Thursday, July 26, 2012

KITA BINA HIDUP INI



Assalammualaikum dan Salam Ramadhan

Semoga sahabat sekalian sentiasa berada di bawah lembayung Rahmat Allah. Selamat berpuasa dan semoga puasa kita pada hari ini dan hari seterusnya diberi ganjaran yang besar di sisiNya.

Semalam ketika baru pulang dari masjid bersolat terawih, telinga dan hati saya tertancap pada puisi ini. Diperdengarkan di Radio IKIM.FM. puisinya cukup mudah dan tidak berlebihan. sesuai dengan isinya sendiri yang ingin  membawa manusia supaya sentiasa bersifat berkecukupan dan bersyukur dengan segala apa yang telah diterima. 

walau sedikit wajiblah bersyukur apatah lagi banyak juga wajib untuk bersyukur. alangkah tidak dikurniakan apa-apa pun kita harus kita sentiasa bersyukur. semoga sifat sentiasa memanjatkan kesyukuran ini tertanam di hati kita semua dan subur mewangi lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Silakan menjadi halwa hati dan minda anda untuk hari ini dan seterusnya. Walaupun kita berpuasa fizikal mengelakkan diri daripada makan dan minum juga dengan perkara yang membatalkan puasa, kita tetap tidak akan membiarkan hati dan akal untuk berpuasa daripada menerima hidangan lazat, sedap dan harum supaya ia sentiasa kekal sihat sepanjang masa. Anda sendiri sedia maklum apakah makanan untuk hati itu kan? 

Sesungguhnya berpuasa itu adalah satu keajaiban.

Kita bina hidup ini
dengan kecukupan bukan dengan kelebihan
dengan kejayaan bukan dengan kecemerlangan
dengan kemudahan bukan dengan kesenangan
dengan keperluan bukan dengan kemahuan
dengan kebaikan bukan dengan kesempurnaan
dengan kekayaan bukan dengan kemewahan
dengan kesediaan bukan dengan ketahuan.

Kita bina hidup ini
bukan dengan manisnya janji tapi dengan pahitnya mengotakannya
bukan dengan indahnya kata tapi dengan sukarnya menyuarakannya
bukan dengan tingginya darjat tapi dengan payahnya memikulnya
bukan dengan banyaknya ilmu tapi dengan kurangnya mendiamkannya
bukan dengan panjangnya nyawa tapi dengan pendeknya mensia-siakannya.

Kita bina hidup ini
dengan mimpi menjadi nyata bukan dengan nyata bertukar mimpi
dengan angan menjadi cita bukan dengan cita bertukar angan
dengan beri menjadi jujur bukan dengan jujur bertukar beri
dengan nokhtah menjadi langkah bukan dengan langkah bertukar nokhtah.

Kita bina hidup ini
bukan untuk terus hidup
tapi untuk hidup seterusnya.


( Mustafa Shamsuddin, Amman Jordan
Berita Minggu, 14 Feb 2010 }

Saturday, July 21, 2012

APLIKASI ISLAM TERBAIK SEMPENA RAMADHAN #1

Assalammualaikum
Salam Ramadhan semuanya. Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi kesempatan untuk berjumpa dengan sahabat terhebat yang sering ditunggu pertemuannya saban tahun. Semoga pertemuan kita dengan sahabat bernama Ramadhan Al-Mubarak selama sebulan ini membawa seribu rahmat dan keberkatan buat kita semua. Insyaallah

Seiring dengan peredaran teknologi semasa. Seiring pula dengan kebenaran kepada pelajar sekolah untuk membawa telefon bimbit ke sekolah pada tahun hadapan. Seiring juga dengan diri saya ini yang baru mempunyai sebijik Samsung Galaxy Tab 7.7. Maka eloklah kiranya saya berkongsi beberapa aplikasi yang saya rasakan terbaik untuk kemudahan kita semuanya.

Pada kali ini, InsyaAllah bersempena Ramadhan yang mulia ini, suka untuk saya kongsikan beberapa aplikasi Islam yang menarik dan mungkin wajib untuk di muat turun oleh geek Android yang beragama Islam sekalian.

1. Quran Android
Dalam banyak-banyak perisian Al-Quran yang pernah saya cuba pada Samsung Tab saya ini, saya kira ini adalah perisian terbaik. Sebab utama adalah paparannya yang seakan-akan Al-Quran sebenar dan mudah untuk dibaca lebih-lebih lagi jika telefon pintar anda berskrin besar

capture_03

capture_04

tulisan sangat besar dan mudah ditanda untuk bacaan seterusnya. sebenarnya tidak perlu ditanda pun kerana pabila anda membuka semula aplikasi tersebut, ia akan kembali kepada muka surat akhir yang telah dibaca
.
2. My Solat
Ini adalah aplikasi yang paling saya minati. mudah dan ringkas. dengan aplikasi anda boleh mengetahui waktu solat 5 waktu tidak kira dimana sahaja anda berada. Antaramuka yang mudah difahami dan cepat

capture_05

capture_06

paling terbaik adalah aplikasi ini mempunya widget yang boleh diletakkan di skrin utama. tidak perlu membuka aplikasi untuk mengetahui waktu solat.

capture_07

Kini tiada lagi alasan untuk melengahkan solat. Uhuk!

3. Langit Ilahi
capture_08

capture_09

Baru sahaja menggunakan aplikasi ini, tetapi saya percaya bahawa aplikasi ini memang terbaik untuk meningkatkan lagi pengetahuan kita berkenaan Islam. Diinspirasi daripada laman web penulis novel Islamik terkenal iaitu Hilal Asyraf, banyak artikel menarik, tertarik dan meletup anda boleh dapati di sini. sangat sesuai untuk bacaan On-the-go dan mengisi waktu senggang. Sementara menunggu waktu berbuka puasa eloklah dibaca beberapa artikel berkenaan Islam, dapat pahala dapat juga ilmu kan.

semua aplikasi di atas boleh didapatkan di Google Play dengan percuma. hanya taip nama aplikasi tersebut di bahagian Search.

Insyaallah, akan saya tambah lagi beberapa aplikasi yang saya rasakan menarik untuk dikongsi bersama. Semoga mendapat manfaat buat kita semua ok. Sehingga berjumpa lagi.
Selamat Berpuasa.

Friday, July 13, 2012

SALAM JUMAAT

Assalammualaikum. Salam 1Malaysia. Janji Ditepati


sumber gambar : I Luv Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...