Monday, August 27, 2012

JELAJAH RAYA 2012

Ini adalah Entri yang sarat dengan gambar

syamil raya

 

Assalammualaikum

 

Berkumpul bersama sanak saudara adalah salah satu keajaiban aidilfitri. Sanak saudara yang sangat sukar untuk bertemuka muka dan bertanya khabar sepanjang tahun akhirnya dapat berpeluk cium, bertepuk tampar dan bergurau senda semasa musim Aidilftri.

 

Ia kelihatan seperti sesuatu yang sangat kecil tetapi memberi kesan yang sangat signifikan terhadap silaturrahim keluarga yang asalnya memang dari benih yang sama.

 

Alhamdulillah, kebanyakan ahli keluarga saya dapat berkumpul secara pukal sempena syawal nan indah ini. Semoga tradisi berkumpul ini terus bersemi dan tumbuh menyubur di kalangan ahli keluarga saya sehinggalah ke generasi dan warisan seterusnya. Walaupun pada ketika itu mungkin Ipad dan Samsung Tab sudah tidak relevan lagi, masih ada lagi cucu cicit dan piut miut yang mempunyai kesedaran utuh untuk menjadi penyambung

 

Seperti biasa, pabila sudah berkumpul begini, eloklah kiranya amalan kunjung mengunjung rumah sanak saudara di jalankan. Di samping memenuhkan perut yang memang sedia penuh sedari syawal yang pertama dapat juga menambah koleksi kertas biru, hijau, ungu dan kuning itu. Almaklumlah, saya ini walaupun sudah bekerja tersangatlah wajah awet muda sehingga ramai yang tersilap terberi duit raya.

 

Semuanya saya terima dengan hati yang sangat terbuka. Terima kasih.

 

20120821_102302

Rumah pertama adalah rumah bapa saudara saya yang kedua. Di Kampung Tenglu, Mersing.

 

20120821_102113

Satu famili, sudah bertambah satu tahun ini. InsyaAllah bertambah lagi satu tahun hadapan.

 

20120821_101228

Betapalah anak buah saya seorang ini seperti tidak ikhlas bergambar dengan saya. Huhu

 

Kemudiah rumah saya di Kampung Sri Pantai, Mersing

 

DSC_0348

Adik beradik. Yang didokong adalah anak buah comel. Bukan adik

 

DSC_0327

Jamuan Ad-Hoc

 

DSC_0325

Mengimbau kenangan semalam

 

DSC_0342

Pengantin baru

 

 

Penjelajahan Eid Mubarak bersambung ke Daerah Kulai Jaya dan Johor Bharu

 

20120824_162651

Rumah sepupu, Shah Nahar di Bandar Putra, Kulaijaya

 

20120824_172246

 

Rumah sepupu, Mohd Khair di kawasan taman yang sama. Signifikannya motor itu diletak di tengah disebabkan ia adalah motor peninggalan arwah datuk saya. sudah sekian lama disimpan dan dijaga oleh sepupu saya ini. sekarang sudah seratus peratus berubah wajah. Masih beroperasi dengan baik

 

20120824_172041

Pose dekat

 

20120824_183228

Rumah sepupu, Mohd Najib juga di kawasan taman yang sama. Alkisah mereka bertiga ini adalah adik beradik dan tinggal pula di kawasan taman yang sama. Saya tidak pasti samada ia suratan atau kebetulan.

 

20120824_203149

Rumah sepupu, Amir Firdaus di Perling, Johor Bharu

 

DSC_0209

Akhir sekali rumah Kakak dan Abang Ipar saya di Taman Senai Utama, Johor Bharu

 

Begitulah kiranya penjelajahan Eid Fitri keluarga saya sepanjang 2 hari. Alhamdulillah, ia satu penerusan tradisi yang tersangat mulia dan sangat wajar diteruskan hinggalah ke beberapa masa yang Allah tentukan.

 

Semoga ukhuwah silaturrahim ini kekal abadi hingga akhir hayat dan menjadi jambatan pula menuju Jannah. Sehingga bertemu lagi di Entri Raya yang seterusnya. InsyaAllah.

