Sunday, December 28, 2014

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU MANGSA BANJIR

Assalammualaikum

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Apa yang terjadi di pantai timur memang sangat menyedihkan dan menyentapkan hati sesiapa sahaja. Keadaan banjir yang sangat teruk dan serius di luar jangkaan kita semua. Difahamkan pula keadaan banjir di kelantan tidak banyak berubah walapun hari sudah tidak hujan. ALLAHUAKBAR

Semoga semua mangsa yang terjejas akibat banjir ini tabah dan sabar menghadapi ujian Allah yang sangat berat ini. InsyaAllah setiap ujian melanda, pasti ada hikmah besar yang akan mendatang. Sama-samalah kita berdoa agar semua ini akan berakhir dengan cepat dan semua mangsa dapat memulakan kehidupan seperti biasa. InsyaAllah.

Walaupun kita tidak merasai kepahitan dan kesukaran yang sedang mereka rasai. Tetapi kita masih boleh meringankan beban dengan menyumbang seberapa yang boleh. Di sini saya senaraikan beberapa tempat yang kita semua boleh hulurkan bantuan. Semoga dengan sumbangan yang sedikit ini memberikan impak yang besar kepada mangsa.

Saturday, December 27, 2014

RUMAH PERTAMAKU BAHAGIAN 2

Assalammualaikum

Alhamdulillah. Walaupun daerah Mersing ini agak mendung dan acah-acah macam nak hujan, progress rumah pertamaku masih lagi diteruskan tanpa sebarang lengah. Bak kata PM bahawa bantuan banjir pada penduduk terjejas banjir mesti diberikan tanpa lengah.

Banyak betul pertambahan baru kalau nak dibandingan dengan kali terakhir saya pulang ke kampung halaman. Memang tak dapat dinafikan kecekapan pekerja-pekerja yang membina rumah ni. Nanti kalau dah siap duduk semua saya rekemen kontraktor ni ok.

Bumbung pun dah siap pasang and sekarang sedang dalam proses simen dalam dan luar rumah. Semoga segalanya berjalan lancar dan dapat diduduki pada tahun depan

Yang sebetulnya, saya sudah tidak zabaaaarrrrr...haha

Sekian

Wednesday, December 24, 2014

PELANGGAN SETIA AIR ASIA

Assalammualaikum

Hari ini bila sedang jalan-jalan cari tiket di website Air Asia, teringat pula nak tengok balik berapa banyak tiket yang dah dibeli dari Air Asia selama ni. Yelah kalau macam saya merantau di Negeri Sabah ni memang kapal terbang sajalah pengangkutan untuk balik ke semenanjung. Kalau nak naik kapal laut boleh juga tapi seminggu lah baru sampai. Kuasa plak nak menunggu sampai seminggu kan. Habis macam tu je Annual Leave

Senang je kalau nak cek history booking yang pernah kita buat selama ni, just sign in pada website Air Asia dan pergi pada Show History. Maka terpaparlah senarai sedemikian rupa



Gambar di atas tu, tiket yang dah saya beli tapi masa perjalanannya belum sampai lagi, nampak tak kegilaannya di situ. tiap bulan saya balik dari bulan 12 sampai bulan 2 tahun depan. Hahahaha. Tiket atas ni semua below RM300/return. jadi agak sentap jugaklah kalau tak beli. haha


Gambar atas ni pulak, history booking selama ni dari mula lapor diri di Sabah pada 9 September 2013 sampailah sekarang. sebenarnya banyak lagi tiket, sebab dalam senarai ni tak termasuk pakai waran kerajaan dan naik flight lain selain Air Asia.

Kesimpulannya, memang banyaklah hasil titik peluh membanting tulang bekerja keras dicurahkan kepada Syarikat Air Asia ni. huhuhu. semoga bertambah juga Big Points and dapat claim tiket free tahun depan. kbai.

