Sunday, November 11, 2012

SUDAH BERPUNYA AKHIRNYA

Assalammualaikum segenap manusia di Alam Maya sekalian. Semoga kalian sihat di samping laptop, PC, tablet, Android, Iphone yang tersayang.

Alhamdulillah, tepat tarikh 10.11.12 (cantik tarikh ni) selamatlah sahabat saya dan juga sahabat saya seorang lagi diijabkabulkan. Ini bukan bermaksud dua sahabat saya berkahwin di tempat yang berlainan tetapi mereka sesama sahabat telah berkahwin di antara satu sama lain. Faham kan?

Tahniah diucapkan kepada

Nur Farishah Farhan dan Mohd Firdaus

kedua-duanya adalah sahabat saya sejak semester pertama melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Alhamdulillah, UPM menemukan mereka berdua, berkenalan, bersahabat, mengenali hati budi masing-masing, mengenali ahli keluarga, merisik, bertunang dan akhirnya menjejakkan kaki ke jinjang pelamin.

Semoga mahligai kasih yang dibina berkekalan sepanjang hayat dan tiada terhenti sehingga ke Babul Jannah.

Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama’a bainakuma fil khair

20121006_133147

Dulu bergambar jauh-jauh. Sekarang nak peluk-peluk pun takpe. Oppss

Saya bila lagi?

Heeeee. Keinginan memang ada. Semua orang pun ada. Calon pun InsyaAllah sudah ada.

Cuma……

Rumah belum ada. Kereta sendiri belum ada. Duit simpanan belum cukup. Duit PTPTN belum habis bayar. Study baru nak mula. bla bla bla

Alasan semata-mata

 

Sekian

No comments:

Post a Comment