Monday, December 30, 2013

SEBAB-SEBAB PUTUS CINTA

Assalammualaikum

Bagaimana sesetengah orang mencari alasan untuk memutuskan sesuatu perhubungan?  Setelah mengenali di antara satu sama lain yang mungkin telah memakan masa bertahun-tahun lamanya dan kemudian hubungan tidak dapat diteruskan. pasti disertai dengan pelbagai alasan. ada yang konkrit dan ada juga alasan tidak masuk akal.

alasan itu perlu untuk memutuskan sesuatu perhubungan. alasan boleh datang dari sebab yang kukuh. sebab yang memang tidak dapat dielakkan malah jika diteruskan akan menambah bahana pula. ia berbeza pada setiap individu dan selalunya bergantung pada untung nasib jua. dengan kata lain Qada dan Qadar.

ada juga alasan yang datang dari sebab yang sangat tidak masuk akal dan sepertinya sekadar ingin melepaskan diri. saya kira ini adalah antara sebab yang paling kerap berlaku pada anak muda zaman sekarang. memulakan perhubungan tanpa asas iman yang kukuh selalunya akan runtuh jua di kemudian hari.

oleh sebab itu, marilah kita sama-sama menghayati Infografik di bawah ini tentang statistik sebab-sebab paling selalu berlaku apabila sesuatu perhubungan putus di tengah jalan. sebab-sebab ini jugalah yang sering menjadi alasan seseorang itu untuk memutuskan perhubungan.

http://dailyinfographic.com/breakup-reasons-infographic

Saturday, December 28, 2013

JALAN-JALAN SABAH : KEINDAHAN GUNUNG KINABALU

Assalammualaikum

Diam tak diam lagi beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Terlalu banyak kenangan manis yang ditinggalkan, tidak kurang juga kenangan pahit yang harus ditelan sepanjang perjalanan tahun 2013. Apapun, itu semua adalah asam garam kehidupan dan sebagai tanda kasih sayang Allah pada kita semua.

Entri kali masih lagi berkisar cuti-cuti saya dan keluarga ke negeri Sabah. Alang-alang ke sini maka amatlah molek untuk saya membawa mereka melihat keindahan Gunung Kinabalu yang dapat saya katakan sangat hebat dan harus kita banggakan sebagai rakyat jati Malaysia

Gunung Kinabalu ini selalunya dapat dilihat dengan jelas pada waktu pagi sekitar jam 6 pagi hingga 7.30 pagi. kemudian ia akan dilitupi awan tebal sehinggalah ke petang. sekiranya cuaca mengizinkan anda akan dapat melihat lagi dengan jelas pada sekitar jam 5 petang hinggalah ke maghrib.

Kami semua beruntung dapat melihat puncak tertinggi di Asia Tenggara ini sebanyak beberapa kali ketika berada di Kundasang. Alhamdulillah, setiap kali melihat ciptaan Allah yang hebat ini hati akan bergetar dan tersangat kagum . Tiada kata-kata yang spesifik dapat digambarkan.

Jom kita layan gambar.

Semua gambar pemandangan Gunung Kinabalu di bawah ini diambil terus dari balkoni Homestay yang kami sewa malam tu. memang nampak sangat jelas. Jadi jangan segan-segan nak sewa Homestay ini kalau bermalam di Kundasang ya.



















"Pabila kita berada di atas, selalulah kita memandang ke bawah, Pabila kita berada di bawah, janganlah bersedih kerana pasti ada insan lain yang sekian lama berada lebih bawah dari kita dan jangan pula berhenti berusaha untuk kembali semula ke atas."

"Seperti resmi Gunung Kinabalu ini, walaupun berada di puncak dunia, tidak pernah letih dan tetap setia menunggu insan baru menggapai puncaknya."

Dalam lingkungan jam 8 pagi, keseluruhan puncak telah hilang dilitupi awan


Friday, December 27, 2013

JALAN-JALAN SABAH : KUNDASANG & RANAU

Assalammuaalaikum

Kita sambung balik cerita jalan-jalan Sabah ni. walaupun diri ini sedar tiadalah siapa yang hendak membacanya pun, tapi mungkin boleh jadi tatapan kenangan untuk anak cucu pada masa depan. 

selepas ke Jambatan Tamparuli, kami terus bergerak ke Kundasang. Awan pun dah mula mendung menandakan hujan lebat akan turun dengan lajunya. Tapi Alhamdulillah, perjalanan baik-baik sahaja, hujan yang disangkakan akan turun seperti malu-malu hendak memunculkan diri. Mungkin segan dengan orang-orang semenanjung yang pertama kali datang Sabah ni.