Sunday, August 19, 2012

SALAM EID FITRI

Assalammualaikum

 

Selamat-Hari-Raya-Aidilfitri

Dihias pelita segenap pekan

Indah malam cahaya gemerlap

Salam Aidilfitri hamba kirimkan

Mohon dimaaf segala silap

 

Kapal mudik labuh ke muara

Tika mentari hilang di barat

Syawal dirai penuh gembira

Moga barakah dilimpah rahmat

 

 

Salam Kasih dan Sayang daripada En Ilham dan Keluarga

Saturday, August 18, 2012

TIPS MENULIS OLEH PENULIS ANTARABANGSA TERKENAL #2

Assalammualaikum

Entri ini adalah sambungan entri semalam. Kepada yang mungkin terlepas entri semalam boleh klik link di bawah:


Semoga bermanfaat kepada anda semua yang ingin berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Ataupun telahpun menjadi seorang taiko hebat dalam bidang ini.

famous_writers_give_essential_writing_tips_21

 famous_writers_give_essential_writing_tips_22

famous_writers_give_essential_writing_tips_23

famous_writers_give_essential_writing_tips_24

famous_writers_give_essential_writing_tips_25

famous_writers_give_essential_writing_tips_26

famous_writers_give_essential_writing_tips_27

famous_writers_give_essential_writing_tips_640_12

famous_writers_give_essential_writing_tips_14

famous_writers_give_essential_writing_tips_15

famous_writers_give_essential_writing_tips_16

famous_writers_give_essential_writing_tips_17

famous_writers_give_essential_writing_tips_18

famous_writers_give_essential_writing_tips_19

famous_writers_give_essential_writing_tips_20

Sumber:

Friday, August 17, 2012

TIPS MENULIS OLEH PENULIS ANTARABANGSA TERKENAL

Assalammualaikum

Pernah suatu ketika dahulu, ketika saya sedang asyik dan ketagih menguliti novel cinta Alaf 21 dan yang seangkatan dengannya. Saya berangan untuk menjadi seorang penulis. Penulis yang melakarkan kehidupan cinta indah dan disulami dengan kasih sayang berpanjangan. Dilakonkan oleh watak jejaka yang kacak tak hengat dan gadis nan dara cantik kulitnya mulus bak sutera. Kemudian terjebak dengan sedikit krisis, selesai dan kemudian berbahagia sepanjang hayat, ever after dan everlasting

Kemudian saya beralih pula kepada genre yang lebih berat dan penuh dengan ayat sastera yang perlu dibaca beberapa kali untuk difahami. Sarat dengan pengajaran, iktibar, pedoman, dan panduan yang boleh dicontohi untuk meladeni kehidupan. Terus semangat saya untuk menjadi penulis semakin membuak dan tiada terbendung. Tetapi berminat kepada genre yang lebih berat sesuai dengan perubahan minat saya.

Apapun, dek kerana kurangnya ilmu pengetahuan tentang teknik menulis yang betul mengikut skema dan lunasnya yang sudah tetap. Saya tidak meneruskan. Apatah lagi memulakan. Tidaklah mahu saya menulis akan cerita yang bersepah cara penulisannya, tiada koma dan tiada penanda wacana. Tiada berjarak dan perenggan yang tidak sekata.

Saya terus membaca, membaca dan membaca hinggakan saya terlupa cita-cita saya yang terdahulu. Sehinggalah sekarang impian tersebut belum tercapai.

Tapi sehinggalah hari ini saya terjumpa beberapa tips menulis oleh penulis terkenal dari luar negara. Ia menarik perhatian untuk saya kembali berkecimpung kepada minat lama.

Mungkin akan tercapai. InsyaAllah suatu hari nanti. Saya sendiri menunggu masa ajaib tersebut.

Owh, maaf kamu bukan baca pun apa yang saya tulis panjang berjela kan. Teruslah melihat-lihat tips-tips di bawah:

famous_writers_give_essential_writing_tips_02

famous_writers_give_essential_writing_tips_03

famous_writers_give_essential_writing_tips_04

famous_writers_give_essential_writing_tips_05

famous_writers_give_essential_writing_tips_06

famous_writers_give_essential_writing_tips_07

famous_writers_give_essential_writing_tips_08

famous_writers_give_essential_writing_tips_09

famous_writers_give_essential_writing_tips_10

famous_writers_give_essential_writing_tips_11

famous_writers_give_essential_writing_tips_13

Molek bukan? Eh, Bagus bukan?

Semoga anda yang minat menulis mendapat sedikit pencerahan. Jika tidak sedikit, banyak pun jadilah

Entri ini dipecahkan kepada dua bahagian. Nantikan bahagian seterusnya esok

Sumber:

Nota: Pulang ke Mersing tengahari ini. Berdoa semoga tidak sempat berbuka dalam kereta.

Thursday, August 16, 2012

FAKTA MENARIK TENTANG HAIWAN


Mari saya kongsikan beberapa fakta tentang apa yang haiwan boleh lakukan yang kita mungkin tidak pernah tahu sebelum ini. Perkara yang baik dan menakjubkan tentunya. Indah sungguh ciptaan Allah walaupun ia hanyalah seekor binatang yang tiada berakal seperti manusia.

