Friday, November 16, 2012

FAKTA-FAKTA MENARIK YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU (12 GAMBAR)

Assalammualaikum

Banyak perkara di dalam dunia ini berlaku secara rahsia dan sememangnya perlu untuk dirahsiakan. Ada juga perkara lain yang berlaku secara tidak rahsia tetapi kita masih juga tidak tahu berkenaanya. Sebab yang paling asas adalah tidak mahu ambil tahu ataupun sebaran maklumat berkenaannya masih belum sampai kepada kita.

Namun dengan kecanggihan teknologi internet pada hari ini, semuanya seperti tidak boleh dirahsiakan lagi. Maklumat tersebar dengan pantas ke seluruh dunia walaupun ia berada di dalam kawalan si pengeluar maklumat.

Alangkah anda makan tengahari lauk apa hari ini pun, sesetengah orang di negara Uganda boleh tahu tau!

Apapun, dibawah ini saya lampirkan beberapa fakta menarik untuk tatapan anda, mungkin ada untuk pertambahan ilmu dan ada juga sekadar hiburan semata-mata. Bergantung bagaimana anda melihatnya:

these_fascinating_facts_will_blow_your_mind_05

these_fascinating_facts_will_blow_your_mind_06these_fascinating_facts_will_blow_your_mind_08

these_fascinating_facts_will_blow_your_mind_11

these_fascinating_facts_will_blow_your_mind_14

these_fascinating_facts_will_blow_your_mind_16

these_fascinating_facts_will_blow_your_mind_17

these_fascinating_facts_will_blow_your_mind_23

these_fascinating_facts_will_blow_your_mind_26

these_fascinating_facts_will_blow_your_mind_28

these_fascinating_facts_will_blow_your_mind_29

these_fascinating_facts_will_blow_your_mind_30

sumber gambar: http://izismile.com/2012/11/12/these_fascinating_facts_will_blow_your_mind_30_pics.html

Thursday, November 15, 2012

SALAM MAAL HIJRAH

Assalammualaikum

Di kesempatan yang tidak berapa sempat ini kerana saya sudah pulang ke kampung halaman dan pastinya tidak punya banyak masa untuk update blog kerana sibuk makan dan menonton rancangan hebat di televisyen, ingin sekali saya mengucapkan :

20120820_182106-1

Selamat Tahun Baru 1434 Hijrah

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Saya doakan moga-moga apa yang anda semua telah azamkan tahun sebelumnya telah berjaya dicapai dengan pencapaian terbaik ibarat Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Jika ada azam yang masih belum tercapai tiadalah salah dan silap untuk carry forward pada tahun ini. Almaklumlah bukan senang nak mencapai azam yang kadang-kadang tingginya seperti menjulang langit.

saya doakan juga semoga tahun ini akan bermula dengan baik dan cemerlang, dijauhkan daripada sebarang kejahilan, kesakitan yang memudaratkan, bencana yang memusnahkan dan hati yang tidak tenteram.

Juga semoga dipermudahkan segala urusan, diberi kejayaan yang sentiasa disyukuri dan paling utama kualiti ibadah yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

InsyaAllah, jika diiringi dengan doa, tawakal dan usaha yang tidak mengenal erti penat lelah. Semuanya akan tercapai dengan izin yang Maha Esa. Amin

Akhir kata, selamat tahun baru dan selamat berazam baru!

Sekian

Wednesday, November 14, 2012

14 FAKTA BERKENAAN GULA (INFOGRAFIK)

Assalammualaikum

Kembali bekerja semula hari ini, tapi esok cuti semula sampai minggu depan. Memang sorga sungguhlah kerja macam ni. Beruntunglah kamu wahai rakyat Malaysia dan banyakkanlah bersyukur.

Kalau dah namanya cuti, masa pun banyak dihabiskan dengan bersenang lenang sambil mengeratkan silaturrahim. Salah satu kaedah bersenang lenang bagi saya dan juga saya pasti pada orang lain juga adalah MAKAN. makan tanpa henti sampai dah tak boleh makan lagi.

