Saturday, January 4, 2014

JALAN-JALAN SABAH : LUANTI, SABAH TEA, PORING HOT SPRING

Assalammualaikum

Sudah masuk tahun baru. tapi entri Jalan-jalan Sabah tahun lepas belum habis lagi. apa nak buat, kesibukan melampau tuan punya blog membatasi diri ini untuk update banyak-banyak. walau apa cara sekalipun, kena habiskan jugak entri ini sebab kenangan manis haruslah dipatrikan sehingga habis. nanti anak cucu nak membaca 30 tahun akan datang tak best pula.

Oklah. kami masih lagi di Ranau ketika ini, banyak tempat sebenarnya tempat boleh dilawat di Kundasang dan Ranau ni tapi disebabkan cuaca yang kurang mengizinkan, banyak tempat terpaksa tidak dilawat dan masa di satu-satu tempat juga terpaksa dipendekkan.

Kita mula dengan Luanti, sebenarnya Luanti ni sungai yang ada banyak ikan besar-besar yang sedia untuk menggigit dan membuat kaki anda kegelian tahap rasa nak terkencing. haha. awal-awal masuk dalam sungai ni memang macam nak melompat je rasanya. tapi dah lama-lama macam tak nak keluar pula. 

Tiket Masuk : RM 5 seorang
Tempoh masa : 15 minit sahaja

Abah dengan selambanya bagi ikan makan. 

Ikan tu memang harus di bagi makan kalau tidak dia tak akan datang kat kita. tapi bila bagi makan sekali memang datang kerumunlah kaki kome semua. masa tu rasa macam nak pijak je ikan-ikan tu.

sedang kontrol macho perasan ada orang ambol gambar

bak kata penjaga tiket, selalunya air sungai jernih, tapi sebab musim hujan air keruh sikit.

ada jambatan gantung yang agak menyeramkan di sini

Kontrol gayat.
Sabah Tea
Bayaran masuk: Percuma

Tempat seterusnya adalah Desa Tea iaitu tempat di mana produk Sabah Tea dikilangkan. pada pendapat saya, tidak perlu juga datang ke sini kerana ia tidaklah secantik Ladang Teh di Cameron Highland tu. Tapi kalau nak rasa Teh Sabah di sini oklah sebab ada Restoran untuk makan-makan di sini.

Pemandangan Ladang Teh Sabah Tea

Air paling istimewa di sini. Tapi lupa sudah nama dia.

Agak kecewa dengan servis di Restoran Sabah Tea ini. lambat dan kerap terlupa pesanan. Kami terpaksa tanya 5 6 kali barulah hidangan yang dipesan sampai. Memang hilang mood sekejap masa tu

Poring Hot Spring

Bayaran Masuk : RM3

Kami sampai di sini saja hujan pun turun dengan lebatnya. nak tunggu hujan berhenti tapi nampaknya macam tidak akan berhenti sampai minggu depan. Jadi kami buat decision untuk beli rain coat yang memang dijual di kaunter.

oleh kerana hujan turun sangat lembat, tidak sempat nak snap gambar bebanyak. lagipun namanya pun Hot Spring kan. gambar yang diambil pun tidak seswai gitu nak dipamerkan. hehe. ada dua saja gambar. haha


Sian Baby Irshad pun kena masuk dalam plastik

Baby irshad yang semangat dan sihat dan asyik meronta-ronta
nak masuk dalam air panas.
Tahan Panas betul
Dalam Poring Hot Spring ini banyak lagi sebenarnya tempat menarik lain. Ada Canopy Walk, Gua Kelawar, Air Terjun dan lain-lain. memang kami tidak masuklah sempat rombongan sempat cuaca yang tak mengizinkan. Lagipun kalau nak masuk kesana moleklah pakai baju senaman yang sesuai kerana ala-ala jungle trekking gitu.

Sekian saja setakat ini. Next post adalah entri terakhir untuk Jalan-jalan Sabah. Nantikan

Wassalam

Jom ushar post lain jugak pasal Sabah ni:

RUMAH TERBALIK & JAMBATAN TAMPARULI
KEINDAHAN GUNUNG KINABALU
KUNDASANG & RANAU

5 comments:

  1. teringin nak rasa minuman ituuuuuuuuuuu!

    ReplyDelete
  2. aku mcm dah lupa kau ada blog!haha.
    kami mahu update korea!

    ReplyDelete
  3. wahhh..ikan kelah. ni buat tak sabar nak ke sabah ni. :)

    ReplyDelete
  4. Wah, seronoknya Syamil. Ikan boleh main di kaki lagi tu.

    P/S: Dah beli Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa saya? Jika belum, saya masih ada stoknya. Boleh pesan terus dengan saya sekali dengan tandatangan. Jika berminat boleh emel saya. Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...