Sekian

P/S: Marilah kita sama-sama mendoakan mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas teruk seperti Kelantan dan Terengganu. Semoga mereka tabah menghadapi ujian berat ini dan lekas juga kembali pulih seperti sedia kala. Amin

SEGMEN 12 JAM BLOGLIST #12 MIALIANA.COM

Assalammualaikum

Sejak akhir-akhir ini sangat berminat join segmen. Jadi join segemen Kak Mia pulak lah. Buat pengetahuan Kak Mia saya ni silent reader blog Mialiana.com. sangat jarang komen-komen. Malu-malu kucing kot.



Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Monday, December 22, 2014

MENGAPA SAYA MEMBACA

Assalammualaikum

Quote yang saya rasa sangat menarik dijumpai di Pinterest. Ia sangat betul dan tepat. Ini adalah salah satu sebab paling besar kenapa saya sangat gemar membaca novel. Ia akan membawa saya ke tempat-tempat yang selalu saya idamkan untuk pergi. Membawa saya merasai juga akan apa yang ada di tempat tersebut tanpa perlu bersusah payah mengumpul duit atau bersusah payah untuk sampai ke situ.

Kadang-kadang tempat tersebut tiadalah wujud di muka bumi ini jadi ia akan menguatkan pula kepakaran imaginasi saya yang memang sudah di asah kuat sejak kecil lagi. Jenis-jenis orang kuat berangan


Saturday, December 6, 2014

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA CIKGU FARHA

Assalammualaikum

Gigih hari ini update blog lagi. rasanya ini baru kali kedua blog En iLham ini join segmen. Sebelum ini tak hengat dah sebab kawan pun dah tua menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai hamba Allah di muka bumi ini. 

Tapi bila blogwalking tadi terjumpa pulak blog cikgu Farha, baca-baca beliau punya porfil rupanya cikgu di Sabah juga. Samalah kita ya cikgu kena berkhidmat untuk bangsa dan negara di Negeri di Bawah Bayu ini. cuma saya bukan keja cikgu lah. Kerja makan-makan jak.

Apapun, selamat bersegmen lah ye. Semoga dapat tambah kawan dengan join segmen ini memandangkan blog pun dah semakin terkubur seiring dengan kemalasan penulisnya.

Entri copypaste dari Blog Cikgu Farha

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua.

Sempena cuti sekolah yang masih berlangsung ni, cikgu nak lancarkan segmen ringkas dari blog simple cikgu ni. Harap dapat sambutan. Tujuan utama cikgu anjurkan nak rapatkan ukhuwah dan tambah kenalan di alam maya. Dalam masa yang sama bole kongsi maklumat dan info.

http://cikgufarha.blogspot.com/2014/12/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-farha.html

Syarat simple je:-
1. Follow blog cikgu (boleh tengok side bar) - tak paksa pon hehe
2. Buat tajuk "Segmen: Blogwalking Bersama Cikgu Farha"
3. Tinggalkan url entry kat entry ini jugak

Copy coding yang disediakan.



Kbai

Wassalam

RUMAH PERTAMAKU

Assalammualaikum

Ini bukan entri promosi skim rumah pertamaku okay. Walaupun tuan punya blog sudah ke laut mood beliau nak meng'update' entri secara berdedikasi, ini tidak bermakna blog ini sudah menjadi mangsa godaman manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab.

Alhamduillah, setelah setahun berpenat lelah, membanting tulang dan mengerah segala kudrat yang ada, impian untuk membina rumah dengan gaji sendiri menjadi jua. Terlalu banyak liku dan ranjau yang beta perlu tempuhi sebelum dapat membina mahligai impian ini. oh, tipu jer. Tidak banyak sangat pun melainkan melihat duit simpanan melayang begitu sahaja untuk mencapai hasrat murni ini.

Apapun, tidak banyak lagi boleh diceritakan sebab rumah ini pun masih dalam proses pembinaan. Nanti kalau dah siap cantik, dekorasi bagai barulah saya akan post entri lagi ok. itupun kalau rajin. muahahaha.

Jadi tengoklah dulu rumah batu yang belum siap berplaster ni ok.



serba sedikit tentang rumah ini, bukan rumah impian sangatlah sebab ia dibina bukan untuk duduk sendiri. Tujuannya adalah untuk dibuat Homestay. Sekarang ni kan permintaan untuk Homestay sangat meletup-letup. Semua orang dah tak sudi dok hotel sebab mungkin ruang yang tak cukup luas dan harga pun tak berapa nak sedap dibayar. 

Jadi konsep Homestay memang sangat sesuai untuk keluarga yang ingin berjimat cermat membawa berkat dan dapat pula angkut segala tok nenek cucu cicit bagai menginap bersama.

Maklumat tambahan ada pada entri tahun 2015 nanti. Jangan malu-malu terjah semula

Kbai.

Saturday, October 25, 2014

SALAM MAAL HIJRAH

Assalammualaikum


Salam Maal Hijrah kepada semua umat manusia yang beragama Islam

Saya mohon ampun zahir dan batin atas semula salah silap dan kekhilafan yang pernah dilakukan samada dalam keadaan sedar atau tidak

Tiadalah sempurna dalam kehidupan saya ini melainkan dengan rahmat dah kasih sayang dari Allah yang Maha Esa

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini memberikan lembaran baru dan kebahagiaan pada kita semua

InsyaAllah


Tuesday, September 9, 2014

GENAP SETAHUN

Assalammualaikum

Alhamdulillah

8 September 2014 adalah hari yang bukan biasa-biasa dalam diari kehidupan saya. Ia adalah satu hari yang menunjukkan permulaan kepada kehidupan baru yang 200% bertukar dan mungkin menunjukkan jalan kehidupan saya seterusnya

Ia adalah hari di mana genap setahun saya berkhidmat di Negeri Sabah. Untuk lebih tepat di Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Mungkin perlu beli kek ulang tahun bekerja untuk diri sendiri.

Selfie tanpa sempadan

Friday, August 15, 2014

RENUNGAN JUMAAT

Assalammualaikum 

Hadith ini saya petik selepas membaca satu artikel di dalam blog Angel Pakai Gucci. Ia seperti berkaitan dan terkesan di hati. 

Angel Pakai Gucci : Daporn

Semoga Allah sentiasa dekat di hati kita semua
 
Dari Tsauban r.a., suatu hari Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan."
Lantas para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah! Ceritakanlah keadaan mereka kepada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tidak mengetahui."
Maka baginda bersabda lagi, "Mereka merupakan saudara-saudara kami dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah di malam hari seperti kamu juga, TETAPI mereka adalah golongan yang apabila bersendirian mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia)."

[Hadith riwayat Ibn Majah]   
 
KEEP CALM AND SAYONARA JAHILIYYAH Poster

Saturday, July 19, 2014

PEMBURUAN BERMULA

 Assalammualaikum


Ramadhan tahun ini saya rasakan  berlalu tersangat pantas. Terasa baru mengelipkan mata beberapa kali, menarik nafas sehembus dua, pada hari ini sudah pun masuk hari ke 21 dalam bulan Ramadhan. Banyak perasaan yang ingin digambarkan tetapi sukar untuk diluahkan. 

Perasaan yang paling kuat adalah adakah diri ini telah menggunakan Ramadhan pada tahun ini sebaik dan secantik yang mungkin. Atau adakah Ramadhan ini akan berlalu sama sahaja seperti Ramadhan tahun-tahun yang lepas. Apabila difikirkan semula, ia sangat menakutkan dan banyak penyesalan akan bertandang dalam diri.


Walauapapun, suka untuk saya ingatkan diri sendiri. Masih ada lagi berbaki 10 hari akhir Ramadhan ini untuk digunakan sebaik mungkin. Mungkin ia tidak dapat menggantikan banyak hari yang telah terlepas dan terbabas tetapi lebih baik bermula daripada mengabaikannya terus.


Semoga kita sama-sama diberi kekuatan untuk meningkatkan diri. Pada sisa-sisa akhir Ramadhan ini kerana tiada jaminan Ramadhan akan datang kita diberi peluang untuk menikmatinya sekali lagi. InsyaAllah

Selamat memburu Laylatul Qadr




Friday, July 18, 2014

AL FATIHAH MH17

Assalammualaikum

Innalillah wa inna ilahi rajiuun

Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali




Sesungguhnya kejadian ini seperti berlaku dalam mimpi. Selepas 4 bulan apa yang berlaku pada MH370, perkara yang hampir sama berlaku pula pada MH17. Cuma kali ini jelas dan terang bersuluh bangkai pesawat dijumpai dan dipercayai telah ditembak jatuh oleh pihak-pihak tertentu.

Debaran saya tidak hilang sehingga kini. Malaysia telah diberi ujian yang sangat besar pada Tahun 2014 ini. Bermula dengan tragedi MH 370 kemudian khabar angin mengatakan penjenayah Sulu pula sedang memulakan tindakan mereka terhadap Sabah dan hari ini MH17 pula.

Semoga rakyat Malaysia dan khususnya mereka yang terlibat secara langsung di dalam tragedi ini diberi ketabahan yang besar dan sesungguhnya redhalah atas apa yang berlaku. Semuanya Allah telah tentukan sejak dari azali lagi dan siapalah kita yang ingin menidaknya. Cuma, usaha yang keras dan bersepadu harus wujud untuk mencari dalang siapa yang melakukan jenayah kejam ini.

Ada hikmah besar yang tersembunyi disebalik apa yang berlaku dan kita sebagai Umat Islam dan pada bulan Ramadhan yang mulia ini tentunya sedar yang kita perlulah bersatu kembali kepada ajaran Islam sebenar kerana perkara-perkara seperti ini jelas menunjukkan dunia sudah sangat dekat dengan pengakhirannya.

Wassalam


Wednesday, July 16, 2014

WORDLESS WEDNESDAY





Salam Ramadhan 

Masjid Jame' 'Asr Hasanil Bolkiah, Negara Brunei Darussalam

Nota 1: InsyaAllah akan update short-trip ke Brunei dan Sarawak selepas ini. Stay Tuned

#PRAY4GAZA : SATU PENCERITAAN YANG SANGAT MENYEDIHKAN

Assalammualaikum 

Kesucian dan keberkatan Bulan Ramadhan yang mulia ini telah dicemari lagi dengan tindakan kekejaman rejim Zionis Israel Laknatullah pada penduduk Gaza. Walaupun memang telah sekian lama penduduk Palestin ditindas dan diragut nikmat keamanan, tetapi tragedi yang sedang berlaku di Bulan Ramadhan ini sangat menyentuh hati dan menarik perhatian banyak pihak walaupun bukan beragama Islam. 

Sifat kebinatangan Rejim Zionis yang memerangi penduduk Gaza amat patut dikecam masyarakat dunia dan tidak ada satu alasan pun boleh digunakan untuk menghalalkan tragedi ini. Namun, kita masih dapat melihat dalam kelemahan pelbagai aspek, Palestin tetap terus berjuang untuk mempertahankan bumi anbiya yang penuh barakah itu. Dengan pada masa yang sama negara Islam dan Arab lain yang berdekatan kurang menunjukkan perhatian untuk membela sehabisnya.

Kita di Malaysia juga dapat membantu sedikit demi sedikit. Walaupun tidak dapat berlepas ke Gaza dan membantu secara terus, sedikit sumbangan dan bantuan berbentuk kewangan pasti memberikan nilai yang besar kepada mereka. Namun, ada satu perkara yang paling mudah kita boleh lakukan adalah dengan menyebarkan sebanyak-banyaknya gambar-gambar atau video-video  kekejaman Rejim Zionis ini ke pelbagai media yang ada di dunia ini. Paling mudah sekarang adalah media sosial. 

Dengan harapan, melalui cara ini dapat memberikan suntikan kebangkitan kepada seluruh masyarakat dunia untuk menghukum dan meletakkan salah kepada Rejim Zionis yang berhatikan syaitan ini. InsyaAllah usaha kita yang kecil mampu membawa kepada titik perubahan yang besar.

