Monday, December 7, 2015

TRAGEDI 4 DISEMBER

Assalammualaikum

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Akhirnya Tragedi 4 Disember itu tiba jua

Terima kasih diucapkan kepada semua yang memberikan ucapan Selamat Hari Lahir samada di Facebook, melalui aplikasi media sosial ataupun dengan ucapan bertentangan mata. Tiada lain yang saya harapkan cumalah ucapan dan doa yang baik-baik sahaja dan semoga kita semua bersama-sama dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan dan dipertingkatkan iman dan dipermudahkan segala urusan.

Semoga saya telah menggunakan 27 tahun yang Allah telah pinjamkan ini dengan sebaik mungkin dan dapat ditambahbaik dari tahun ke tahun sehinggalah masa yang telah ditentukan.

Walaupun umur sudah meningkat dewasa, masih ada lagi sahabat-sahabat yang sentiasa mengingati dan berbaik hati untuk menyambut hari kelahiran saya dengan cara yang tidak disangka-sangka (baca:kejutan). Satu penghormatan dan penghargaan saya rasakan amat tinggi oleh sahabat-sahabat sekalian.

Handmade Chocolate Cake
Kejutan yang sangat berjaya

Minuman Semalam : Hazelnut Macchiato
Sambutan kejutan Hari Lahir ini diadakan di The Bean Factory, Lido Plaza Kota Kinabalu. Sangat sesuai untuk peminum kopi yang sukakan persekitaran yang tenang dan privasi.

Hadiah tradisi daripada geng-geng semenanjung

Hadiah khas dari Semenanjung juga. Siapa yang tidak terharu apabila mendapat hadiah semanis ini??
Sekian Wassalam

Friday, August 28, 2015

SAH JUA AKHIRNYA

Assalammualaikum

Salam Jumaat

Alhamdulillah, setelah hampir dua tahun menunggu akhirnya Sah juga

Bukan sah akad nikah ye, macam lambat lagi nak tunggu sah akad nikah tu

Jadi kita Sahkan diri dalam perkhidmatan dululah


rasanya memang sangat lambat nak tunggu pengesahan dalam perkhidmatan ni, kawan-kawan yang bertugas di semenanjung dah lama sah jawatan.

Tapi apapun sah juga kan, rasa macam secure sikit. walaupun sebenarnya macam tiada perbezaan apa pun.

Semoga dengan pengesahan jawatan ini akan meningkatkan lagi produktiviti kerja dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas. Amiin


Thursday, July 30, 2015

INFOGRAFIK : 10 CARA UNTUK MENJADI LEBIH BERKEYAKINAN

Assalammualaikum 

Untuk menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi kepada sesetengah orang yang mempunyai masalah untuk bersosial ataupun persekitaran kerja dan peribadi yang kurang melibatkan ramai orang.

bagi saya sendiri, walaupun pekerjaan saya memerlukan untuk berjumpa dengan ramai klien, menyampaikan ceramah, memberikan khidmat nasihat namun masalah keyakinan masih lagi kadang-kadang berlaku. Misalnya, apabila memerlukan untuk bercakap di hadapan audiens yang ramai sepenuh auditorium, jantung ini pasti berdegup sangat kencang dan ada juga masa seperti mahu lari sahaja jauh-jauh. 

Tetapi Alhamdulillah, selepas menyampaikan salam semuanya kembali normal dan kadang-kadang sampai terlebih pula masa yang diperuntukkan. Oleh yang demikian, suka saya untuk berkongsi Infografik seperti di bawah berkenaan 10 Cara untuk menjadi lebih berkeyakinan. Ada cara saya rasa boleh dipraktikkan dan ada juga cara yang pada saya kurang praktikal. bergantung kepada individu itu sendiri juga

Tapi yang paling menarik adalah pergi BERCUTI!!!

Sumber : http://www.dailyinfographic.com

Wednesday, July 15, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Raya Tahun 2014

Assalammualaikum

Ramadhan kali ini saya rasakan begitu pantas berlalu, lebih pantas dari tahun-tahun sebelumnya. Sepertinya saya baru sahaja menikmati juadah berbuka puasa pada 1 Ramadhan yang lepas tetapi hari ini sudah pun masuk 28 Ramadhan. Sangat beruntung kepada sesiapa yang berjaya menjadikan Ramadhan pada kali ini sebagai bulan terbaik dalam hidup mereka dan terlebih beruntung kepada yang dapat menikmati Lailatul Qadr.

Ketika entri ini ditulis saya masih lagi di dalam pejabat di negeri perantauan untuk menyelesaikan beberapa tugasan tertunggak dan tugasan baru terima. Semakin dekat dengan tarikh bercuti saya rasakan semakin banyak juga tugasan yang belum selesai. Begitulah hakikatnya saban tahun kerana biasalah kerja tidak akan selesai selagi seseorang itu belum bersara atau berhenti kerja.

Apapun, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sesiapa sahaja yang mungkin tersinggah, terlihat dan terbaca entri ini. Blog ini sudah semakin nazak dari hari ke hari. Entri yang lepas pun saya kira adalah pada bulan Mac. Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan dan kekurangan. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan pada diri kita dan Syawal yang menjelma nanti memberikan seribu rasa kejayaan. InsyaALLAH


Sunday, March 1, 2015

SELAMAT DATANG MAC

Assalammualaikum

Tahun 2015 dirasakan berlalu dengan sangat cepat. Tersangat pantas sehinggkan terlalu banyak perkara baik dan buruk jauh tertinggal dan ditinggalkan di belakang. Pada hari ini bulan Mac 2015 sudah pula menjelma. Dirasakan baru sahaja Malaysia diuji dengan banjir terburuk dengan sejarah kini dirasakan kurang masa dari kerlipan mata, bakal diuji pula dengan suhu panas seperti di negara Asia Barat.

Mungkin saya sendiri yang terlalu hanyut dengan peredaran masa sehingga tidak memperbaiki dan mengurusnya dengan betul ataupun memang ramai insan lain juga yang merasakan perkara yang sama. Apapun, yang berlaku sudahpun berlaku dan fokus perkara masa hadapan itulah yang paling penting pada waktu sekarang.

Bulan Mac 2015 melihatkan satu bulan yang agak sibuk berdasarkan Diari perjalanan kerjaya saya. Banyak perkara baru yang bakal berlangsung dan saya sekarang ini seperti berserah supaya perkara tersebut berjalan dengan lancar. Tentulah dengan usaha yang saya rasakan belum lagi mencapai tahap maksimun dan tawakal yang perlu diperbaiki cara dan tahap konsistennya.

Sedang belajar menjadi Planner Addict
Insyaallah, semoga kedatangan bulan baru ini seperti tahun baru juga yang dipenuhi dengan azam dan semangat yang segar dan sukar untuk pudar. InsyaAllah

Amin

Monday, February 16, 2015

JELAJAH PANTAI TIMUR SABAH PART 2

Assalammualaikum

Happy Monday Everyone. Semangat nak berblog kembali membara nih. alang-alang sedang membara baik terus update blog. nanti kalau semangat dah padam, nak singgah blog sendiri pun malas. hahaha. oklah nak sambung lagi entri blog pasal penjelajahan ke Pantai Timur Sabah (Lahad Datu-Tawau-Semporna) tempoh hari.

Entri kali ni banyak gambar lagi dan masih lagi di sekitar Pulau Bohey Dulang. Terlalu cantik dan indah Pulau Bohey Dulang ni tau sampaikan berjuta gambar dah di snap pun masih lagi rasa tak puas. Nak turun dari bukit tempat melihat pemandangan tu pun rasa berat sangat.

apapun, layan gambar je lah ye. Kalau rasa sakit mata tengok gambar banyak sangat, boleh rehatkan mata dulu pastu singgah balik ok


kita tengok dulu gambar-gambar sekitar Jeti ke Pulau Bohey Dulang ni ok







Layan plak gambar pemandangan Indah (Subhanallah) dari puncak bukit Pulau Bohey Dulang ni







Last Sekali, gambar-gambar seorang jejaka perasan yang memang tak pernah lepas peluang kalau ada orang nak tolong ambil gambar






fuh. memang sangat menyejukkan mata, menenangkan hati dan fikiran. lepas tengok pemandangan ni semua rasa hilang semua masalah. memang sangat berbaloi mendaki setinggi 630m untuk dapatkan keindahan ini.

Semoga ada lagi kesempatan untuk berkunjung ke sini

Friday, February 13, 2015

AL FATIHAH : TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Assalammualaikum

Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita akan dikembalikan.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan maghfirah kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ditempatkan bersama orang-orang yang diredhai olehNya. Amin

Sumber : Astro Awani
Juga sekalung Takziah kepada keluarga dan taulan Pengulas Sukan Malaysia, Hasbullah Awang atas pemergian beliau

Thursday, February 12, 2015

JELAJAH PANTAI TIMUR SABAH PART 1

Assalammualaikum

Lama tak menjenguk blog yang sepertinya hidup segan mati tak mau ini. Habuk pun dah sebelas inci tebal agaknya. Dek kerana perangai tuan empunya blog yang memang tak pandai berubah rajin untuk update blog. Azam 2015 untuk update blog sekali sehari tinggal kenangan terindah sajalah. 

Apapun, back to the main topic, sajalah saya nak cerita serba sedikit tentang pengalaman menjejalah Pantai Timur Sabah pada minggu lepas. Nama je jelajah tapi sebenarnya sekadar lalu sahaja. haha. Tujuan utamanya adalah untuk menikmati keindahan alam di pulau-pulau di Daerah Semporna. Punyalah cantik baq hang. memang rasa macam taknak balik jak.

Part 1 ni akan banyak gambar-gambar sekitar 3 pulau yang saya pergi di Semporna. Layan je lah gambar ye. Detail cara mahu sampai ke sini nanti boleh baca di bawah sekali entri ini.

Pulau Bohey Dulang

DSC_0032
Pintu Masuk ke Pulau Bohey Dulang
DSC_0024
Jeti menghala ke Pintu Masuk pulau
DSC_0033
Jeti pun dah cantik...fuh
DSC_0215
Posing gaya model siket
DSC_0086
Rombongan Cik Bedah yang turut serta dalam ekspedisi ini
DSC_0216
Cantik Bah kan!!!
DSC_0218
Tak tau napa posing gini
DSC_0220
Okay dah takde gaya lain dah
DSC_0043
Subhanallah....

Cantik sesangat kan. Pemandangan ni kami dapat selepas mendaki setinggi 630m dari paras laut. memang sangat memenatkanlah untuk orang yang tak berapa nak fit mcm hamba ni. haha. gambar-gambar ni baru satu pulau ok. ada lagi 2 pulau yang terlibat dalam ekspedisi ini. chewah

Sedikit info bagaimana kami sampai ke sini:

Naik flight dari Kota Kinabalu (BKI) – Sandakan (SDK) : RM98++ return
(Kami turun Sandakan dulu sebab ada kawan akan ambil di airport dan bergerak menggunakan kereta ke Tawau, lebih mudah anda ambil flight terus dari Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur ke Tawau)

Dari Jeti Semporna ke 3 buah Pulau : RM 75 satu kepala termasuk sewa life jacket, permit masuk setiap pulau dan hiking ke puncak Pulau Bohey Dulang. Sebenarnya ikut sewa bot RM600, jadi sebab kami berlapan dapatlah RM75 sorang. pada kami tersangatlah murah jika nak dibandingkan dengan pengalaman yang kami dapat.

Pengembaraan ke Pulau Seterusya akan bersambung di entri lain ok.

Wassalam

Saturday, January 3, 2015

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W

Assalammualaikum

Bersempena dengan Hari Keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW pada hari ini, saya nak kongsikan fakta menarik berkenaan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Almaklumlah saya ni pun bekerja dalam bidang makanan dan kegemaran saya pun makan juga. InsyaAllah, sekiranya kita makan makanan yang Rasullullah suka dan kita niatkan untuk mengikut sunnah Rasulullah, dapat juga ganjarannya InsyaAllah

Tapi janganlah makan sampai mentekedarah plak ye.

-via-


Akhir kata Salam Maulidurrasul kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh pelusuk alam maya ni.

Selamat Tahun Baru 2015 juga