Saturday, December 8, 2012

MENGGIGIT DI BIG BAD WOLF BOOK 2012

Assalammualaikum
*akhirnya berupdate jua blog ini. lantaran kemalasan tuan empunya blog yang tiada sempadan ditambah dengan kesibukan tugas dan kerja untuk masa depan isteri dan anak-anak*
banner
Screen Shot 2012-11-16 at 11.26.46 AM
akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke pesta buku paling awesome untuk tahun ini. tahap awesome yang lebih sedikit daripada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kerana harganya yang berpatutan dan lautan buku yang menyejukkan mata dan menenangkan hati.
tahun lepas, ketika dilangsungkan di MAEPS tidak dapat pergi kerana tidak berada di Kuala Lumpur. Alhamdulillah, tahun ini berkesempatan jua walaupun kepala sangat diserabutkan dengan bebanan kerja yang tidak berkesudahan.
gambar sekitar pesta buku ini tidaklah dapat saya kongsikan kerana tidak dapat menahan gejolak nafsu yang membuak-buak untuk mencari buku yang diidamkan. tapi apa yang dapat saya katakan adalah sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke dalam dewan ini anda akan speechless dan terus terpegun dengan lambakan buku untuk disambar.
yang ada hanyalah gambar kepenatan duduk di tepi dewan sambil camwhore dengan wajah kepuasan walaupun kaki dah lenguh dan tangan pun dan naik kebas mengelek kotak ke hulur hilir.
20121207_232300
20121207_232751
sahabat-sahabat tempat kerja yang sudi meneman.
akhirnya pulang ke rumah dengan hati gembira beserta hasil tangkapan seperti gambar di bawah:
20121208_133630
*sengaja besarkan gambar. harap maklum*
cukuplah stok bacaan untuk tahun hadapan. semangat membaca harus dinaikkan semula. bekerja bukanlah alasan untuk menafikan hobi terulung saya yang satu ini.
kepada peminat novel berbahasa inggeris, ensaiklopedia, coffee table book, majalah, graphic novel dan lain-lain. anda akan rugi sekiranya tidak ke sini.
sekian

No comments:

Post a Comment