Friday, November 2, 2012

PELAN BARU WIRELESS BROADBAND DARI MAXIS

Assalammualaikum

Sebenarnya teruja dengan Pelan Baru Maxis ini. Apa tidaknya, selama ini saya menggunakan broadband dengan kuota 4GB dengan harga RM68 sebulan. Tetapi dengan pelan baru ini saya boleh dapat 8GB dengan harga yang sama

Kurang percaya? silalah tengok-tengok jadual di bawah:

image

percaya kan. Lepas tu boleh dapat modem serba baru dan laju berdesup desap dengan percuma. Wah!

image

tapi yang menjadi kemusykilan saya sekarang adalah mengapa perlu ada waktu tertentu untuk menggunakan kuota tertentu. sebagai contoh (sila rujuk jadual di atas), untuk pakej 20GB, waktu penggunaan 5GB adalah dari jam 8pagi hingga 2pagi kemudian untuk 15GB pula adalah dari jam 2pagi hingga 8pagi sahaja. Faham tak? kalau tak faham sila baca semula.

Untuk pengguna seperti saya sangatlah mustahil untuk bangun jam 2 pagi dan berjaga sehingga 8 pagi semata-mata untuk menggunakan kuota internet tersebut. Baik bangun solat hajat ke solat tahajud ke lagi bagus. Uhuk2.

Akhirnya barulah saya tersedar bahawasanya sesuailah dengan harga murah yang ditawarkan kerana kurang pengguna akan menggunakan talian internet pada waktu tersebut. Memang bijak betul Maxis punya promosi ni. Fuh.

Apapun, terpulanglah kepada sesiapa untuk membeli pakej ini. pendapat saya seperti di atas adalah bersifat peribadi semata-mata. Kita semua berhak membuat pilihan terbaik mengikut kemampuan dan keinginan masing-masing kan.

Nota : Tetap menggunakan talian Maxis walaupun ia sangat kaya dengan hidden charge yang kekadang tidak relevan

1 comment:

  1. abe pun guna pakej ni...memang licik la maxis ni menipu...

    ReplyDelete