Marilah, kita membaca dan melihat satu penceritaan di bawah ini yang saya kira sangat menyedihkan

#PRAY4GAZA










Sumber : Tumblr

Tuesday, July 15, 2014

APLIKASI AL-QURAN PERCUMA SEMPENA RAMADHAN UNTUK IOS


 Assalammualaikum

Alhamdulillah, di bulan Ramadhan yang mulia ini terlalu banyak cara untuk kita memberi dan seterusnya memberi kemudahan kepada insan lain dalam mendekatkan diri pada Allah. Tahniah diucapkan kepada pembangun Aplikasi Quran+ ini yang telah berbesar hati memberikan aplikasi Al-Quran ini secara percuma selama 2 hari bersempena dengan Hari Nuzul Quran yang jatuh pada hari ini.


Aplikasi ini boleh dipasang pada peranti IOS anda dan ia mempunyai antaramuka yang user-friendly dan menarik. Boleh baca maklumat di bawah untuk keterangan lanjut:








== FREE for 2 days only, celebrating the birth of Quran ==

** New translation available:
1. Germany by Abu Rida Muhammad ibn Ahmad ibn Rassoul
2. Thai by King Fahad Quran Complex

Quran+ made carefully to make you feel reading the book version. It separated by the pages the same, easy to browse to each surah, each pages or each part (Juz).

What will you get on this app:
1. Read quran by page, easily navigate through them by surah, juz, and page number
2. Bookmark any ayat, unlimited
3. Memorize the ayat. You can choose the start and last ayat
4. Search translation
5. Surah playlist with your favourite qari
6. And much more.

This app supports these translations below:
1. English by Abdullah Yusuf Ali
2. English by Mohammad Habib Shakir
3. French by Dr. Muhammad Hamidullah
4. German by Abu Rida
5. Spanish by Julia Cortes
6. Italian by Hamza Roberto Piccardo
7. Japanese
8. Korean
9. Malay by Abullah Muhammad
10. Norwegian by Einar Berg
11. Polish by Jozefa Bielawskiego
12. Dutch by Dr. Salomo Keyzer
13. Russian by Elmir Kuliev
14. Turkish by Ali Bulac
15. Chinese by Ma Jian

The playlist audio by the following:

1. Mishari Rashid
2. Abu Bakr Ash-Shaatree
3. Abdul Basit
4. Mahmood Khaleel
5. Sa'ud Ash-Shuraym
6. Tawfeeq ibn Sa'id
7. Yasser Ad-Dussary
8. Abdur-Rahman As-Sudais
Semoga usaha pembangun ini dirahmati Allah dan memudahkan ramai pengguna peranti iOS di seluruh dunia untuk mendalami Al-Quran. 
Boleh klik pada link ini untuk Install Aplikasi Quran+

Sumber maklumat ini adalah daripada Laman AMANZ

SALAM NUZUL QURAN

Assalammualaikum


Di kesempatan yang tidak berapa sempat ini, saya dengan berbesar hatinya dan penuh rasa rendah hati ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam. Semoga dengan hadirnya hari yang penuh indah ini akan memperkuatkan lagi diri kita untuk terus mendalami Kalam Allah yang benar lagi membenarkan ini

Juga pesanan kepada diri saya juga untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran lebih-lebih lagi terlalu banyak ganjaran yang diberikan kepada sesiapa yang membaca dan menghayati Al-Quran di dalam bulan Ramadhan ini.

