Saturday, July 19, 2014

PEMBURUAN BERMULA

 Assalammualaikum


Ramadhan tahun ini saya rasakan  berlalu tersangat pantas. Terasa baru mengelipkan mata beberapa kali, menarik nafas sehembus dua, pada hari ini sudah pun masuk hari ke 21 dalam bulan Ramadhan. Banyak perasaan yang ingin digambarkan tetapi sukar untuk diluahkan. 

Perasaan yang paling kuat adalah adakah diri ini telah menggunakan Ramadhan pada tahun ini sebaik dan secantik yang mungkin. Atau adakah Ramadhan ini akan berlalu sama sahaja seperti Ramadhan tahun-tahun yang lepas. Apabila difikirkan semula, ia sangat menakutkan dan banyak penyesalan akan bertandang dalam diri.


Walauapapun, suka untuk saya ingatkan diri sendiri. Masih ada lagi berbaki 10 hari akhir Ramadhan ini untuk digunakan sebaik mungkin. Mungkin ia tidak dapat menggantikan banyak hari yang telah terlepas dan terbabas tetapi lebih baik bermula daripada mengabaikannya terus.


Semoga kita sama-sama diberi kekuatan untuk meningkatkan diri. Pada sisa-sisa akhir Ramadhan ini kerana tiada jaminan Ramadhan akan datang kita diberi peluang untuk menikmatinya sekali lagi. InsyaAllah

Selamat memburu Laylatul Qadr




Friday, July 18, 2014

AL FATIHAH MH17

Assalammualaikum

Innalillah wa inna ilahi rajiuun

Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali




Sesungguhnya kejadian ini seperti berlaku dalam mimpi. Selepas 4 bulan apa yang berlaku pada MH370, perkara yang hampir sama berlaku pula pada MH17. Cuma kali ini jelas dan terang bersuluh bangkai pesawat dijumpai dan dipercayai telah ditembak jatuh oleh pihak-pihak tertentu.

Debaran saya tidak hilang sehingga kini. Malaysia telah diberi ujian yang sangat besar pada Tahun 2014 ini. Bermula dengan tragedi MH 370 kemudian khabar angin mengatakan penjenayah Sulu pula sedang memulakan tindakan mereka terhadap Sabah dan hari ini MH17 pula.

Semoga rakyat Malaysia dan khususnya mereka yang terlibat secara langsung di dalam tragedi ini diberi ketabahan yang besar dan sesungguhnya redhalah atas apa yang berlaku. Semuanya Allah telah tentukan sejak dari azali lagi dan siapalah kita yang ingin menidaknya. Cuma, usaha yang keras dan bersepadu harus wujud untuk mencari dalang siapa yang melakukan jenayah kejam ini.

Ada hikmah besar yang tersembunyi disebalik apa yang berlaku dan kita sebagai Umat Islam dan pada bulan Ramadhan yang mulia ini tentunya sedar yang kita perlulah bersatu kembali kepada ajaran Islam sebenar kerana perkara-perkara seperti ini jelas menunjukkan dunia sudah sangat dekat dengan pengakhirannya.

Wassalam


Wednesday, July 16, 2014

WORDLESS WEDNESDAY





Salam Ramadhan 

Masjid Jame' 'Asr Hasanil Bolkiah, Negara Brunei Darussalam

Nota 1: InsyaAllah akan update short-trip ke Brunei dan Sarawak selepas ini. Stay Tuned

#PRAY4GAZA : SATU PENCERITAAN YANG SANGAT MENYEDIHKAN

Assalammualaikum 

Kesucian dan keberkatan Bulan Ramadhan yang mulia ini telah dicemari lagi dengan tindakan kekejaman rejim Zionis Israel Laknatullah pada penduduk Gaza. Walaupun memang telah sekian lama penduduk Palestin ditindas dan diragut nikmat keamanan, tetapi tragedi yang sedang berlaku di Bulan Ramadhan ini sangat menyentuh hati dan menarik perhatian banyak pihak walaupun bukan beragama Islam. 

Sifat kebinatangan Rejim Zionis yang memerangi penduduk Gaza amat patut dikecam masyarakat dunia dan tidak ada satu alasan pun boleh digunakan untuk menghalalkan tragedi ini. Namun, kita masih dapat melihat dalam kelemahan pelbagai aspek, Palestin tetap terus berjuang untuk mempertahankan bumi anbiya yang penuh barakah itu. Dengan pada masa yang sama negara Islam dan Arab lain yang berdekatan kurang menunjukkan perhatian untuk membela sehabisnya.