Di tambah pula kalau makan di pusat membeli belah, majoriti pasti memilih Restoran Makanan Segera untuk menjamu selerakan. lain ceritalah kalau ada orang yang siap masak dari rumah lepas tu bawa bekal ke pusat membeli belah. memang kagum sungguh kalau ada orang macam tu. memang menjaga kesihatan keluarga

tapi tahukah anda makanan segera sangat kaya dengan GULA dan pelbagai lagi perisa tambahan yang sangat tidak menyihatkan? Opsss, tidak perlu ditanya lagi kerana anda pasti sangat tahu.

Jadi, untuk menambahkan lagi pengetahuan anda tentang sahabat baik sehidup semati kita semua ini, marilah kita bersama-sama membaca Infografik yang disediakan di bawah


14 Fakta berkenaan GULA



sumber : http://dailyinfographic.com/14-facts-about-sugar-infographic

Tuesday, November 13, 2012

DI SEBALIK TABIR FILEM ‘TITANIC’ (16 GAMBAR)

Assalammualaikum

marilah kita bersama-sama menjamu mata melihat bagaimana filem yang pernah menjadi fenomena seluruh dunia ini dihasilkan. sangat klasik dan seperti memerlukan usaha dan kerja keras yang sangat tinggi.

Almaklumlah untuk pembikinan sebuah filem adaptasi peristiwa yang pernah terjadi suatu ketika dahulu dan melibatkan pula kapal pelayaran terbesar di dunia pernah dihasilkan pasti bukan satu perkara yang mudah.

saya tidak berapa suka menonton filem ini disebabkan ada adegan yang tidak elok sangat untuk dilihat ditengah-tengah cerita. tetapi bahagian di mana kapal gergasi ini terbelah dua dan semua penumpang  sibuk menyelamatkan diri masing-masing adalah bahagian yang paling saya suka. dramatik dan sangat menyedihkan.

apapun, layan jelah gambar di bawah ini yup.

a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_04

a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_05

a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_06

a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_07a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_08

a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_12

a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_13

a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_15

a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_16

a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_20

a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_22

a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_26

a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_28

a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_31

a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_01

a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_03

dulu semasa masih zaman kanak-kanak hingusan, mati-mati saya ingat kapal terbesar ini dibina semua untuk tujuan pembikinan filem. rupa-rupa semua adalah replika bersaiz miniatur semata-mata. ceit. tertipu sudah.

sumber gambar: http://izismile.com/2012/11/12/a_behindthescenes_look_at_the_making_of_titanic_33_pics.html

DEEPAVALI

Assalammualaikum

Wah, seronoknya cuti hari ni. walaupun sehari cuma namun tetap ku hargai ibarat cuti setahun. Hoho.

Kepada semua sahabat yang beragama Hindu, Happy Diwali saya ucapkan. Semoga pesta cahaya yang disambut mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama kalian dan ikatan kasih sayang sesama kita rakyat Malaysia

diwali-rangoli-wallpaper-e1345792173231

sumber gambar:http://hawaiidermatology.com/rangoli/rangoli-designs-in-scenery-hawaii-dermatology-wallpapers.htm

 

Nota 1: nak buat apa hari ni pun tak tau!

Monday, November 12, 2012

LELAKI TERTELAN SUDU

Assalammualaikum

Oh! Ini berita paling pelik kelakar saya baca pada hari ini. Bagaimana sudu yang besar itu boleh tertelan dan senang pula meluncur dalam perut. Aduhai, mesti sengsara lelaki ini. Perlukan pembedahan pula untuk keluarkan sudu

Pesanan tulus ikhlas dari Blog Kau Ilhamku janganlah ada menggunakan sudu untuk menggaru kerongkong anda yang gatal. Belilah strepsils ataupun apa-apa gula yang berangin (mint) untuk menyegarkan kerongkong anda semula

Berita penuh adalah seperti di bawah:

pix_middle

TAIPING: Pelik tapi benar! Itulah yang berlaku apabila seorang lelaki secara tidak sengaja tertelan sudu besi yang digunakannya ketika memakan nasi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Isnin lalu, mangsa seorang penjaja, Teoh Ah Lek, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital Taiping (HT) untuk rawatan kecemasan bagi mengeluarkan sudu yang ditelannya itu.

