Wednesday, June 27, 2012

BERITA-BERITA MENARIK HARI INI

Assalammualaikum. Salam 1Malaysia. Janji Ditepati

Oleh kerana saya ini adalah seorang penyokong kuat kerajaan. Sangat kuat sehinggakan tidak sabar rasanya untuk membayar balik pembiayaan pinjaman PTPTN dan memohon Skim Tayar Rakyat 1 Malaysia *malangnya hanya untuk pemandu teksi sahaja*. Maka wajiblah untuk saya menguliti dan menghayati akhbar nombor 1 proksi kerajaan iaitu Utusan Malaysia. 

Oh, anda wajib membaca Utusan Malaysia kerana di dalamnya terkandung semua jasa baik dan budi bahasa kerajaan kesayangan kita ini dalam memberikan yang terbaik untuk rakyat. Semua janji boleh dikatakan hampir tertunailah selaras dengan Tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu JANJI DITEPATI. 

Sesungguhnya ini bukanlah bodekan atau sindiran kerana saya tidak dibayar apa-apa pun untuk menulis seperti ini. Nuffnang yang sepatutnya memberikan sedikit ganjaran penaik semangat itupun sudah malap sinar Buffered Earning nya. Mungkin esok lusa kelam dan akhirnya gelap gelita

Arakian, berbalik kepada tajuk entri saya pada hari ini. Maka saya lampirkanlah kepada anda beberapa berita menarik yang saya rasakan amat bertepatan dengan aspirasi kerajaan yang sedang bersungguh-sungguh untuk menepati janji manisnya. Haruslah janji itu manis. kalau tawar, tiadalah guna berjanji. Kerana kebanyakan penduduk Malaysia ini ramai sungguh yang menghidap kencing manis. Eh!

Teruskan membaca Berita.

MALAYSIA PALING SELAMAT

JOHOR BAHRU 26 Jun - Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, malah Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.

“Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace Index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.

Katanya, sehubungan itu, rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana tinggal dalam sebuah negara yang aman dan selamat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup taklimat isu-isu semasa keselamatan di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KDN Bahagian Pendaftaran dan Imigresen, Datuk Wan Ali Besar.

Beliau memberitahu, kajian yang dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula mendapati, hasil tindakan yang dilakukan oleh kerajaan itu juga, kadar ketakutan rakyat negara ini terhadap jenayah berkurangan sebanyak 12 peratus iaitu daripada 33 peratus pada tahun 2010 kepada 21 peratus pada tahun lepas.

“Mungkin ramai yang bertanya apakah kesan semua ini kepada negara. Sebenarnya kesannya amat besar sekali, sebagai contoh pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia telah melonjak kepada kedudukan ke-10 tahun lepas berbanding kedudukan ke-21 pada tahun 2010.

“Ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap iklim politik, keselamatan serta kestabilan negara ini," katanya.

Beliau berkata, keadaan itu memberikan gambaran bahawa apa yang dirancang oleh KDN selama ini dalam mengurangkan kadar jenayah telah menampakkan hasil. - BERNAMA

Alhamdulillah. bersyukur sangat ke hadrat Ilahi kerana atas limpah aman damai yang diberikan. Semoga ini semua berkekalan sehingga ke akhir hayat dan generasi mendatang. Kita ini kan meminjam dunia daripada anak cucu kita. haruslah nanti dipulangkan dalam keadaan baik dan sejahtera.

 

RAFFLESIA 10 KELOPAK


IPOH 26 Jun - Bunga pakma atau Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia lazimnya ditemui mempunyai lima kelopak.

Bagaimanapun, spesies hibrid betina fauna berkenaan ditemui memiliki 10 kelopak berdiameter 46 sentimeter di Sungai Gadong, Taman Negeri Royal Belum, Gerik dekat sini, Sabtu lalu.

Tumbuhan parasit tersebut ditemui seorang pekerja Perbadanan Taman Negeri Perak ketika menjalankan kerja-kerja rutin harian menyelia kawasan berkenaan.

Pengurus Perbadanan Taman Negeri, Iylia Ainuddin berkata, penemuan bunga itu yang dikenal pasti sebagai hasil evolusi antara spesies R. azlanii dan R. cantleyi telah disahkan sebagai yang pertama di dunia.

OH, lihatlah betapa suburnya tanah bumi Malaysia ini sehinggakan bunga yang sepatutnya mekar dengan 5 kelopak, bertambah mempunya 10 kelopak pula. Beruntunglah kita semua kerana berada di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Baiklah, dua berita menarik dan memang sangat menarik kan. Semoga kita mendapat pengajaran dan iktibar daripadanya. Hurmmm...sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment