Wednesday, October 31, 2012

APA SEBENARNYA SAYA LAKUKAN

Ramai yang tidak faham apakah sebenarnya lepasan pelajar Bacelor Sains dan Teknologi Makanan seperti saya lakukan selepas menamatkan pengajian dan memulakan zaman pekerjaan. Alangkah kekadang keluarga saya sendiri pun kurang faham apakah peluang pekerjaan yang akan saya dapati selepas menamatkan pengajian

Ramai juga yang menjangkakan saya akan menjadi seorang chef di hotel ataupun bekerja sebagai pengurus di restoran makanan segera. Ia adalah tanggapan yang saya kira tidak bertepatan sama sekali kerana tiada pun subjek seni kulinari atau penyediaan makanan di dalam silibus pengajian sepanjang pembelajaran saya di universiti.

Sebagai satu pencerahan kepada sesiapa sahaja yang tersalah anggap dengan pekerjaan lulusan seperti saya, bolehlah melihat gambar di bawah. Khas dicuri dari Facebook untuk tatapan anda sekalian:

 

297144_10151148679928992_2146591308_n

Inilah sebenarnya yang kami lakukan. Yang sebenar-benarnya.

Saturday, October 27, 2012

SALAM EID ADHA

Kepada semua Umat Islam seantero dunia, suka untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha. Semoga sambutan hari kebesaran ini kita raikan dengan penuh kesyukuran dan kerendahan hati pada Yang Maha Esa

130720111422

100720111210

Umrah tahun 2011 ini akan sentiasa kekal segar dalam ingatan

Diletakkan kembali di laman maya sebagai motivasi kepada diri sendiri untuk menyambut sendiri Idul Adha di Tanah Haram secepat yang mungkin dan pada usia yang masih muda belia

Semoga dimakbulkan Allah doa ini. Mari sahabat kita tanamkan azam. Menunaikan Ibadah Haji pada usia muda dan masih sihat walafiat adalah satu rahmah yang tiada ternilai.

Tuesday, October 9, 2012

KEGEMBIRAAN #KONVO

Semua orang berhak untuk rasa gembira. Gembira adalah perasaan yang wajib menjadi hak setiap orang. Tiada satu manusia pun di alam fana ini tidak boleh gembira. Semuanya boleh. Cuma kerana gembira adalah satu perasaan yang boleh dipilih, maka banyak juga manusia yang tidak memilih untuk gembira

 

Gembira satu gambaran perasaan yang subjektif. Gembira ketika senang, gembira ketika susah, gembira ketika sedih, gembira ketika resah. Semuanya boleh diselimuti dengan perasaan gembira. Oleh sebab tidak semua orang gembira melihat sesorang tidak gembira, maka ramai yang menyimpan perasaan tidak gembira dengan rasa gembira. Di wajah, semata-mata.

 

Paling mudah, bergembiralah sentiasa kerana kegembiraan memudahkan. Kegembiraan menenangkan dan kegembiraan mempesonakan. Bergembiralah seadanya kerana disebalik kegembiraan yang melampui batas itu terselit kesedihan yang belum ternampakkan.

 

Bergembiralah walaupun hati sedang bersedih kerana disebalik lautan kesedihan itu pasti ada mutiara kegembiraan terbenam di dasar kecamuk perasaan.

 

Akhir kata, saya memang dalam keadaan gembira

 

Sentiasa

 

IMG_8365

 

IMG_8370

 

IMG_8381

 

IMG_8421

Sunday, October 7, 2012

DI SINI SAYA BERMULA #KONVO

20121006_122640

 

Assalammualaikum

 

Dimana kita bermula adalah petunjuk terbaik di mana kita berada pada hari ini. Ia harus begitu kerana tiada satu permulaan maka tidak akan ada jalan cerita yang membawa rencah kehidupan. Penceritaan hari ini adalah tentang bagaimana saya bermula sebagai seorang pelajar

 

Pelajar Pra-siswazah.

 

Tidak semua yang berlaku dalam kehidupan adalah menyeronokkan. Ia sentiasa bergantung kepada bagaimana kita mendifinisi keseronokan. Paling elok adalah pabila keseronokan yang telah dimulai dengan pelbagai jenis dugaan, ujian, cabaran dan rintangan yang berakhir dengan baik bersandarkan usaha yang terbaik.

 

Saya hanyalah seorang remaja biasa. Menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia dengan senyuman ibu bapa yang terukir indah dan penuh kesyukuran. Diterima masuk ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Menolak dengan senang hati kerana diterima pula untuk terus memasuki Universiti Awam melalui Program Asasi

 

Ia adalah Program Asasi Sains Pertanian, Universiti Putra Malaysia

 

20121006_124636

 

Ibu bapa menerima keputusan saya dengan hati yang terbuka. Bebas memberi saya kebebasan untuk menentukan masa depan yang saya sendiri kabur. Matlamat jelas mengapa saya menerima tawaran ini juga tidak saya ketahui. Semata kerana ingin terus merasai persekitaran universiti yang tentunya bakal menjadi satu penerokaan yang hebat tiada tandingan.

 

20121006_123939

 

Namun ia tidak semudah seperti yang disangkakan. Cabaran terlalu besar. Banyak perkara harus dipelajari baik dari segi akademik, persekitaran, pergaulan, perbezaan taraf sehinggalah soal cinta yang selalunya lebih dititikberatkan.

 

Ia memang sangat tidak mudah. Malah terlalu sukar. Banyak pengalaman yang saya rasai sepanjang berada di pengajian asasi. terasa saya membesar terlalu cepat dan tumbesaran ini kadangkala tidak tepat pada waktunya. begitu banyak perkara harus diketahui tetapi terlalu sedikit masa yang diperuntukkan.