Kita di Malaysia juga dapat membantu sedikit demi sedikit. Walaupun tidak dapat berlepas ke Gaza dan membantu secara terus, sedikit sumbangan dan bantuan berbentuk kewangan pasti memberikan nilai yang besar kepada mereka. Namun, ada satu perkara yang paling mudah kita boleh lakukan adalah dengan menyebarkan sebanyak-banyaknya gambar-gambar atau video-video  kekejaman Rejim Zionis ini ke pelbagai media yang ada di dunia ini. Paling mudah sekarang adalah media sosial. 

Dengan harapan, melalui cara ini dapat memberikan suntikan kebangkitan kepada seluruh masyarakat dunia untuk menghukum dan meletakkan salah kepada Rejim Zionis yang berhatikan syaitan ini. InsyaAllah usaha kita yang kecil mampu membawa kepada titik perubahan yang besar.

Marilah, kita membaca dan melihat satu penceritaan di bawah ini yang saya kira sangat menyedihkan

#PRAY4GAZA










Sumber : Tumblr

Tuesday, July 15, 2014

APLIKASI AL-QURAN PERCUMA SEMPENA RAMADHAN UNTUK IOS


 Assalammualaikum

Alhamdulillah, di bulan Ramadhan yang mulia ini terlalu banyak cara untuk kita memberi dan seterusnya memberi kemudahan kepada insan lain dalam mendekatkan diri pada Allah. Tahniah diucapkan kepada pembangun Aplikasi Quran+ ini yang telah berbesar hati memberikan aplikasi Al-Quran ini secara percuma selama 2 hari bersempena dengan Hari Nuzul Quran yang jatuh pada hari ini.


Aplikasi ini boleh dipasang pada peranti IOS anda dan ia mempunyai antaramuka yang user-friendly dan menarik. Boleh baca maklumat di bawah untuk keterangan lanjut:








== FREE for 2 days only, celebrating the birth of Quran ==

** New translation available:
1. Germany by Abu Rida Muhammad ibn Ahmad ibn Rassoul
2. Thai by King Fahad Quran Complex

Quran+ made carefully to make you feel reading the book version. It separated by the pages the same, easy to browse to each surah, each pages or each part (Juz).

What will you get on this app:
1. Read quran by page, easily navigate through them by surah, juz, and page number
2. Bookmark any ayat, unlimited
3. Memorize the ayat. You can choose the start and last ayat
4. Search translation
5. Surah playlist with your favourite qari
6. And much more.

This app supports these translations below:
1. English by Abdullah Yusuf Ali
2. English by Mohammad Habib Shakir
3. French by Dr. Muhammad Hamidullah
4. German by Abu Rida
5. Spanish by Julia Cortes
6. Italian by Hamza Roberto Piccardo
7. Japanese
8. Korean
9. Malay by Abullah Muhammad
10. Norwegian by Einar Berg
11. Polish by Jozefa Bielawskiego
12. Dutch by Dr. Salomo Keyzer
13. Russian by Elmir Kuliev
14. Turkish by Ali Bulac
15. Chinese by Ma Jian

The playlist audio by the following:

1. Mishari Rashid
2. Abu Bakr Ash-Shaatree
3. Abdul Basit
4. Mahmood Khaleel
5. Sa'ud Ash-Shuraym
6. Tawfeeq ibn Sa'id
7. Yasser Ad-Dussary
8. Abdur-Rahman As-Sudais
Semoga usaha pembangun ini dirahmati Allah dan memudahkan ramai pengguna peranti iOS di seluruh dunia untuk mendalami Al-Quran. 
Boleh klik pada link ini untuk Install Aplikasi Quran+

Sumber maklumat ini adalah daripada Laman AMANZ

SALAM NUZUL QURAN

Assalammualaikum


Di kesempatan yang tidak berapa sempat ini, saya dengan berbesar hatinya dan penuh rasa rendah hati ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam. Semoga dengan hadirnya hari yang penuh indah ini akan memperkuatkan lagi diri kita untuk terus mendalami Kalam Allah yang benar lagi membenarkan ini

Juga pesanan kepada diri saya juga untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran lebih-lebih lagi terlalu banyak ganjaran yang diberikan kepada sesiapa yang membaca dan menghayati Al-Quran di dalam bulan Ramadhan ini.

Salam Ramadhan ke 17 juga kepada semua. Sudah masuk fasa ke dua dalam bulan Ramadhan dan inilah masanya untuk terus mempertingkat dan menambah kualiti dan kuantiti amal ibadat. InsyaAllah. Semoga apa yang kita lakukan mendapat ganjaran yang bermakna dan diredhai oleh yang Maha Esa

Selamat Memburu Lailatul Qadr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...