Monday, May 7, 2012

REVIU NOVEL : ZOMBIJAYA

Assalammualaikum

Ini adalah satu entri reviu buku yang sangat ringkas dan tidak padat. sila tidak menyangkakan bahawa saya mensinopsiskan buku ini dan memberi banyak ulasan seperti yang saya perbuat kepada reviu buku yang lain
ia adalah sekadar pendapat peribadi saya seorang marhaen yang tidak berapa pandai menulis tetapi minat membaca. minat pula membaca sesuatu yang baru dan bukan dalam jalur minat yang sebenar.

pendapat saya berkenaan buku ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. baik kekasih hati ataupun guru sekolah zaman dahulu. semuanya berdasarkan tanggapan sendiri yang kadang-kadang tidak boleh diterima 100%.

‘reviu’ ini telah lama saya tulis tetapi baru sekarang teringat untuk meletakkannya di laman blog ini
sukalah hati saya sekiranya anda sudi membacanya:

ZOMBIJAYA

Membaca novel ini saya turut membayangkan seperti menonton siri The Walking Dead di Astro Star Movies (kini dikenali sebagai FOX). jadi apabila saya membayangkan siri tersebut sambil membaca novel ini, ia kelihatan seperti sangat nyata (real) dan jelas diperlihatkan oleh penulis. watak dan perwatakan zombi yang digunakan walaupun agak klise tetapi memberi impak yang besar kepada imaginasi saya. saya membayangkan seperti betul-betul Malaysia dilanyak oleh Zombie yang sangat ganas dan dahagakan nyawa manusia. ternyata memang sangat klise.

saya sukakan buku ini tetapi apalah salah sekiranya penulis menggunakan perwatakan yang berbeza untuk versi Malaysia. bukan mencedok sebenar-benarnya perwatakan zombi seperti filem barat. atapun mungkin saya tidak tahu bahawa perwatakan zombi di dunia ini telah dipatenkan dan tidak boleh ditukar dengan yang lain

percubaan yang baik oleh untuk arena novel Malaysia yang saya rasakan kurang lambakan genre thriller seperti ini. segala perkataan dan ayat mudah difahami dan tidak berbelit-belit. seperti yang saya katakan tadi, mudah untuk berimaginasi kejadian sebenar dengan membaca patah-patah ayat di dalam novel ini

hanya satu perkara yang saya sangat tidak setuju. adakah FIXI cuba untuk merobah arena penulisan Malaysia dengan menghiasi novel seperti ini dengan unsur lucah dan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya. jujur saya katakan bahawa novel ini sangat 'bebas' dan telah menggambarkan rakyat Malaysia yang sedang hidup bebas tanpa memikirkan batas ugama dan adat.

adakah kerana Zombie telah dicilok oleh barat maka segala perilaku watak di dalamnya perlu untuk meniru barat. adakah mungkin penulis memikirkan bahawa rakyat Malaysia sudah berfikiran terbuka dan boleh berfikir lebih bebas (ke arah seks dan gaya hidup bebas) maka perkataan dan perbuatan lucah ini mudah untuk dilepaskan di dalam novel.

saya kira novel ini boleh berdiri sendiri dengan bergaya tanpa segala perkara tidak senonoh itu. semuanya boleh diadun dan disebatikan mengikut nilai moral tinggi yang sememangnya dipegang oleh majoriti rakyat Malaysia

mungkin penulis meminta pembacanya membaca dengan berfikiran terbuka.  saya sendiri sememangnya berfikiran terbuka ketika membaca novel ini. tetapi saya ragu adakah definisi berfikiran terbuka hanya kepada pemikiran berlandaskan seks dan gaya hidup bebas??
renung-renungkan dan selamat beramal

No comments:

Post a Comment