Monday, January 18, 2016

BUKIT RUHIANG, TAMPARULI

Assalammualaikum

Sebagai salah satu langkah untuk menjadi manusia yang lebih sihat dan cergas, saya cuba untuk melibatkan diri dalam beberapa aktiviti sukan yang tidak memerlukan apa-apa kemahiran spesifik dan perlu belajar dengan lebih mendalam.

Salah satu aktviti tersebut adalah mendaki bukit. Walaupun nafas semput-semput oleh kerana stamina yang masih lagi cap ayam, berjaya jugalah mendaki bukit yang agak mencabar ini. Mencabar bagi saya lah kerana elevation bukit tersebut yang sentiasa menaik dan tiada jalan mendatar walaupun beberapa meter.

Bukit tersebut adalah Bukit Perahu atau lebih dikenali sebagai Bukit Ruhiang oleh masyarakat tempatan. Bertempat di pekan Tamparuli di Daerah Tuaran. Saya tidak pasti berapa ketinggian bukit ini tetapi memang antara bukit yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mendaki di sekitar daerah Tuaran.

Pemandangan di atas memang sangat cantik kerana kita dapat melihat seluruh daerah Tuaran dan kalau bernasib baik Gunung Kinabalu akan jelas terbentang di depan mata.

Curi sekejap bendara negeri Sabah yang memang dipacak di atas puncak bukit

Latar Belakang adalah Daerah Tuaran

Aktiviti lompat-melompat mesti ada.

Merenung jauh ke Gunung Kinabalu
InsyaAllah saya berazam untuk mendaki bukit ini sekerap yang mungkin. Mungkin setiap hujung minggu sebagai persediaan untuk ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu bulan empat nanti. Doakan semuanya berjalan lancar okay.

Friday, January 8, 2016

MENANG HADIAH DARI BLOGGER HASRUL HASSAN

Assalammualaikum

Alhamdulillah, pada hari jumaat yang mulia ini mendapat pengkhabaran gembira. Blog Kau Ilhamku yang tidak seberapa ini telah menang hadiah wang tunai atau top-up bernilai RM10 dari Blogger Hasrul Hassan.

No 20 okay

Sebenarnya inilah kali pertama saya memenangi hadiah daripada blogger melalui Segmen. Rasanya dahulu pernah juga menang hadiah melalui komen terbanyak tetapi saya pun sudah lupa blogger mana yang bagi. Ha Ha Ha.


Apapun terima kasih banyak-banyak bro Hasrul Hassan atas hadiah yang tidak disangka ini. InsyaAllah menjadi penyuntik semangat untuk terus berblog dan menulis entri-entri baru. Juga untuk blogwalking blog-blog yang menyertai segmen yang sama. Amin

Jom kita sama-sama melawat blog bro Hasrul Hassan ini ok

Monday, January 4, 2016

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER

Assalammualaikum

Sudah lama juga saya tidak menyertai segmen seperti ini. Paling terkini mungkin awal tahun lepas. Oleh kerana semangat mahu berblog sudah membara buat masa ini, jadi apalah salahnya turut serta segmen pada kali ini pula. Harap-harap selepas ini ada jugalah hati-hati yang sudi membaca blog yang serba kekurangan ini. Ha Ha Ha.


Serba ringkas tentang diri saya. Nama sebenar adalah  Syamil. Nama pena untuk blog ini adalah En Ilham bersempena dengan nama blog ini sendiri iaitu KAU ILHAMKU dengan harapan dapatlah memberi sedikit sebanyak ilham kepada pembaca yang singgah di blog ini. Berkhidmat sebagai penjawat awam di sebuah negeri yang mendapat gelaran negeri di bawah bayu. Masih bujang kerana tiada siapa berkenan. Hu Hu Hu.

Azam tahun baru untuk blog ini adalah untuk kemaskini  dengan entri baru setiap hari  dan paling teruk pun sekali dalam seminggu. Jadi tidaklah bersawang sangat seperti sebelum ini sampai tuan rumah hendak masuk pun boleh terbersin berpuluh kali. 

Harap dengan segmen ini dapat juga mengenali sahabat baru dan kita saling bertukar-tukar ilmu dan pengalaman anda semua berblog ya.



Sunday, January 3, 2016

CABARAN BACA BUKU 2016

Assalammualaikum


Kali terakhir saya menyertai cabaran baca buku melalui Goodreads adalah pada tahun 2014. 

Disebabkan oleh kekangan masa dan tugasan kerja yang semakin meningkat menyebabkan cabaran tersebut terpaksa dilupakan untuk tahun 2015. Alasan yang tidak boleh diterima pun sebenarnya

Apapun, azam tahun 2016 adalah untuk mencabar diri sendiri membaca sebanyak 50 buku sepanjang tahun ini. 

Genre dan jenis buku adalah bebas. Semua buku yang sudah dibeli dari tahun-tahun lepas perlu dibaca pada tahun ini. 

Setelah semua buku tersebut habis dibaca barulah saya akan membenarkan diri ini membeli buku baru. Mungkin beberapa pengecualian boleh diberikan untuk beberapa buku baru. He he he

Doakan saya berjaya untuk tahun ini. Kepada kawan-kawan yang ingin menyertai cabaran ini boleh terus ke laman Goodreads. Laman sosial khas untuk pencinta buku.





Saturday, January 2, 2016

TUARAN DI DALAM NOVEL

Assalammualaikum

Sedang baca satu novel dari Ismi Fa Ismail berjudul Seruan Kedua

Satu halaman yang yang cukup menarik perhatian saya


Tuaran, Sabah

Tempat di mana saya berkhidmat sekarang. Sudah hampir tiga tahun rupanya. 

Masa yang sangat pantas berlalu membuatkan kadang-kadang kita terlupa untuk merasa manis setiap detik indah yang menyinggah

Membuatkan kita lupa juga untuk bersyukur

Berkhidmat di negeri di bawah bayu ini juga salah satu detik manis yang berlaku dalam kehidupan saya.

Friday, January 1, 2016

TAHUN BARU 2016

Assalammualaikum

Selamat Tahun Baru 

Mimpi baru, impian baru, azam baru, keinginan baru

Sebenarnya semua kitar semula tahun-tahun yang dulu

InsyaAllah, semoga diberi lebih berakah dan rahmah pada tahun baru ini


Azam tahun baru untuk blog ini:

Update blog sehari sekali maksimum

Update blog seminggu sekali maksimum

Moga istiqamah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...