Friday, July 18, 2014

AL FATIHAH MH17

Assalammualaikum

Innalillah wa inna ilahi rajiuun

Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali




Sesungguhnya kejadian ini seperti berlaku dalam mimpi. Selepas 4 bulan apa yang berlaku pada MH370, perkara yang hampir sama berlaku pula pada MH17. Cuma kali ini jelas dan terang bersuluh bangkai pesawat dijumpai dan dipercayai telah ditembak jatuh oleh pihak-pihak tertentu.

Debaran saya tidak hilang sehingga kini. Malaysia telah diberi ujian yang sangat besar pada Tahun 2014 ini. Bermula dengan tragedi MH 370 kemudian khabar angin mengatakan penjenayah Sulu pula sedang memulakan tindakan mereka terhadap Sabah dan hari ini MH17 pula.

Semoga rakyat Malaysia dan khususnya mereka yang terlibat secara langsung di dalam tragedi ini diberi ketabahan yang besar dan sesungguhnya redhalah atas apa yang berlaku. Semuanya Allah telah tentukan sejak dari azali lagi dan siapalah kita yang ingin menidaknya. Cuma, usaha yang keras dan bersepadu harus wujud untuk mencari dalang siapa yang melakukan jenayah kejam ini.

Ada hikmah besar yang tersembunyi disebalik apa yang berlaku dan kita sebagai Umat Islam dan pada bulan Ramadhan yang mulia ini tentunya sedar yang kita perlulah bersatu kembali kepada ajaran Islam sebenar kerana perkara-perkara seperti ini jelas menunjukkan dunia sudah sangat dekat dengan pengakhirannya.

Wassalam


1 comment:

  1. terkejut & sedih dgn berita #MH17 ditembak ni. apatah lagi ahli keluarga mangsa. moga2 dalang disebalik tragedi ni dpt dibawa ke muka pengadilan :(

    ReplyDelete