 

ada masa saya bersemangat menjalani hidup. adrenalin mengalir deras memasuki pelbagai platform melahirkan semangat kepimpinan dan keyakinan diri. sehinggakan pelajaran dijadikan perkara kedua. ada masa pula larut dalam kehidupan sosial yang entah apa-apa. yang difikirkan semula hanyalah membuang masa dan tenanga. ada pula masa duduk di meja dan tumpuan penuh pada buku dan tulisan nota panjang berjela.

 

semuanya adalah pengalaman yang tidak mampu dibayar oleh sesiapa pun. ia dibeli, dijual kemudian dibayar sendiri untuk membeli kembali.hitam putih yang berlaku saya tafsirkan sebagai nikmat dan rahmat dari Yang Maha Esa. yang mengajar saya erti kehidupan melalui pengalaman.

 

pengajian selama 3 semester ini semangnya tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ia pengajian selama setahun setengah yang kemudiannya banyak mempengaruhi pengajian saya ke peringkat bacelor selama 4 tahun. Antaranya adalah menyebabkan saya bergraduasi lebih lewat daripada rakan sebaya.

 

Entri ini akan bersambung jika saya rajin

Friday, October 5, 2012

TAZKIRAH JUMAAT

ramadhan9

sumber: http://bissmiocean.blogspot.com/2012/06/prinsip-5-ibadah-sebagai-perkaedahan.html

 

 

Wahai anak Adam!
Lapangkanlah masa untuk beribadat kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu! (Hadis Qudsi, riwayat Ahmad).

Thursday, October 4, 2012

APALAH GUNA BERSEDIH

1305204291-awesome-motivational-wallpaper-611214-wallpaper

 

Secara umumnya saya tidak dalam keadaan bersedih.

 

Cuma saya merasakan sesetengah kesedihan itu tiada berbaloi dan tidak juga memberikan apa apa keuntungan walau sedikit pun

 

Bagi saya kesedihan hanyalah menambah kerisauan dan rasa resah gelisah yang tiada berkesudahan

 

Apalah guna rasa bersedih sekiranya kesedihan itu langsung tidak boleh digunakan untuk membeli walau sebiji gula-gula murah.

 

Apalah guna rasa bersedih sekiranya kesedihan itu membawa kegembiraan kepada orang lain yang tegar melihat kesedihan kita

 

Apalah guna bersedih sekiranya kesedihan itu langsung tidak membawa kepada kebaikan dan kemaslahatan diri

 

Apalah guna bersedih sekiranya kesedihan itu hanya membawa kepada rasa putus asa dan hilang semangat meneruskan hidup.

 

Apalah guna bersedih sekiranya kesedihan itu langsung tidak membawa diri ke mana-mana dan kekal pula berada di takuk lama

 

Alangkah sedihnya pula sekiranya kesedihan itu menjarakkan pula diri dan iman pada Yang Maha Pengubat Segala Kesedihan

 

La Takhaf, wala Tahzan Innallah Ma’ana

Wednesday, October 3, 2012

BUKU OKTOBER

Assalammualaikum

 

Alhamdulillah

 

20121003_204051

 

Buku yang dipesan semalam telah pun tiba hari ini dengan selamatnya. Dibungkus dengan elok dan rapi dan dilampirkan bersama sekeping penanda buku comel bewarna hijau yang tertulis sebaris kata yang mendalam maknanya

 

“Sebuah kamar tanpa buku ibarat tubuh tanpa jiwa”

 

Aduhai, menusuk kalbu sungguh baris kata ini bagi saya. Bayangkan sekiranya kata-kata ini sangat relevan pada zaman sekarang, alamatnya banyaklah tubuh manusia yang hidup tidak berjiwa dan menjalani kehidupan sehari-hari semata-mata kerana rutin penerusan kehidupan.

 

Bagi saya sendiri, kata-kata ini amat tepat dan tidak boleh tidak untuk disangkal. Kita dapat lihat bagaimana sifat, perangai dan kelakuan manusia yang hidupnya penuh dengan amalan membaca berbanding dengan manusia yang hidupnya langsung tidak membaca.

 

Manusia yang membaca lidahnya akan sentiasa bercakap perkara yang berilmu dan terpandu pula dengan fakta dan bukti yang sahih.

 

Mindanya sentiasa bergerak untuk meneroka sesuatu yang baru dan seterusnya membina jaringan pengetahuan yang tidak bersempadan.

 

Hatinya pula selalu menginginkan kebenaran dan menolak kepalsuan. Menerima kebenaran berlandaskan jaringan pengetahuan yang dibina dan menolak kepalsuan dengan fakta yang meruntuh dan meroboh.

 

Matanya meliar dari hujung helaian kiri ke hujung helaian kanan bersama debaran di hati mengakhiri pembacaan dan akhirnya mendapat tingkat kepuasan yang terkesan.

 

Pabila berjalan pula, kakinya cepat melangkah ke toko buku walaupun poket sedang ketandusan peruntukan. Dapat memegang dan melihat sedikit-sedikit cukuplah sekiranya tidak mampu membeli.

 

Inilah definisi ulat buku sebenar mengikut pandangan kaca mata saya ini. Tidak lebih dan tidak kurang. Tetapi sekiranya diikut betul, saya belum lagi memenuhi spesifikasi ulat buku seperti yang saya tetapkan sendiri.

 

Alasan biasa, manusia selalu tidak sempurna kerana ruang untuk menambahbaik tidak pernah akan penuh.

 

Nota 1: Buku di atas dipesan melalui Ujana Ilmu. Perkhidmatan Buku Online terbaik yang pernah saya gunakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...