Oleh kerana cuaca pun baik, dapat jugaklah snap gambar Gunung Kinabalu yang tersergam indah tu.

Ada banyak air terjun turun dari gunung kan. Mungkin sebab baru lepas hujan. selalunya saya nampak satu sahaja.

Subhanallah. Indahnya CiptaanMu

Sebelum sampai Pekan Kundasang. Kita singgah Pekan Nabalu sekejap ye

Budak gila bergambar





Kalau trip Sabah anda meliputi perjalanan ke Kundasang baik shopping souvenier di sini dahulu. sebab pada pengamatan saya yang baru 4 bulan menetap di Sabah, barang-barang di sini agak murah dan banyak pilihan. Cantik-cantik pulak. T Shirt pun design lebih cantik dijual di sini jika nak dibandingkan dengan Pasar Filipin. Penjual pun baik dan berhemah. Idokler nak memarah kalu kite tak jadi nak membelinyerr..tak gitu yop??

Selesai bershopping sedikit sebanyak. Kami pun terus menuju ke Kundasang. Pergi terus ke Homestay yang dah di booking seminggu lebih awal. 

Nama Rumah yang kami sewa satu malam

Oleh sebab jumlah kami yang ramai, maka tidaklah berapa logik untuk menyewa bilik Hotel yang berharga mungkin RM200++ satu malam. Jadi saya sewa Homestay sahaja. 

Nama Homestay : D'IZz Homestay Kundasang
Harga Sewa Satu Malam : RM350

pada saya harga agak berpatutan untuk rumah 3 bilik dan 2 bilik air. Dilengkapi dengan dapur dan peralatan memasak. Setiap bilik air pun ada heater. Bilik juga selesa dan cantik. Kalau berminat boleh klik link kat atas tu yer.

Oleh kerana saya punyalah pemalas dan buat-buat sibuk ala-ala tourist guide. hanya gambar di atas tu sahaja sempat di'snap' untuk Homestay. huahuahua. Tapi berlambak gambar homestay ni dalam blog die. so jangan malas-malas nak klik okay.

Ok. penat pulak menaip. sambung esok pulak ok. Almaklumlah En Ilham dah jarang berblog, bila berblog semula macam lenguh jari jemari plak. hahaha. sambung lagi InsyaAllah bila rajin

Stay Tuned.

P/S 1 : gambar-gambar di dalam blog ini ada juga diambil oleh individu lain yang memang mantap dalam bidang photography. Kalau gambar tu mcm blur and gegar sikit memang confirmlah saya yang ambil.

P/S 2 : Sedang cemburu melihat blog-blog traveller yang hebat-hebat belaka.

Thursday, December 26, 2013

JALAN-JALAN SABAH : RUMAH TERBALIK & JAMBATAN TAMPARULI

Assalammualaikum

Dengan rasa gumbira dan bangga dirinya saya mengumumkan bahawa saya sedang bercuti dari kesibukan kerja melampau dan tugas yang tertangguh-tak-tahu-bila-nak-siap mulai hari ini sehinggalah hari ahad yang mendatang. Alhamdulillah dapat juga menenangkan diri sambil mereka cipta azam tahun baru 2014 yang akan tiba dalam masa seminggu dua ini.

Oklah untuk post kali ini, saya akan bercerita sedikit sebanyak tentang Trip Sabah yang telah saya dan beberapa ahli keluarga ikuti pada minggu lepas. Almaklumlah, saya sudah bekerja dan menetap di Sabah jadi haruslah bawa keluarga pula sama-sama merasai keseronokan dan keterujaan berada di Negeri di Bawah Bayu ini.

Trip ini bolehlah dikatakan 'very-short-trip' sebab hanya mengambil masa 3 hari 2 malam sahaja. agak terkilan juga sebab banyak tempat menarik tidak dapat dikunjungi kerana kesempitan masa dan perjalanan antara satu tempat ke tempat yang lain agak jauh.

pada mulanya, hanya 5 orang sahaja yang akan menyertai trip kali ini, tetapi pertambahan peserta telah berlaku di saat-saat akhir menyebabkan saya terpaksa menyewa kereta yang lebih besar untuk membawa semua ahli keluarga. Apapun, lagi ramai lagi meriah kan. Dari 5 orang jadi 11 orang. hehe. ramai kan??

