Saturday, January 19, 2013

HARI MINGGU HARI BACA


Hari minggu adalah waktu terbaik untuk membaca. Waktu terbaik untuk terus menerus membaca secara tepatnya. Tanpa sebarang gangguan malah berada dalam posisi dan situasi yang memudahkan dan menyelesakan

Bacaan akan tertumpu dan konsentrasi tiada terganggu. Sunyi tanpa sebarang bunyi memudahkan setiap konotasi membentuk imaginasi. Khayal dalam buaian aksara dan numerik. Siang tiada tersangka sudah menziarahi petang. Petang tidak percaya sudah sampai destinasi malam.

Membaca ibarat candu yang menggelisahkan. Kekadang menggembirakan malah kekadang melukakan. Candu yang mahal teramat kerna pasti tidak akan dibeli oleh insan yang tiada tahu menghisap dan merasa nikmat membaca

No comments:

Post a Comment