Salam Ramadhan ke 17 juga kepada semua. Sudah masuk fasa ke dua dalam bulan Ramadhan dan inilah masanya untuk terus mempertingkat dan menambah kualiti dan kuantiti amal ibadat. InsyaAllah. Semoga apa yang kita lakukan mendapat ganjaran yang bermakna dan diredhai oleh yang Maha Esa

Selamat Memburu Lailatul Qadr

Friday, June 13, 2014

SALAM NISFU SYAABAN


Assalammualaikum

Pejam celik, tidur jaga, makan minum, mandi makan. masa yang berlalu dirasakan terlalu cepat. sehingga tidak terkejar oleh insan seperti aku yang sememangnya sentiasa membazir, melengah dan menyalahkan masa dalam segala hal.

dalam kelam kabut merasakan masa berlalu begitu pantas. Bulan Ramadhan yang sentiasa ditunggu oleh segenap muslim walau dengan apa niat sekalipun semakin menghampiri. Perhentian terakhir sebelum menjelma Ramahdan telah pun sampai akhirnya. Hari Nisfu Syaaban

Hari menandakan hanya 15 hari lagi umat islam akan menerima kedatangan Ramadhan

Hari menandakan untuk memikirkan adakah sudah diganti semuanya yang tidak sengaja tertinggal pada Ramadhan yang lepas

Hari menandakan tiket-tiket balik kampung perlu dibeli dengan segera kerana takut kehabisan

Tetapi adakah ini sahaja yang aku fikirkan

Mengapakah aku tidak memikirkan lain lagi perkara yang terlebih penting

Adakah sudah bersedia menghadapi Ramadhan?

Adakah sudah dimulakan bacaan Al-Quran supaya dapat dihabiskan sebelum Syawal menjelma?

Adakah cukup segala ilmu dan amalan persediaan untuk  menyambut Ramadhan?

Adakah terbit azam dalam diri untuk melakukan yang terbaik untuk Ramadhan kali ini?

Adakah merasakan dalam hati sempatkan untuk bertemu dengan Ramadhan ini ataupun Ramadhan ini adalah yang terakhir untuk dilawati?

Astaghfirullahalazim

Semoga masih belum terlewat untuk memikirkan semua ini.

Kerana kerugian itu akhirnya kembali semula pada diri sendiri.





SALAM JUMAAT

Assalammualaikum

Salam Jumaat kepada semua sahabat

Pesanan untuk diri sendiri

yang selalu melakukan perkara ini

walaupun masih sedari

hidup bukan kekal abadi

yang boleh buat sesuka hati

hingga solat pun mahu cepat dihabisi

untuk kejar kepentingan diri

yang juga milik Ilahi

Sumber: Tumblr



Tuesday, June 10, 2014

18 CARA UNTUK MENJADI LEBIH POSITIF SEMASA BEKERJA

Assalammualaikum

Kepada yang rasa kurang bersemangat untuk mula bekerja setiap hari.

Mungkin 18 cara di bawah boleh membantu anda.

Semestinya ia akan membantu saya kerana sayalah antara pekerja di dunia ini yang selalu merasakan tidak bersemangat untuk memulakan kerja setiap hari.

Paling penting, stay positive

Bismillahirrahmanirrahim

Selamat Bekerja Semua


Sumber : http://dailyinfographic.com/wp-content/uploads/2014/05/18-More-Positive-Ways-Infographic.jpg


http://dailyinfographic.com/wp-content/uploads/2014/05/18-More-Positive-Ways-Infographic.jpg




Saturday, April 26, 2014

STATUS HALAL STARBUCKS DAN PEPPERO

Assalammualaikum

Terlalu banyak mesej 'Whatsapp' yang diterima berkenaan isu ini memandangkan rakyat Malaysia dewasa ini lebih mudah menyebarkan pelbagai perkara dan isu terkini tanpa membuat sebarang penyelidikan terlebih dahulu.

Bukanlah tersangat susah untuk mencari maklumat yang sahih dan tepat. Hanya perlu men'google' laman yang betul dan boleh dipercayai. Dalam hal ini, saya yakin dan percaya Bahagian Hab Halal adalah agensi yang paling berkredibiliti untuk meberikan maklumat yang betul.

Sumber: http://www.halal.gov.my/v3/

Sumber: http://www.halal.gov.my/v3/


Cari dan baca sendiri kemudian jika yakin dan percaya bolehlah disebarkan dengan hati yang gembira.

Ia mudah bukan??

