Monday, August 27, 2012

JELAJAH RAYA 2012

Ini adalah Entri yang sarat dengan gambar

syamil raya

 

Assalammualaikum

 

Berkumpul bersama sanak saudara adalah salah satu keajaiban aidilfitri. Sanak saudara yang sangat sukar untuk bertemuka muka dan bertanya khabar sepanjang tahun akhirnya dapat berpeluk cium, bertepuk tampar dan bergurau senda semasa musim Aidilftri.

 

Ia kelihatan seperti sesuatu yang sangat kecil tetapi memberi kesan yang sangat signifikan terhadap silaturrahim keluarga yang asalnya memang dari benih yang sama.

 

Alhamdulillah, kebanyakan ahli keluarga saya dapat berkumpul secara pukal sempena syawal nan indah ini. Semoga tradisi berkumpul ini terus bersemi dan tumbuh menyubur di kalangan ahli keluarga saya sehinggalah ke generasi dan warisan seterusnya. Walaupun pada ketika itu mungkin Ipad dan Samsung Tab sudah tidak relevan lagi, masih ada lagi cucu cicit dan piut miut yang mempunyai kesedaran utuh untuk menjadi penyambung

 

Seperti biasa, pabila sudah berkumpul begini, eloklah kiranya amalan kunjung mengunjung rumah sanak saudara di jalankan. Di samping memenuhkan perut yang memang sedia penuh sedari syawal yang pertama dapat juga menambah koleksi kertas biru, hijau, ungu dan kuning itu. Almaklumlah, saya ini walaupun sudah bekerja tersangatlah wajah awet muda sehingga ramai yang tersilap terberi duit raya.

 

Semuanya saya terima dengan hati yang sangat terbuka. Terima kasih.

 

20120821_102302

Rumah pertama adalah rumah bapa saudara saya yang kedua. Di Kampung Tenglu, Mersing.

 

20120821_102113

Satu famili, sudah bertambah satu tahun ini. InsyaAllah bertambah lagi satu tahun hadapan.

 

20120821_101228

Betapalah anak buah saya seorang ini seperti tidak ikhlas bergambar dengan saya. Huhu

 

Kemudiah rumah saya di Kampung Sri Pantai, Mersing

 

DSC_0348

Adik beradik. Yang didokong adalah anak buah comel. Bukan adik

 

DSC_0327

Jamuan Ad-Hoc

 

DSC_0325

Mengimbau kenangan semalam

 

DSC_0342

Pengantin baru

 

 

Penjelajahan Eid Mubarak bersambung ke Daerah Kulai Jaya dan Johor Bharu

 

20120824_162651

Rumah sepupu, Shah Nahar di Bandar Putra, Kulaijaya

 

20120824_172246

 

Rumah sepupu, Mohd Khair di kawasan taman yang sama. Signifikannya motor itu diletak di tengah disebabkan ia adalah motor peninggalan arwah datuk saya. sudah sekian lama disimpan dan dijaga oleh sepupu saya ini. sekarang sudah seratus peratus berubah wajah. Masih beroperasi dengan baik

 

20120824_172041

Pose dekat

 

20120824_183228

Rumah sepupu, Mohd Najib juga di kawasan taman yang sama. Alkisah mereka bertiga ini adalah adik beradik dan tinggal pula di kawasan taman yang sama. Saya tidak pasti samada ia suratan atau kebetulan.

 

20120824_203149

Rumah sepupu, Amir Firdaus di Perling, Johor Bharu

 

DSC_0209

Akhir sekali rumah Kakak dan Abang Ipar saya di Taman Senai Utama, Johor Bharu

 

Begitulah kiranya penjelajahan Eid Fitri keluarga saya sepanjang 2 hari. Alhamdulillah, ia satu penerusan tradisi yang tersangat mulia dan sangat wajar diteruskan hinggalah ke beberapa masa yang Allah tentukan.

 

Semoga ukhuwah silaturrahim ini kekal abadi hingga akhir hayat dan menjadi jambatan pula menuju Jannah. Sehingga bertemu lagi di Entri Raya yang seterusnya. InsyaAllah.

3 comments:

  1. sama lah...bila balik johor..bab paling seronok konvoi ramai2 ziarah rumah sedara mara sekitar JB..seronok sesekali berjumpa kan? :-)

    ReplyDelete
  2. betul. memang konvoi ramai-ramai. kadang-kadang siap sesat lagi. sesat pun ramai-ramai. memang seronok sungguh pengalaman tu.

    ReplyDelete
  3. salam aidilfitri adik :))


    oh raya kt jb yaa..akak plak balik kluang..mmg seronok kan time raya sbb dpt berkumpul..setahun sekali

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...