur sebab scan dari gambar original. Jadilah





TUKAR WAJAH

Assalammualaikum
Bersempena dengan tahun 2018 yang bakal menjelma tidak lama lagi, marilah kita buat transformasi sedikit pada blog yang tidak seberapa ini. Bukan untuk tatapan pengunjung yang tak ramai pun datang tapi semata-mata untuk kepuasan sendiri yang menjengah blog ini saban hari untuk baca Reading List blog lain

Mungkin untuk menambah semangat kembali berblogging yang telah sekian lama terpadam. Mohon doakan ya

Mungkin kandungan blog ini pun perlu berubah mengikut peredaran zaman dan usia tuan punya blog yang memang pun sudah semakin tua. InsyaAllah, saya akan cuba sedaya upaya yang mungkin

Apapun, kepada pengunjung yang mungkin tersesat datang ke blog ini, Selamat Datang saya ucapkan. Harap dapat datang kembali

Sekian

Sunday, August 13, 2017

SENYUM SELALU

Hidup ini singkat
Sangat singkat
Jadi
Tiadalah salah untuk senyum walau terlalu banyak mehnah yang datang
Teruskan tersenyum

Friday, July 7, 2017

SELAMAT HARI RAYA

Bismillahirrahmanirrahim


Assalammualaikum


Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


InsyaAllah, memang tidak ada salah silap saya sepanjang tahun lepas sebab dah setahun lebih pun blog ni sunyi sepi.


Semoga lebaran kali ini adalah lebih baik dan terindah daripada tahun-tahun lepas


Lebaran tahun ini memang paling indahlah bagi saya dan keluarga kerana.....




tahun ini sudah beraya berdua


doakan hubungan kami kekal bahagia hingga ke jannah. InsyaAllah


Tahun depan beraya bertiga pula


Alhamdulillah

Thursday, July 6, 2017

EKPEDISI GUNUNG KINABALU

Assalammualaikum
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

En Ilham kembali beraksi semula selepas membiarkan blog ini bersawang penuh dengan sarang labah-labah, sarang tebuan, sarang lebah madu kelulut dan yang sewaktu dengannya selama setahun lebih

Oleh sebab entri sebelum ini berkenaan projek mendaki bukit, maka eloklah entri baru ini ada kesinambungan. 

Ekspedisi Gunung Kinabalu 2016

Setahun punya cerita baru nak throwback. Semoga ada yang membaca

Untuk pengetahuan semua, kalau nak mendaki Gunung Kinabalu memang kena tempah tersangat awal. Kalau boleh setahun lebih awal. Saya dapat naik kali ni pun sebab ada group yang ahlinya tarik diri. So saya dengan rasa over-confident dan rasa stamina dah cukup, menawarkan diri untuk slot in dalam group tu

Pakej Bayaran : RM450 (Termasuk Malim Gunung, Penginapan 1 malam di Laban Rata, Makan Minum sepanjang pendakian naik turun dan sijil)

Porter tolong angkat barang tak silap RM10 untuk 1kg

Jadi lepas ni kita layan gambar jelah

Homestay
Tempat homestay kitorang menginap sebelum mendaki esoknya. tak ingat pula nama homestay ni tapi berpatutan sangat. RM 20 seorang sebab kami duduk dorm. kalau tinggal bilik ada mahal sikitlah

ID Pendaki
Semua pendaki akan dapat nametag ni. kena pakai setiap masa. paling penting ID ni kena tunjuk masa dah nak sampai puncak membuktikan kita dah dapat sampai puncak dan dapat sijil bewarna.

1st Gate Pondok Timpohon


Porter
inilah porter yang tolong angkat barang. Tong gas, tong air dan segala tong yang berkaitan memang diorang selamba je angkat


Laban Rata

Group Kami
 gambar atas ni sebelum pendakian dari Laban Rata nak ke puncak

Puncak Gunung Kinabalu
 Alhamdulillah, akhirnya sampai puncak




so far semua ok, cuma sakit kaki tu memang seminggu jugaklah nak baik. kalau tanya nak naik lagi ke tak. Jawapannya adalah NO THANK YOU. muahahaha. banyak lagi gunung lain kat Sabah ni yang boleh naik. 

kalau korang nak tanya apa-apa, just drop comment ok. InsyaAllah, akan dijawab sebaik mungkin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...