Saturday, January 4, 2014

JALAN-JALAN SABAH : LUANTI, SABAH TEA, PORING HOT SPRING

Assalammualaikum

Sudah masuk tahun baru. tapi entri Jalan-jalan Sabah tahun lepas belum habis lagi. apa nak buat, kesibukan melampau tuan punya blog membatasi diri ini untuk update banyak-banyak. walau apa cara sekalipun, kena habiskan jugak entri ini sebab kenangan manis haruslah dipatrikan sehingga habis. nanti anak cucu nak membaca 30 tahun akan datang tak best pula.

Oklah. kami masih lagi di Ranau ketika ini, banyak tempat sebenarnya tempat boleh dilawat di Kundasang dan Ranau ni tapi disebabkan cuaca yang kurang mengizinkan, banyak tempat terpaksa tidak dilawat dan masa di satu-satu tempat juga terpaksa dipendekkan.

Kita mula dengan Luanti, sebenarnya Luanti ni sungai yang ada banyak ikan besar-besar yang sedia untuk menggigit dan membuat kaki anda kegelian tahap rasa nak terkencing. haha. awal-awal masuk dalam sungai ni memang macam nak melompat je rasanya. tapi dah lama-lama macam tak nak keluar pula. 

Tiket Masuk : RM 5 seorang
Tempoh masa : 15 minit sahaja

Abah dengan selambanya bagi ikan makan. 

Ikan tu memang harus di bagi makan kalau tidak dia tak akan datang kat kita. tapi bila bagi makan sekali memang datang kerumunlah kaki kome semua. masa tu rasa macam nak pijak je ikan-ikan tu.

sedang kontrol macho perasan ada orang ambol gambar

bak kata penjaga tiket, selalunya air sungai jernih, tapi sebab musim hujan air keruh sikit.

ada jambatan gantung yang agak menyeramkan di sini

Kontrol gayat.
Sabah Tea
Bayaran masuk: Percuma

Tempat seterusnya adalah Desa Tea iaitu tempat di mana produk Sabah Tea dikilangkan. pada pendapat saya, tidak perlu juga datang ke sini kerana ia tidaklah secantik Ladang Teh di Cameron Highland tu. Tapi kalau nak rasa Teh Sabah di sini oklah sebab ada Restoran untuk makan-makan di sini.

Pemandangan Ladang Teh Sabah Tea

Air paling istimewa di sini. Tapi lupa sudah nama dia.

Agak kecewa dengan servis di Restoran Sabah Tea ini. lambat dan kerap terlupa pesanan. Kami terpaksa tanya 5 6 kali barulah hidangan yang dipesan sampai. Memang hilang mood sekejap masa tu

Poring Hot Spring

Bayaran Masuk : RM3

Kami sampai di sini saja hujan pun turun dengan lebatnya. nak tunggu hujan berhenti tapi nampaknya macam tidak akan berhenti sampai minggu depan. Jadi kami buat decision untuk beli rain coat yang memang dijual di kaunter.

oleh kerana hujan turun sangat lembat, tidak sempat nak snap gambar bebanyak. lagipun namanya pun Hot Spring kan. gambar yang diambil pun tidak seswai gitu nak dipamerkan. hehe. ada dua saja gambar. haha


Sian Baby Irshad pun kena masuk dalam plastik

Baby irshad yang semangat dan sihat dan asyik meronta-ronta
nak masuk dalam air panas.
Tahan Panas betul
Dalam Poring Hot Spring ini banyak lagi sebenarnya tempat menarik lain. Ada Canopy Walk, Gua Kelawar, Air Terjun dan lain-lain. memang kami tidak masuklah sempat rombongan sempat cuaca yang tak mengizinkan. Lagipun kalau nak masuk kesana moleklah pakai baju senaman yang sesuai kerana ala-ala jungle trekking gitu.

Sekian saja setakat ini. Next post adalah entri terakhir untuk Jalan-jalan Sabah. Nantikan

Wassalam

Jom ushar post lain jugak pasal Sabah ni:

RUMAH TERBALIK & JAMBATAN TAMPARULI
KEINDAHAN GUNUNG KINABALU
KUNDASANG & RANAU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...