Sunday, September 30, 2012

IMPIAN TIADA KESAMPAIAN

Assalammualaikum

 

Coretan  sudah lama hilang di dalam laman ini.Hilang tetapi boleh dijumpai dengan senang. Ia tidak juga boleh dikatakan hilang.Mungkin hanya tidak mahu dijumpakan.

 

daily_picdump_weekend_edition_36

 

Lumrah kehidupan. Tidak semua yang kita impikan akan kita dapatkan. Sama juga tidak semua yang kita citakan akan dicapai. Semuanya bergantung dan berhubung. Walaupun pada diri sendiri, semua perkara telah dirancang, direncana, diperelok dan ditambahbaik dengan sempurna.Jika ianya tidak ditakdir berlaku, maka ia tidak akan berlaku.

 

Dengan cara apa sekalipun

 

Segalanya telah tergantung dan terhubung.Saling berkait dan mengait. Tidak tercapai kali ini tidak mungkin tidak tercapai juga untuk kali lainnya. Sudah tercapai kali ini, munasabah akan termusnah dan lebur sekelip mata.

 

Ia memang selalu bergantung. Bergantung  pada yang Satu. Yang Maha Pembuat Keputusan dan penentu takdir. Rancangan hamba hinanya memang terbaik tetapi tidak selalu terbaik kepada Sang Maha Pencipta. Kaedah yang sangat jelas dan jitu dan tidak perlu dipertikai.

 

Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah maha mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya

 

Al-Baqarah 216

 

Bertenanglah dan syukurilah apa yang wujud sekarang kerana esok sentiasa belum maklum masih ada atau tidak.

Wednesday, September 12, 2012

BERBAHAGIALAH WAHAI MANUSIA

FireShot Screen Capture #024 - 'Surat Al-Fajr - The Holy Qur'an - القرآن الكريم' - quran_com_89

 

Sesungguhnya janji Allah itu tersangatlah benar. Janganlah ragui, janganlah curigai, letakkan hati sepenuhnya pada yang satu Ini, kerana Dialah yang kekal abadi

 

Akurlah dengan segala takdir yang ditentukan, semuanya mehnah untuk manusia memperbaharui dan mempertingkatkan iman. Pandanglah ujian dan cubaan dengan penuh rasa kesyukuran. Kerana disebaliknya nanti ada hikmah yang kita sendiri perlukan.

 

Dan nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?

Thursday, September 6, 2012

BUAT DUIT DENGAN ‘SAYS’

 

image

 

Siapa yang pernah buat duit dengan SAYS?

 

Saya pernah aktif satu ketika dahulu masa baru-baru bukak akaun Facebook tapi sekarang dah malas dah. Orang yang nak klik iklan pun dah takdo. HOHO

 

Saja nak promote laman ni sebab saje-saje bukak tadi rupanya dah berwajah baru. Cantik jugak dan lebih laju daripada biasa. Tapi tak taulah maybe sebab selama ni line Broadband lembab and tiba-tiba malam ni dia laju plak.

 

Iklan pun dah senang nak promote. Dulu rasanya macam susah sikit je.

 

Tapi tengoklah bila bila rajin mengaktifkan diri semula dengan SAYS ni.

 

Mana tau lama-lama simpan boleh beli Preve sebuah

 

Berangan je lah

 

Income tak sampai pun RM100

 

image

+Income orang malas promote Iklan+

 

Tapi duit jugak kan

 

Berminat?

 

Klik LINK di bawah yup. Tak paksa pun. Tak nak klik pun takpe.

 

 

KLIK DI SINI

 

 

Buat pengetahuan, saya pernah cash out Income dari SAYS ni sekali dolu-dolu. boleh tahan jugaklah. Cepat pulak tu sebab die terus bank-in jer. Tak payah tunggu cek macam Nuffnang

 

Sekarang ni dah merajuk dengan Nuffnang, dah tak dapat BE lagi dah. Kemungkinan besar disebabkan pembaca blog yang semakin hari semakin tiada.

 

Bajet retis ada orang nak baca blog Kau.

 

 

 

 

Sunday, September 2, 2012

FAMILI RAYA 2012

Raya1

Akhirnya dapat juga bergambar penuh secara formal seperti ini

 

Walaupun tidak berbaju formal Aidil Fitri

 

Namun ia tetap memberi kesan yang signifikan

 

SELAMAT HARI RAYA

 

Raya kan sebulan…