Mangsa yang ditemui di wad HT semalam berkata, dia tertelan sudu ketika cuba menggunakan alat itu untuk menggaru kerongkongnya yang terasa gatal.
Menurutnya, dia yang menjolok sudu sepanjang 15 sentimeter itu ke dalam kerongkong bagaimanapun secara tidak sengaja terlepas pegangan sebelum sudu itu tertelan serta masuk ke dalam perutnya.

“Saya jadi panik dan terkejut kerana sudu itu terus meluncur masuk ke dalam kerongkong. Saya kemudian segera mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

Semoga lelaki ini kembali sihat dan mengambil pengajaran daripada peristiwa ini. Janganlah menggaru kerongkong menggunakan sudu lagi

 

Sekian

 

Sumber Berita: http://www.hmetro.com.my/articles/Bedahperutkeluarsudu/Article

WAKTU TERBAIK UNTUK MENGHANTAR EMAIL

Assalammualaikum

Saya adalah seorang penghantar email yang tegar dan saya memang gemar menghantar email. Email sangat efisien berbanding penghantaran melalui pos yang memakan masa. Namun, untuk mengetahui seseorang itu telah menerima dan membaca email kita adalah agak mustahil melainkan penerima email tersebut sangat baik hati dan suci murni untuk membalas email kita

Oleh yang demikian, sangatlah molek sekiranya kita dapat mengetahui masa yang terbaik untuk menghantar email dan seterusnya mempunyai sedikit keyakinan bahawasanya email kita telah diterima dan dibaca

Panduan di bawah mungkin dapat membantu:

image from blog.getresponse.com

saya kira panduan ini amat menarik untuk blogger yang menggunakan email sebagai notifikasi blog mereka sudah dikemaskini

Sekian untuk makluman

Sunday, November 11, 2012

FAKTA MENARIK TENTANG 'RAMEN'

Assalammualaikum

Siapa peminat Ramen?

Saya bukan peminat Ramen dan rasanya tidak pernah pun menjejakkan kaki ke Ichiban Ramen atau yang sewaktu dengannya.

Apapun, fakta ini khas untuk sesiapa sahaja yang ingin tahu berkenaan Ramen tidak kira suka makan atau tidak. Kalau tidak ingin tahu sila main jauh-jauh.



SUDAH BERPUNYA AKHIRNYA

Assalammualaikum segenap manusia di Alam Maya sekalian. Semoga kalian sihat di samping laptop, PC, tablet, Android, Iphone yang tersayang.

Alhamdulillah, tepat tarikh 10.11.12 (cantik tarikh ni) selamatlah sahabat saya dan juga sahabat saya seorang lagi diijabkabulkan. Ini bukan bermaksud dua sahabat saya berkahwin di tempat yang berlainan tetapi mereka sesama sahabat telah berkahwin di antara satu sama lain. Faham kan?

Tahniah diucapkan kepada

Nur Farishah Farhan dan Mohd Firdaus

kedua-duanya adalah sahabat saya sejak semester pertama melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Alhamdulillah, UPM menemukan mereka berdua, berkenalan, bersahabat, mengenali hati budi masing-masing, mengenali ahli keluarga, merisik, bertunang dan akhirnya menjejakkan kaki ke jinjang pelamin.

Semoga mahligai kasih yang dibina berkekalan sepanjang hayat dan tiada terhenti sehingga ke Babul Jannah.

Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama’a bainakuma fil khair

20121006_133147

Dulu bergambar jauh-jauh. Sekarang nak peluk-peluk pun takpe. Oppss

Saya bila lagi?

Heeeee. Keinginan memang ada. Semua orang pun ada. Calon pun InsyaAllah sudah ada.

