Monday, August 6, 2012

AJAL MAUT

Assalammualaikum

 

Sesungguhnya urusan ajal maut itu tetaplah di dalam takluk kerahsiaan Allah Taala dan tidak ada satu makhluk pun di dunia ini yang mengetahui saat bila nyawa akan dipulangkan semula kepada pemilik segala hak kerajaan Langit dan Bumi

 

20120806_170052

 

Allahuakbar, berita yang paling dibenci untuk dibaca setiap kali menatap akhbar harian tetapi acapkali berada di ruangan hadapan. kemudian bersambung semula di muka surat dalaman. Berita tentang kemalangan. Maut.

 

Tapi hari ini, saya sendiri tidak menyangka bahawa saya membaca berita kemalangan adik junior semasa saya bersekolah dulu. Nama yang tertera seperti sangat saya kenali dan pabila rujuk di laman Facebook, memang benarlah beliau yang terlibat.

 

Ibu dan adiknya meninggal dunia dan beliau bersama ayahnya pula cedera dan masih di rawat di hospital. Semoga rohnya ibu dan adiknya ditempatkan bersama golongan mukmin yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini dibukakan segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka.

 

Kepada adik Siti Nasuha bt Mokhtar, bertabahlah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan pengharapan yang tersirat. Tenangkanlah hati kerana yang pergi tidak akan kembali dan yang sedang hidup ini pasti akan menyusuli. Semoga jadi pengajaran untuk bersiap sedia dengan amal ukhrawi dalam menuju Jannah Firdausi yang kekal abadi.

 

20120806_170117

6 comments:

  1. sedihnyaa..tp dah tertulis ajalnya kan

    takziah utk siti nasuha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajal maut di tangan tuhan
      masa kita entah bila
      bersedia sajalah

      Delete
  2. saya pun sedih ..kadangkala marah bila baca kisah2 kemalangan di akhbar ni...lebih2 lagi nak raya nanti...bas..lori...memang menjadi raja jalanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. marah campur sedih. semoga kita dijauhkan pula daripada menjadi tajuk akhbar untuk berita sebegini. kadang-kadang sudah berhati-hati pun tetap ditimpa juga. takdir ketentuan Illahi

      Delete
  3. Inalillah.... takziah tuk Siti Nasuha..

    Siti Nasuha tu ke yang baru pulang dari Jepun..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, Keluarga dia ambil di KLIA sempena cuti eid fitri..

      Delete