Monday, February 25, 2013

MENGANDUNG

Assalammualaikum

Apa perasaan apabila diri masih seperti kanak kanak ribena bersuka ria di Taman Botani, Putrajaya tetapi ada sahabat sebaya yang sedang membeli belah membeli barang hantaran bertunang

Apa perasaan apabila diri masih bergelak sakan macam orang gila bersama sahabat seangkatan sambil mengusha baju baju mahal di pusat membeli belah Aeon tetapi sahabat sebaya sedang berbincang bersama tunang tersayang tentang kad jemputan yang perlu ditempah untuk walimatulurus

Apa perasaan apabila diri masih leka membeli novel dan majalah di kedai buku Popular dan masih berkira kira untuk membeli buku tersebut atau tidak kemudian dikejutkan dengan adegan terserempak dengan sahabat sebaya yang sudah sarat mengandung dan dijangka bersalin dua tiga bulan lagi

Apakah perasaan?

Saya?

Serius. Tiada perasaan. Umur saya baru 18 tahun

Sekian

Saturday, February 9, 2013

LAPORAN BACA BUKU 2012

Assalammualaikum

Entri hari ini memang sangat kelewatan, apa tidaknya tahun 2013 sudah pun menjangkau bulan yang kedua. Ditambah dengan cuti perayaan yang lumayan, kesibukan kerja yang tidakkan habis, tanpa disedari bulan yang ketiga sudah mula menjelang pula. Itulah permainan masa, sesiapa yang tidak handal bermain pasti akan lelah dan akhirnya jatuh terduduk kepenatan. Terduduk kepenatan itu juga akan mengambil masa!

Bak kata orang masa kini, Better Late Than Never. saya letakkan juga entri ini supaya mudah menjadi rujukan masa hadapan dan seterusnya menjadi penguat semangat untuk lebih banyak membaca buku-buku baru untuk tahun ini.

20121207_232751

Sejak tahun 2011, semenjak saya mengenali sebuah laman sosial berkenaan buku iaitu Goodreads saya memulakan azam setiap tahun untuk membaca sekurang-kurangnya 50 buah buku. Tidak kira genre, tidak kira penulis mana. bergantung sepenuhnya pada koleksi buku yang saya miliki, dipinjam daripada invdidu lain atau perpustakaan. Juga bergantung pada pembelian buku secara bulanan dan pesta buku tahunan.

Bersama Nisah Haji Haron di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

Maka lahirlah senarai ini. Senarai buku yang telah dibaca sepanjang tahun 2012. tidak dapat mencapai azam yang dicitakan disebabkan beberapa alasan yang tidak patut menjadi alasan. walaupun tidak mencapai azam tersebut, sekurang-kurangnya saya telah menafikan statistik yang mengatakan rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku setahun.

Senarai Buku Tahun 2012

  1. Kasino – Saifullizan Tahir
  2. Fiksyen 302 – Ramlee Awang Murshid
  3. Zombijaya – Adib Zaini
  4. Kelabu – Nadia Khan
  5. Awek Chuck Taylor – Nami Cob Nobbler
  6. Jerat – Dayang Noor
  7. Ketupat Cinta Musim Kedua – Faisal Tehrani
  8. Sunan Musafir – Ramlee Awang Murshid
  9. Kembara Sastera Nisah Haron : United Kingdom & Dublin – Nisah Haji Haron
  10. Diary of Wimpy Kid – Jeff Kinney
  11. Perempuan Nan Bercinta – Faisal Tehrani
  12. Pecah – Khairulnizam Bakeri
  13. Velvet di Durham – Aishah Madadiy
  14. Travelog Cinta Abadi – Roza Roslan
  15. Shopaholic Takes Manhattan – Sophie Kinsella
  16. Shopaholic Ties The Knot _ Sophie Kinsella
  17. Nota Fikir untuk Zikir – Pahrol Mohd Juoi
  18. Cinta High Class – Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr Farhan Hadi
  19. The Doomsday Conspiracy – Sidney Sheldon
  20. The Stars Shine Down – Sidney Sheldon
  21. Are you Afraid of the Dark – Sidney Sheldon
  22. For One More Day – Mitch Albom

Tidak capai separuh pun. Huhuhu. InsyaAllah tahun ini akan menjanjikan senarai yang lebih panjang daripada biasa. Amin

Kepada anda-anda semua yang ingin membeli buku-buku seperti di atas dan masih ragu-ragu akan kualiti isi mahupun faedahnya. Boleh komen di bawah dan saya cuba untuk menyelesaikan keraguan bersandarkan pandangan saya sendiri.