Cuma……

Rumah belum ada. Kereta sendiri belum ada. Duit simpanan belum cukup. Duit PTPTN belum habis bayar. Study baru nak mula. bla bla bla

Alasan semata-mata

 

Sekian

Saturday, November 10, 2012

HAPPY BIRTHDAY EQBAL ZACK (GIVEAWAY)

Assalammualaikum

Allah Selamatkan kamu

Allah Selamatkan kamu

Allah Selamat Bro Eqbal Zack

Allah Selamatkan kamu

*fuh, semput menyanyi satu nafas

Selamat Hari Lahir Abg Eq,

Ini mungkin kali kedua saya menyertai GA yang dianjurkan oleh blogger famous lagi bijaksana Eqbal Zack. Kali pertama sudah tidak ingat, mungkin ada berkaitan dengan hari raya atau yang sewaktu dengannya

Tapi yang paling awesome sekali GA kali ini, hadiah yang bro Eq janjikan  memang meletup gilalah, jemputlah menjamu mata gambar-gambar di bawah yer

PRIZES

TWO[2] winners

Him/her will receive a Black Wallet and Red Purse by Alain Delon (Original)

FOUR [4] winners

It’s the original miniature from DKNY and RALPH LAUREN!
Join now, because FOUR [4] of you (him/her) will win a bottle!
TEN [10] winners

TEN [10] PARTICIPANTS will receive Eqbal Zack (EZ) Limited Editon Fridge Magnet

Meletup kan. Dapat tengok gambar pun jadilah sebab saya memang sedia maklum kurang luck sikit masuk-masuk pertandingan ni. Cabutan bertuah hadiah towel pun tak pernah dapat. Sobs

Tengoklah pulak Rules and Regulation yang telah ditetapkan Bro Eq untuk ingatan dan renungan kita bersama:

image

Sesiapa yang berminat bolehlah join, jangan malu jangan segan. Bukan ada yuran penyertaan pun.

Sekian

KEMUDAHAN YANG TIDAK PERLU (13 GAMBAR)

Kadang-kadang kita manusia ini memang mempunyai sifat memerlukan sesuatu yang tidak perlu. Banyak benda yang kita beli kebanyakannya hanyalah dek nafsu semata-mata. Kemahuan dan kehendak telah mengatasi keperluan yang sebenarnya.

Gambar-gambar di bawah ini boleh menjadi contoh yang baik. Alangkah manusia kini bertambah malas dan kalau boleh ingin memudahkan sesuatu pekerjaan semudah, secepat dan seringkas yang boleh.

Tapi tidak dinafikan ada sesetengahnya adalah satu inovasi teknologi baru yang menarik dan boleh dimanfaatkan.

Enough said, layan sajalah gambar di bawah:

silly_or_clever_01

Misai kecemasan. Sealed for extra freshness. Gelak guling-guling.

silly_or_clever_02

Pemanas tangan. Kekadang perlu pabila penghawa dingin teramat sejuk hingga menggigit tulang.

silly_or_clever_03

Water Dispenser. Molek untuk anak-anak kecik yang belum kuat memegang botol yang besar dan masih penuh. Jimat tenaga dan kurang pembaziran.

silly_or_clever_04

Oh. Ini memang tidak perlu. Tapi untuk peminat istana pasir apa salahnya.

silly_or_clever_07

Hurm.

silly_or_clever_09

Pemegang iphone. anda perlu beli ini kerana harga iphone sangat mahal berbanding samsung

silly_or_clever_12

telinga sejuk adalah satu penderitaan. ia perlu dilindungi

silly_or_clever_13

pemakai stokin. speechless

silly_or_clever_16

Biscuit holder. Lagi speechless

silly_or_clever_17

Jangan mengada nak kongsi dengan saya

silly_or_clever_33

Sleep anytime anywhere as you want

silly_or_clever_40

Pemotong sosej.

silly_or_clever_43

Pembakar Roti

 

Sekian

Sumber Gambar: http://izismile.com/2012/11/09/silly_or_clever_45_pics.html