Tuesday, June 26, 2012

RUMAH UNTUK DISEWA.BUKAN SPAM

Assalammualaikum. Salam 1Malaysia. Janji Ditepati

Serius. Saya bukan jenis manusia yang suka mem'popular'kan diri sendiri. Saya adalah seorang yang sangat pemalu ibarat anak dara duduk balik tabir melihat ibu bapa berbincang berkenaan majlis pertunangan sambil buat-buat diam tanda setuju. Kalau setuju cakap sajalah setujukan, kenapa harus berdiam seribu bahasa pulak. Eh!

Tapi bila diminta oleh rakan serumah untuk mem'popular'kan diri di MUDAH.MY ini saya mengambil masa yang lama untuk berfikir. selama 20 minit. bersamaan 1200 saat. Ia jangka masa yang sangat lama kan. Oleh itu, setelah berfikir tersangat lama ini maka saya dengan tenang hati, prinsip yang kukuh dan tanpa bertangguh teruslah mengiklankan perkara ini seperti yang ada lihat di atas.

Makanya, kini di rumah saya adalah Bilik Kosong untuk disewa oleh sesiapa sahaja yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Arakian, jika berminat bolehlah menghubungi saya atau rakan serumah saya itu. Eloklah SMS sahaja saya sekiranya ingin bertanya kerana seperti dimaklumkan di atas saya adalah seorang yang sangat molek sifat malunya.

*padahal tidak mahu dilihat oleh bos sebagai orang yang terlalu banyak bergayut*

kalakian, calon-calon yang berminat itu akan ditapis mesra pula oleh rakan serumah saya itu kerana dialah jua tuan empunya rumah ini. harap dapat dimaklumi saya hanyalah orang yang membantu beliau mengiklankan perkara ini.

sekian terima kasih daun keladi

*semoga cepat dapat rakan sewa baru, tidak sanggup melihat nombor telefon sendiri terpampang di layar internet seluruh dunia*

No comments:

Post a Comment