Jadi dengan penuh rasa tanggungjawab saya pun menyewa sebuah Van jenis Urvan dengan 14 seaters. agak selesa dan paling penting semua dapat dibawa secara serentak. tidak perlu berkonvoi dengan dua tiga buah kereta yang kesemuanya memamg tidak pernah sampai pun ke negeri Sabah ini. 

Kos sewa kereta Urvan 14 seaters bersama pemandu selama 3 hari 2 malam adalah RM 1200. 

Stop membebel, marilah kita layan gambar..

Destinasi pertama : Rumah Terbalik
Bayaran Masuk : RM10 (Dewasa) RM5 (Kanak-kanak)

Rumah Terbalik
Paling menyedihkan, pengurusan tempat ini tidak membenarkan gambar diambil di dalam rumah. Copyright controlled katanya.

Bersama semua ahli keluarga yang menjadi peserta Trip kali ini. 

Sebelum masuk kena pukul gong dulu 3 kali. Bak kata tourist guide gong ini digunakan sebagai loceng pada zaman dahulu kala

Tandas pun terbalik. Alamat bersepahlah segala khazanah yang telah dilaburkan
selama ini

Taman pun terbalik. Mungkin proses fotosintesis akan berlaku dengan lebih mudah sebab air mudah mengalir dari akar ke batang.

Kedai menjual cenderahati. Banyak juga souvenier yang dijual. Tetapi pada saya agak mahal





Pokok krismas dan Snowman pun terbalik


Destinasi Kedua : Jambatan Tamparuli




Tidak banyak gambar di ambil di sini kerana hujan mula turun dengan riangnya sebaik saja kami sampai di sini. 

Sebenarnya Jambatan Gantung seperti ini memang banyak terdapat di Sabah untuk kemudahan penduduk kampung menyeberang sungai. Tetapi oleh kerana Jambatan Tamparuli ini antara yang popular. Maka singgah jugalah sekejap di sini.

Next destination adalah Kundasang dan Ranau, maka ceritanya ada di Next Post juga...

Wassalam

Tuesday, December 24, 2013

HARI YANG SANGAT LEMAU


Assalammualaikum

Hari ini adalah hari lemau sedunia. bagi saya sahaja. mungkin tidak bagi orang lain.

Orang lain mungkin sentiasa bersemangat dan proaktif dalam menjalankan tugas pada hari ini

Saya pula kurang bersemangat dan sangat pasif menjalankan tugas pada hari ini.

Ya, ia memang berlaku pada hari ini. Setakat ini belum pernah berlaku pada hari-hari lain

Beginilah cara saya melemaukan diri di dalam ofis.
Fokus pada beruang coklat.

Mungkin badan tidak sihat.

Atau sengaja tidak menyihatkan badan.

Atau kerana hati sudah tidak berada di pejabat

kerana...

malam ini saya akan terbang pulang ke tanah semenanjung

Alhamdulillah. semoga perjalanan berjalan lancar.

Sama-sama doakan ya..

Merindukan Kopi Hello Kitty. Hati yang gundah akan menjadi senyum.

Monday, December 23, 2013

AZAM TAHUN BARU

Azam tahun baru. Khas untuk blog  KAU ILHAMKU

Update dengan lebih banyak dan kerap.

Sekian

Post pasal Korea pun masih pending lagi.

Semoga azam tahun depan ini tercapai

Kalau tidak tercapai kita berazam lagi tahun 2015

Sekian Lagi.

Thursday, November 21, 2013

BUKU YANG RINGKAS TAPI MENCUCUK KALBU

Assalammualaikum

Post yang ringkas sahaja hari ini. Saya ingin membawa anda menghayati kisah buku di bawah ini. Ia sangat ringkas tapi terlalu bermakna untuk tidak dikongsikan bersama.

