Sunday, September 30, 2012

IMPIAN TIADA KESAMPAIAN

Assalammualaikum

 

Coretan  sudah lama hilang di dalam laman ini.Hilang tetapi boleh dijumpai dengan senang. Ia tidak juga boleh dikatakan hilang.Mungkin hanya tidak mahu dijumpakan.

 

daily_picdump_weekend_edition_36

 

Lumrah kehidupan. Tidak semua yang kita impikan akan kita dapatkan. Sama juga tidak semua yang kita citakan akan dicapai. Semuanya bergantung dan berhubung. Walaupun pada diri sendiri, semua perkara telah dirancang, direncana, diperelok dan ditambahbaik dengan sempurna.Jika ianya tidak ditakdir berlaku, maka ia tidak akan berlaku.

 

Dengan cara apa sekalipun

 

Segalanya telah tergantung dan terhubung.Saling berkait dan mengait. Tidak tercapai kali ini tidak mungkin tidak tercapai juga untuk kali lainnya. Sudah tercapai kali ini, munasabah akan termusnah dan lebur sekelip mata.

 

Ia memang selalu bergantung. Bergantung  pada yang Satu. Yang Maha Pembuat Keputusan dan penentu takdir. Rancangan hamba hinanya memang terbaik tetapi tidak selalu terbaik kepada Sang Maha Pencipta. Kaedah yang sangat jelas dan jitu dan tidak perlu dipertikai.

 

Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah maha mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya

 

Al-Baqarah 216

 

Bertenanglah dan syukurilah apa yang wujud sekarang kerana esok sentiasa belum maklum masih ada atau tidak.

No comments:

Post a Comment