Saturday, December 28, 2013

JALAN-JALAN SABAH : KEINDAHAN GUNUNG KINABALU

Assalammualaikum

Diam tak diam lagi beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Terlalu banyak kenangan manis yang ditinggalkan, tidak kurang juga kenangan pahit yang harus ditelan sepanjang perjalanan tahun 2013. Apapun, itu semua adalah asam garam kehidupan dan sebagai tanda kasih sayang Allah pada kita semua.

Entri kali masih lagi berkisar cuti-cuti saya dan keluarga ke negeri Sabah. Alang-alang ke sini maka amatlah molek untuk saya membawa mereka melihat keindahan Gunung Kinabalu yang dapat saya katakan sangat hebat dan harus kita banggakan sebagai rakyat jati Malaysia

Gunung Kinabalu ini selalunya dapat dilihat dengan jelas pada waktu pagi sekitar jam 6 pagi hingga 7.30 pagi. kemudian ia akan dilitupi awan tebal sehinggalah ke petang. sekiranya cuaca mengizinkan anda akan dapat melihat lagi dengan jelas pada sekitar jam 5 petang hinggalah ke maghrib.

Kami semua beruntung dapat melihat puncak tertinggi di Asia Tenggara ini sebanyak beberapa kali ketika berada di Kundasang. Alhamdulillah, setiap kali melihat ciptaan Allah yang hebat ini hati akan bergetar dan tersangat kagum . Tiada kata-kata yang spesifik dapat digambarkan.

Jom kita layan gambar.

Semua gambar pemandangan Gunung Kinabalu di bawah ini diambil terus dari balkoni Homestay yang kami sewa malam tu. memang nampak sangat jelas. Jadi jangan segan-segan nak sewa Homestay ini kalau bermalam di Kundasang ya.



















"Pabila kita berada di atas, selalulah kita memandang ke bawah, Pabila kita berada di bawah, janganlah bersedih kerana pasti ada insan lain yang sekian lama berada lebih bawah dari kita dan jangan pula berhenti berusaha untuk kembali semula ke atas."

"Seperti resmi Gunung Kinabalu ini, walaupun berada di puncak dunia, tidak pernah letih dan tetap setia menunggu insan baru menggapai puncaknya."

Dalam lingkungan jam 8 pagi, keseluruhan puncak telah hilang dilitupi awan


13 comments:

  1. Assalammualaikum...ilham,

    cantik nyer pemandang gunung tu kan.. pape kalau ilhamku... ( bukan ilham5793 heheheh )

    mselim3

    pls: pertama kali dapat sini dan komen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Terima kasih sudi singgah dan komen saudara selim

      Delete
  2. wow!Bestnya..tak pernah lihat G.K dpan mata..:DD

    salam kenal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tengok depan mata kene datang sabahlah ikhwan

      salam kenal juga

      Delete
  3. cantiknya gambar.. rasa sejuk je mata memandang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkan, memang sejuk mata memandang. ditambah pulak memang cuacanya pun sejuk je..hehe

      Delete
  4. Subhanallah...
    Dah banyak kali tgk keindahan Gunung Kinabalu,,,Kundasang ni...di blog kawan kawan....entah bila boleh ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila-bila pun boleh doc..nant kalau datang sabah bolehlah roger2 saya ok

      Delete
  5. Saya belum pernah ke Sabah lagi. Cantiknya gambar ni. Teruja bila tengok.

    ReplyDelete
  6. tuan blog...apa nama homestay nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. D'izz Homestay Kundasang. ada blog juga homestay ni. boleh search

      Delete
  7. As salam, boleh dapat no contact untuk sewa nissan urvan tu beserta dengan pemandu..email saya ita_adeq@yahoo.com , terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...