Wednesday, July 15, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Raya Tahun 2014

Assalammualaikum

Ramadhan kali ini saya rasakan begitu pantas berlalu, lebih pantas dari tahun-tahun sebelumnya. Sepertinya saya baru sahaja menikmati juadah berbuka puasa pada 1 Ramadhan yang lepas tetapi hari ini sudah pun masuk 28 Ramadhan. Sangat beruntung kepada sesiapa yang berjaya menjadikan Ramadhan pada kali ini sebagai bulan terbaik dalam hidup mereka dan terlebih beruntung kepada yang dapat menikmati Lailatul Qadr.

Ketika entri ini ditulis saya masih lagi di dalam pejabat di negeri perantauan untuk menyelesaikan beberapa tugasan tertunggak dan tugasan baru terima. Semakin dekat dengan tarikh bercuti saya rasakan semakin banyak juga tugasan yang belum selesai. Begitulah hakikatnya saban tahun kerana biasalah kerja tidak akan selesai selagi seseorang itu belum bersara atau berhenti kerja.

Apapun, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesiapa sahaja yang mungkin tersinggah, terlihat dan terbaca entri ini. Blog ini sudah semakin nazak dari hari ke hari. Entri yang lepas pun saya kira adalah pada bulan Mac. Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan dan kekurangan. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan pada diri kita dan Syawal yang menjelma nanti memberikan seribu rasa kejayaan. InsyaALLAH


2 comments:

  1. ehh kat sabah ke?

    selamat hari raya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya dua tahun sudah berkhidmat di sini. Miss Jard mcm orang sabah jugak kan??Daerah mana??

      Delete