Thursday, November 15, 2012

SALAM MAAL HIJRAH

Assalammualaikum

Di kesempatan yang tidak berapa sempat ini kerana saya sudah pulang ke kampung halaman dan pastinya tidak punya banyak masa untuk update blog kerana sibuk makan dan menonton rancangan hebat di televisyen, ingin sekali saya mengucapkan :

20120820_182106-1

Selamat Tahun Baru 1434 Hijrah

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Saya doakan moga-moga apa yang anda semua telah azamkan tahun sebelumnya telah berjaya dicapai dengan pencapaian terbaik ibarat Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Jika ada azam yang masih belum tercapai tiadalah salah dan silap untuk carry forward pada tahun ini. Almaklumlah bukan senang nak mencapai azam yang kadang-kadang tingginya seperti menjulang langit.

saya doakan juga semoga tahun ini akan bermula dengan baik dan cemerlang, dijauhkan daripada sebarang kejahilan, kesakitan yang memudaratkan, bencana yang memusnahkan dan hati yang tidak tenteram.

Juga semoga dipermudahkan segala urusan, diberi kejayaan yang sentiasa disyukuri dan paling utama kualiti ibadah yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

InsyaAllah, jika diiringi dengan doa, tawakal dan usaha yang tidak mengenal erti penat lelah. Semuanya akan tercapai dengan izin yang Maha Esa. Amin

Akhir kata, selamat tahun baru dan selamat berazam baru!

Sekian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...