Sunday, August 5, 2012

BUKU-BUKU RAMADHAN

Assalammualaikum

 

Salam sayang buat pembaca novel tegar sekalian. Haruslah saya sayang anda ketat-ketat kerana kegilaan membaca anda yang sama seperti saya. Kepada yang ingin saya sayang anda juga, sila pupuk minat membaca sekuatnya dan kita akan saling sayang-menyayangi ibarat lembaran buku yang terpisah sebentar ketika diselak kemudian bertemu, berpaut dan melekat semula supaya pembacanya dapat menyelak ke halaman seterusnya. Ok, hiperbola terlebih petang Ramadhan ke 16

 

Apapun suka untuk saya berkongsi kepada sahabat sekalian, antara buku-buku yang Insyaallah akan saya uliti dan habisi sepanjangan Ramadhan ini. Buku-buku Ramadhan tidaklah semestinya berkisar tentang Ramadhan sahaja kan.

 

Almaklumlah, apa-apa buku yang kita baca pastilah memiliki ilmunya yang tersendiri dan memberikan sari tauladan yang baik untuk kita semua. Pabila buku tersebut memiliki pengajaran dan iktibar yang dapat diambil maka Insyaallah akan tiadalah sia-sia kita membacanya kerana telah dijanjikan Allah bahawasanya setiap ilmu yang kita tuntuti pasti akan beroleh ganjarannya yang tersendiri.

 

Apapun, teruslah kepada pokok utama entri saya pada hari ini:

 

20120805_182335

 

Setelah membaca Kembara Sastera Nisah Haron pada bulan lepas, hati saya ini bagaikan melonjak-lonjak untuk terus membaca pelbagai novel berkisarkan kembara. Selalunya dipanggil Travelog. Perasaan bercampur baur pabila membaca buku seperti ini kerana saya seperti meraikan kegembiraan penulis berada di tempat tersebut tetapi pada masa yang sama merasakan saya juga sedang berada di tempat yang sama.

 

Kemudian menguatkan lagi semangat saya semoga pada suatu hari nanti akan saya juga berada di tempat yang sama dan menulis pula nostalgia keberadaan saya di situ. Dengan persepsi dan perspektif yang berbeza pastinya.

 

Warkah Eropah saya rasakan kesinambungan yang baik untuk saya  kerana penulisan Nisah Haron dalam Kembara  Sastera beliau juga banyak terinspirasi melalui buku ini.

 

20120805_182408

 

Sebelum ini saya banyak membaca Karya Prof Muhd Kamil Ibrahim dan belum terlintas di hati untuk membaca buah tangan isterinya pula. Pabila dipinjamkan seorang sahabat buku ini saya cuba untuk tidak meletakkan sebarang ‘expectation’ yang tinggi seperti saya membaca karya Prof Muhd Kamil. Namun, saya silap sama sekali. Baru sahaja mengulit beberapa halaman saya telah pasti bahawa Roza Roslan juga sangat berbakat dalam menulis. Menulis berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri dan ia hidup ketika dibaca. Membawa pembaca bersama belayar dalam arus kehidupannya dan sama-sama mensyukuri nikmat dan rahmat yang didapati sepanjang perjalanan tersebut.

 

Buku-buku di bawah ini pula, saya masih tidak boleh memberikan apa-apa komen kerana membaca ungkapan di belakang buku pun masih belum dilakukan. Semoga semuanya memberi manfaat kepada saya dan mungkin beberapa orang di sekitar putaran hidup saya. InsyaAllah

 

20120805_182354

 

20120805_182423

 

20120805_182445

 

saya memanggil semua buku di atas adalah Buku-buku Ramadhan antara lain juga disebabkan saya tidak mengeluarkan satu sen pun untuk membelinya kecuali satu buku iaitu Warkah Eropah. semua buku ini saya dapati sendiri di dalam rak buku di rumah ketika melakukan penyusunan minor. Mungkin dibeli oleh sesiapa sahaja di rumah ini tanpa pengetahuan saya. Travelog Cinta Abadi pula dipinjamkan oleh seorang sahabat.

 

InsyaAllah, semoga setiap apa yang dibaca ini akan memberi ilmu yang baru dan sekiranya tidak baru pun sebagai pengulangan untuk diri saya memperbaharui ilmu-ilmu yang sedia ada. Lantaran manusia ini tidak lari daripada sifat alpa dan harus sentiasa diperingatkan.

 

Salam Ramadhan Kareem.

 

Nota 1: Blog ini berwajah baru lagi. Ikut sedap mata saya memandang

3 comments:

  1. perghh..syoknya syamil oi tgk banyak betul koleksi kt rumah. amik kt rak je.. nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, belilah buku banyak-banyak jadi banyaklah koleksi yang ada kat rumah tu. aku kan beli buku tak kira ada duit ke tak.

      Delete
  2. Di mana saudara dapat buku Warkah Eropah tu? saya ingin dapatkanya.

    ReplyDelete