Silakan baca dan nilailah sendiri

most_awesome_storybook_640_01

most_awesome_storybook_640_02

most_awesome_storybook_640_03

most_awesome_storybook_640_04

most_awesome_storybook_640_05

most_awesome_storybook_640_06

most_awesome_storybook_640_07

most_awesome_storybook_640_08

most_awesome_storybook_640_09

most_awesome_storybook_640_10

most_awesome_storybook_640_11

most_awesome_storybook_640_12

most_awesome_storybook_640_13

most_awesome_storybook_640_14

most_awesome_storybook_640_15

Tiadalah kata yang banyak itu membawa kebaikan yang banyak juga. Malah boleh pula membawa perkara yang terhina dan memalukan. Membawa saya sedar bahawa kebaikan itu sangat ringkas dan tiadalah terlalu payah

Wednesday, November 20, 2013

INFOGRAFIK : BUKU BUKU TERPOPULAR SEPANJANG ZAMAN

Assalammualaikum

Sebagai seorang peminat dan pembaca buku yang Tegar-Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, saya berasa terpanggil untuk berkongsi bersama sahabat sekalian Infografik di bawah. Berkenaan  buku-buku sepanjang zaman yang sentiasa malar hijau dan tak lapuk dek zaman. Apa yang paling membanggakan adalah golongan barat ini sudi untuk menampilkan Al-Quran sebagai antara buku terpopular sepanjang zaman dan diletakkan di bahagian atas pula

Semoga kita sebagai Umat Islam sejati tidak lupa akan Kalam Tuhan paling berharga di dunia ini. Lebih mulia dan berkuasa dari seluruh dunia dan isinya. Bersama-samalah kita berazam untuk terus menguliti dan tadabbur tanpa rasa lelah dan penat kerana kandungannya tidak akan pernah sama dengan buku-buku popular lain seperti di bawah.

Buku-buku lain itu mungkin akan musnah dan akhirnya dilupakan generasi hadapan. Tetapi Al-Quran akan tetap dipelihara Allah dari dahulu sampailah akhir masa. Jadi siapalah kita untuk melupakannya terus.

InsyaAllah pesanan untuk diri sendiri juga.

Sumber: http://dailyinfographic.com/the-most-popular-books-of-all-time-infographic

Sunday, November 17, 2013

KOREA 2013-SESI PENGENALAN

Assalammualaikum

Dimulakan dengan Bismillah untuk entri yang entah ke berapa untuk tahun yang paling sedikit saya post entri baru di blog ini. kekadang terlupa juga saya memiliki blog kerana kesibukan kerja yang terlampau sampai mungkin boleh buat video bertajuk Pegawai Teknologi Makanan yang terlampau!!.Eh. 

Selepas melihat sidebar chatroom yang lebih dikenali sebagai Sampaikan Salam dipenuhi dengan iklan “Perut kempis dengan singlet anti boroi” dan “your blog is so impressive, keep up a good work” saya membuat kesimpulan awal yang blog ini memang wajib dibersihkan semula.Dibersihkan daripada kekotoran dan daki daki gelap akibat kemalasan pemiliknya yang melampau. 

Apapun, abaikan segala intro yang merepek meraban di atas kerana untuk entri baru ini InsyaAllah saya akan bermula menceritakan detik-detik hebat lagi indah berkenaan  percutian paling bermakna yang telah saya alami tahun ini. Alhamdulillah

Menyusuri alam ciptaan Tuhan akan membuat kita sentiasa berfikir betapa kerdil dan rendahnya kita di mata Yang Maha Esa. Melihat perilaku dan gelagat manusia di luar tanah air sendiri selalu membawa saya berfikir betapa bertuahnya diri saya dan betapa sangat bertuahnya juga diri mereka. Masing-masing membawa buku kehidupan sendiri dalam melayari onak duri pancaroba hidup.

Untuk permulaan ini tiada apa lagi mahu diceritakan, cuma akan diselitkan beberapa gambar perasan hensem lagi menyakitkan mata untuk tatapan anda dan anda semua yang ‘sangat rajin’ bertandang ke blog ini.

Pengkisahan yang sebenar dan lengkap akan  menyusul kemudian. Oleh itu, stay tuned… bro and sis.

Owh, terlupa ingin saya umumkan bahawasanya saya telah melancong ke Negara Kpop dan Running Man. Semeestinya ramai yang dapat meneka tanpa salah bahawa negara tersebut adalah:


KOREA SELATAN

DSCF0348 (Large)
Subway Station Korea yang sangat pantas dan efisien



DSCF0555 (Large)
Namsan Tower. Banyak mangga berkarat dijumpai
IMG_6072 (Large)
Naminara Island
IMG_8557 (Large)
Trick Eye Museum

IMG_9555 (Large)
World Cup Stadium Park

IMG_3194 (Large)
Gyeong Bok Gung Palace


doakan saya rajin dan berani untuk update lagi berkenaan trip pelancongan ini. di atas adalah sekakdar introduksi sahaja.