Friday, February 8, 2013

INFOGRAFIK: KANDUNGAN GULA DALAM MAKANAN

Assalammualaikum

Saya suka makan gula dan hari-hari pun memang saya makan gula. Nampak sangat menipunya kalau anda katakan bahawasanya anda tidak makan gula. Kalau tidak makan gula boleh pengsan tahu, tapi kalau terlebih makan gula pun boleh pengsan juga.

Selalunya rakyat Malaysia yang memang lumrahnya kuat makan kerana negara pimpinan kerajaan Barisan Nasional sangat kaya dengan makanan dan makmur pula dengan makanan yang terlebih segala-gala. Selalunya memang terlebih gula selain daripada Ajinomoto

Oleh kerana terlebih gula itu punya pasal, maka banyaklah rakyat marhaen mahupun golongan bangsawan negara ini telah biasa dihinggapi penyakit Sweet Pee ataupun kencing manis.

Maka perlulah satu panduan yang baik dan sehat untuk memastikan gejala penyakit ini dapat dibendung dari terus merebak ke anak cucu pula yang pastinya adalah pemimpin generasi masa depan baik dari parti kerajaan atau pakatan rakyat ataupun bebas-bebas sahaja.

panduan di bawah adalah salah satu yang boleh dijadikan rujukan. tengok-tengoklah, kalau nak save masuk dalam pendrive pun boleh

 

amacam, terkejut beruk tak melihat betapa banyaknya gula yang masuk ke dalam badan anda setiap hari. kalau nak dibandingkan dengan Daily Recommendation tu memang dah jauh sangat dah kan.

Renung-renungkan sebelum kaki kena potong sebab kencing manis

Sekian

sumber infografik: http://dailyinfographic.com/your-guide-to-sugar-infographic

Thursday, February 7, 2013

MAIN MASAK-MASAK

Assalammualaikum

Penat sudah memberi permulaan satu-satu entri di blog ini dengan memohon maaf kerana sudah lama tidak update entri. Hakikatnya tuan punya blog memang sudah tawar hati dan malas-malas hendak tulis apa-apa. Buka blog hari-hari pun sebab nak tengok kalau-kalau ada dua tiga orang post komen dengan chatbox. Tetapi alangkah sedihnya kerana chatbox tersebut telah pun menjadi mangsa spam pihak-pihak durjana yang tiada tanggungjawab. Haish

Apapun, sebab tiba-tiba malam nan indah ini, mood berblog kembali menjadi seperti normal, maka terbitlah satu entri yang tidak seberapa ini. Walaupun  ianya tidak seberapa namun cukuplah saya katakan bahawa ia adalah entri sedap untuk hari ini. Kerana apa adik-adik, kerana ia berkaitan dengan makanan. Makanan yang dimasak bersama-sama sebelum dimakan secara bersama-sama jua.

Enjoy je lah gambar, malas nak tulis panjang-panjang. Bukan ada orang nak baca pong!

 

di antara chef-chef tak bertauliah yang terlibat dalam pembikinan segala masakan yang awesome lagi sedap

20130207_131859

20130207_132420

20130207_132430

20130207_132504

kemudian bersama dengan penyelia chef yang memang tak buat apa-apa, sekadar datang dan tolong tengok dan buat kacau. dibenci oleh sesetengan chef yang tidak bertauliah di atas kerana datang semata-mata membawa perut.

20130207_132054

20130207_131923

20130207_131932

dan hasil perit jerih dan titik peluh mereka semua adalah seperti di bawah:

20130207_134802

Nasi putih yang pertama sekali. Takkan nasi merah jambu plak kan

20130207_133736

Ayam Masak Lemak Cili Padi kurang pedas tapi sedap nak mampos

20130207_134751

Telur bungkus yang terbuka di bahagian bawah

 

Sedap kan? Dapat makan free hari ni. Kemudian semua kembali melakukan kerja asasi masing-masing dengan perut tenang dan hati gembira