Thursday, January 17, 2013

AYAT AL-QURAN DI HARVARD UNIVERSITY

Dipetik dari Berita Harian Online bertarikh 17/01/2013. Sumber : Berita Harian Online

Foto

Terjemahan Surah An-Nisa ayat 135 yang diletakkan di pintu masuk fakulti undang-undang Universiti Harvard.

Foto

Universiti Harvard

Massachusetss: Universiti Harvard meletakkan ayat al-Quran di pintu masuk ke fakulti undang-undangnya, menyifatkan ayat itu sebagai antara ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah, lapor akhbar Arab Saudi baru-baru ini.

Ayat 135 Surah An-Nisa diletakkan pada dinding berdepan dengan pintu masuk utama fakulti itu, khusus untuk frasa terbaik mengenai keadilan.

Seorang penuntut Arab Saudi yang belajar di universiti berkenaan menyiarkan gambar poster itu dalam akaun Twitternya, menurut akhbar Ajel

Ungkapan hebat
“Saya nampak ayat berkenaan diletakkan oleh fakulti undang-undang, yang menyifatkan ia sebagai ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah,” kata Abdullah Jumma.
Universiti Harvard dibina di Cambridge pada 1636 sebagai institusi pengajian tinggi paling tua di Amerika Syarikat. – Agensi

Terjemahan penuh ayat ini dalam Bahasa Melayu:

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu-bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkata- kan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balik kan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Alangkah manusia yang belum menikmati cahaya hidayah pun mengakui bahawa Al-Quran adalah ungkapan paling hebat bagi menyatakan sesuatu, apatah lagi kita umat Islam yang memang boleh membacanya sehari-hari tanpa sebarang halangan dan susah payah.

Semoga berita ini menjadi iktibar buat kita semua. Sesungguhnya Al-Quranlah sebaik-baik petunjuk dalam pencarian jalan yang lurus dan benar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...