Tuesday, August 14, 2012

RINDU PADAMU

Assalammualaikum

 

Koleksi gambar terbaik dari dua Kota Paling Suci di Dunia

 

Semoga Allah memberikan saya peluang sekali lagi untuk kembali lagi ke sana.

 

Alangkah cemburu kepada sahabat yang dapat meraikan Eid Fitri di sini. Semoga memperoleh Umrah yang diredhai Allah

 

100720111210

Umrah Kedua ketika bersedia untuk merangkat ke Taneem

 

090720111203

Kaabah di waktu Malam. Ia kelihatan tersangat besar dan gagah ketika anda berada dekat. Betapalah kerdilnya perasaan seorang hamba ketika di sini

 

1

Masjid Nabawi di awal pagi sebelum payung gergasi dibuka untuk menahan terik panas mentari

 

130720111422

Antara pintu masuk ke Masjidil Haram

 

100720111232

Pemandangan Kaabah di waktu tengahari. Ketika mentari tegak di atas kepala tetapi ajaibnya panas langsung tidak mengeluarkan setitik peluh.

 

130720111419

Menara Jam.

 

120720111373

Jabal Rahmah. penuh dengan tulisan manusia yang mungkin mendambakan dipercepatkan jodoh pertemuan. Wallahualam

 

 130720111431

Antara pintu masuk lain ke Masjidil Haram

 

150720111494

Bersama anak buah yang juga ahli rombongan. Langsung tidak meragam sepanjang kami berada di Tanah Suci. Baik dan sentiasa sihat. Nikmat Allah mempermudahkan urusan ibadah kedua orang tuanya.

 

170720111584

Jabal Uhud.

 

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

 

Segala puji bagi Allah yang memberikan kesempatan kepada hambamu berada di 2 Tanah Suci ini

 

Sampaikan aku semula ke sana Ya Allah.

 

 

Nota : Sedang impan duit banyak-banyak. Tangguh kahwin dahulu. Kembali semula ke sini prioriti utama. Semoga dipermudahkan.

8 comments:

  1. Bestnyaa. Semoga dipermudahkan. Doakan aku jugak agar sampai ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Berazam dulu pun dah ok. Yang penting ada keinginan untuk sampai ke sana

      Delete
  2. seronoknyaa.. semoga kak KB jugak dapat sampai ke sana satu hari nanti. Insya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sama-sama kita berdoa ye kak. semua ada peluang untuk sampai ke sana

      Delete
  3. Nice bro.. Saya pun azam la jg nak g sana,,,

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah kalau ada azam. akan sampai jugak ke sana. Jangan berhenti berazam yup

    ReplyDelete
  5. Alhamdullillah..
    seronoknya...
    rasa nak pergi sekali lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok kan. rasa macam nak tinggal kat sana terus jer..Insyaallah semoga dipermudahkan Allah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...