Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalammualaikum



Tiada lagi status-status di Facebook berkenaan Jumaat terakhir, Sabtu Terakhir, maghrib terakhir mahupun sujud terakhir untuk tahun 2013. Kini bermula pula era status Rabu pertama, Khamis pertama dan pastilah doa qunut pertama untuk tahun 2014. walau apapun, peralihan dari tahun lepas ke tahun baru pasti ditanggapi secara berlainan bergantung kepada individu.

Bagi saya tiada yang terlalu istimewa untuk peralihan tahun ini, ia hanyalah seperti peralihan hari biasa dengan penukaran nombor 3 kepada nombor 4 pada hujung tarikh. semua aktiviti tetap berlaku seperti biasa. Rutin yang wajib dilakukan harus diteruskan. Tiada kompromi. Aktiviti sepanjang hari juga tiada bezanya. Masuk kerja tetap jam 8, waktu pulang tetap jam 5.

Tetapi apa yang saya harapkan untuk tahun baru ini satu sahaja. Melakukan semua perkara dan memastikan setiap perbuatan adalah yang terbaik dan ditambahbaik berbanding tahun lepas. perkara yang baru dipelajari pada tahun 2013, akan diaplikasikan dengan lebih cemerlang untuk tahun 2014. mengurangkan kesilapan yang tidak patut dan memperbaiki kelemahan dengan pelbagai cara yang perlu.

Ia mungkin mudah untuk dipercakapkan, tetapi agak sukar sebenarnya untuk di lakukan, namu ia tidak mustahil bergantung kepada usaha yang akan dilaksanakan. 

Inilah azam tahun baru saya, usaha perlu dilipat gandakan, tawakal pula adalah perlu selepas usaha dan ikhtiar. InsyaAllah, ia pasti dipermudahkan.

Akhir kata, Salam Tahun Baru dan ini adalah entri pertama untuk tahun 2014

Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.

1 comment:

  1. Assalammualaikum...ilham,

    selamat tahun baru...

    mselim3

    ReplyDelete