Sunday, October 7, 2012

DI SINI SAYA BERMULA #KONVO

20121006_122640

 

Assalammualaikum

 

Dimana kita bermula adalah petunjuk terbaik di mana kita berada pada hari ini. Ia harus begitu kerana tiada satu permulaan maka tidak akan ada jalan cerita yang membawa rencah kehidupan. Penceritaan hari ini adalah tentang bagaimana saya bermula sebagai seorang pelajar

 

Pelajar Pra-siswazah.

 

Tidak semua yang berlaku dalam kehidupan adalah menyeronokkan. Ia sentiasa bergantung kepada bagaimana kita mendifinisi keseronokan. Paling elok adalah pabila keseronokan yang telah dimulai dengan pelbagai jenis dugaan, ujian, cabaran dan rintangan yang berakhir dengan baik bersandarkan usaha yang terbaik.

 

Saya hanyalah seorang remaja biasa. Menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dengan senyuman ibu bapa yang terukir indah dan penuh kesyukuran. Diterima masuk ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Menolak dengan senang hati kerana diterima pula untuk terus memasuki Universiti Awam melalui Program Asasi

 

Ia adalah Program Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia

 

20121006_124636

 

Ibu bapa menerima keputusan saya dengan hati yang terbuka. Bebas memberi saya kebebasan untuk menentukan masa depan yang saya sendiri kabur. Matlamat jelas mengapa saya menerima tawaran ini juga tidak saya ketahui. Semata kerana ingin terus merasai persekitaran universiti yang tentunya bakal menjadi satu penerokaan yang hebat tiada tandingan.

 

20121006_123939

 

Namun ia tidak semudah seperti yang disangkakan. Cabaran terlalu besar. Banyak perkara harus dipelajari baik dari segi akademik, persekitaran, pergaulan, perbezaan taraf sehinggalah soal cinta yang selalunya lebih dititikberatkan.

 

Ia memang sangat tidak mudah. Malah terlalu sukar. Banyak pengalaman yang saya rasai sepanjang berada di pengajian asasi. terasa saya membesar terlalu cepat dan tumbesaran ini kadangkala tidak tepat pada waktunya. begitu banyak perkara harus diketahui tetapi terlalu sedikit masa yang diperuntukkan.

 

ada masa saya bersemangat menjalani hidup. adrenalin mengalir deras memasuki pelbagai platform melahirkan semangat kepimpinan dan keyakinan diri. sehinggakan pelajaran dijadikan perkara kedua. ada masa pula larut dalam kehidupan sosial yang entah apa-apa. yang difikirkan semula hanyalah membuang masa dan tenanga. ada pula masa duduk di meja dan tumpuan penuh pada buku dan tulisan nota panjang berjela.

 

semuanya adalah pengalaman yang tidak mampu dibayar oleh sesiapa pun. ia dibeli, dijual kemudian dibayar sendiri untuk membeli kembali.hitam putih yang berlaku saya tafsirkan sebagai nikmat dan rahmat dari Yang Maha Esa. yang mengajar saya erti kehidupan melalui pengalaman.

 

pengajian selama 3 semester ini semangnya tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ia pengajian selama setahun setengah yang kemudiannya banyak mempengaruhi pengajian saya ke peringkat bacelor selama 4 tahun. Antaranya adalah menyebabkan saya bergraduasi lebih lewat daripada rakan sebaya.

 

Entri ini akan bersambung jika saya rajin

No comments:

Post a Comment