Monday, November 12, 2012

LELAKI TERTELAN SUDU

Assalammualaikum

Oh! Ini berita paling pelik kelakar saya baca pada hari ini. Bagaimana sudu yang besar itu boleh tertelan dan senang pula meluncur dalam perut. Aduhai, mesti sengsara lelaki ini. Perlukan pembedahan pula untuk keluarkan sudu

Pesanan tulus ikhlas dari Blog Kau Ilhamku janganlah ada menggunakan sudu untuk menggaru kerongkong anda yang gatal. Belilah strepsils ataupun apa-apa gula yang berangin (mint) untuk menyegarkan kerongkong anda semula

Berita penuh adalah seperti di bawah:

pix_middle

TAIPING: Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja tertelan sudu besi yang digunakannya ketika memakan nasi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa seorang penjaja, Teoh Ah Lek, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan kecemasan bagi mengeluarkan sudu yang ditelannya itu.

Mangsa yang ditemui di wad HT semalam berkata, dia tertelan sudu ketika cuba menggunakan alat itu untuk menggaru kerongkongnya yang terasa gatal.
Menurutnya, dia yang menjolok sudu sepanjang 15 sentimeter itu ke dalam kerongkong bagaimanapun secara tidak sengaja terlepas pegangan sebelum sudu itu tertelan serta masuk ke dalam perutnya.

“Saya jadi panik dan terkejut kerana sudu itu terus meluncur masuk ke dalam kerongkong. Saya kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

Semoga lelaki ini kembali sihat dan mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Janganlah menggaru kerongkong menggunakan sudu lagi

 

Sekian

 

Sumber Berita: http://www.hmetro.com.my/articles/Bedahperutkeluarsudu/Article

No comments:

Post a Comment