Surprising Animals Facts You Probably Didn

Benar atau tidak, siapalah saya untuk menentukan. Sangat cetek berkenaan ilmu haiwan yang ada di dada. Sebagai pengajaran, eloklah di ambil perkara yang elok dan di buang perkara yang buruk. Semoga kita sentiasa beroleh manfaat

Fakta Menarik yang lain :

Saya tidak pernah dengar ada haiwan yang sanggup membuang anak kecil yang baru dilahirkan di tempat yang buruk seperti di tong sampah, bawah pokok yang penuh kerengga mahupun tepi jalan sibuk dengan kenderaan. Jika ada sila betulkan saya.

Tetapi yang menariknya, banyak manusia melakukan perkara sedemikian.

Wallahualam


Nota : Semoga bermanfaat

Wednesday, August 15, 2012

FAKTA MENARIK TENTANG PEMINUM KOPI

Ah! Kopi adalah ketagihan tegar saya yang tidak boleh dibendung. Ia seumpama perokok yang tidak boleh meninggalkan tabiat tidak elok tersebut walau sehari. Kopi merangsang adrenalin saya untuk lebih bersemangat dalam melakukan apa sahaja. Meningkatkan konsentrasi dan tidak dapa tidak saya mesti katakan ia mempengaruhi produktiviti saya sehari-hari

Pernah beberapa kali mencuba minuman lain untuk sarapan seperti Horlicks atau Milo. Kirim salam. Langsung tidak memberikan sebarang kesan. Saya harus meminum kopi juga selepas itu. Jika tiada kopi maka saya akan seperti kurang tenang, malas, mengantuk dan tidak bersemangat.

Aduhai, penangan Kaffein yang sangat tidak menyihatkan. Kebergantungan yang harus dijauhkan tetapi masih gagal dilaksanakan. Tetapi saya tidak menyesal, kerana Kopi sedap!.

Mari lihat fakta menarik tentang peminum kopi. Profesion mana yang paling banyak menjadikan kopi sebagai minuman rutin.


Saya bekerja di Makmal. Ia meletakkan saya di tempat pertama melalui analisis ini.

Suratan atau Kebetulan?

PANTUN UNTUK DIA

 

pantun 

Hari ini hari ulangtahun kelahiran si Dia

Juga ulangtahun pertemuan Dia dan Saya

 

Jadi

 

Saya nukilkan pantun ini

Khas

Untuk Dia

WORDLESS WEDNESDAY

 

599976_504919949537463_2132246819_n

Tuesday, August 14, 2012

RINDU PADAMU

Assalammualaikum

 

Koleksi gambar terbaik dari dua Kota Paling Suci di Dunia

 

Semoga Allah memberikan saya peluang sekali lagi untuk kembali lagi ke sana.

 

Alangkah cemburu kepada sahabat yang dapat meraikan Eid Fitri di sini. Semoga memperoleh Umrah yang diredhai Allah

 

100720111210

Umrah Kedua ketika bersedia untuk merangkat ke Taneem

 

090720111203

Kaabah di waktu Malam. Ia kelihatan tersangat besar dan gagah ketika anda berada dekat. Betapalah kerdilnya perasaan seorang hamba ketika di sini

 

1

Masjid Nabawi di awal pagi sebelum payung gergasi dibuka untuk menahan terik panas mentari

 

130720111422

Antara pintu masuk ke Masjidil Haram

 

100720111232

Pemandangan Kaabah di waktu tengahari. Ketika mentari tegak di atas kepala tetapi ajaibnya panas langsung tidak mengeluarkan setitik peluh.

 

130720111419

Menara Jam.

 

120720111373

Jabal Rahmah. penuh dengan tulisan manusia yang mungkin mendambakan dipercepatkan jodoh pertemuan. Wallahualam

 

 130720111431

Antara pintu masuk lain ke Masjidil Haram

 

150720111494

Bersama anak buah yang juga ahli rombongan. Langsung tidak meragam sepanjang kami berada di Tanah Suci. Baik dan sentiasa sihat. Nikmat Allah mempermudahkan urusan ibadah kedua orang tuanya.

 

170720111584

Jabal Uhud.

 

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

 

Segala puji bagi Allah yang memberikan kesempatan kepada hambamu berada di 2 Tanah Suci ini

 

Sampaikan aku semula ke sana Ya Allah.

 

 

Nota : Sedang impan duit banyak-banyak. Tangguh kahwin dahulu. Kembali semula ke sini prioriti utama. Semoga dipermudahkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...