Monday, May 7, 2012

REVIU NOVEL : ZOMBIJAYA

Assalammualaikum

Ini adalah satu entri reviu buku yang sangat ringkas dan tidak padat. sila tidak menyangkakan bahawa saya mensinopsiskan buku ini dan memberi banyak ulasan seperti yang saya perbuat kepada reviu buku yang lain
ia adalah sekadar pendapat peribadi saya seorang marhaen yang tidak berapa pandai menulis tetapi minat membaca. minat pula membaca sesuatu yang baru dan bukan dalam jalur minat yang sebenar.

pendapat saya berkenaan buku ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. baik kekasih hati ataupun guru sekolah zaman dahulu. semuanya berdasarkan tanggapan sendiri yang kadang-kadang tidak boleh diterima 100%.

‘reviu’ ini telah lama saya tulis tetapi baru sekarang teringat untuk meletakkannya di laman blog ini
sukalah hati saya sekiranya anda sudi membacanya:

ZOMBIJAYA

Membaca novel ini saya turut membayangkan seperti menonton siri The Walking Dead di Astro Star Movies (kini dikenali sebagai FOX). jadi apabila saya membayangkan siri tersebut sambil membaca novel ini, ia kelihatan seperti sangat nyata (real) dan jelas diperlihatkan oleh penulis. watak dan perwatakan zombi yang digunakan walaupun agak klise tetapi memberi impak yang besar kepada imaginasi saya. saya membayangkan seperti betul-betul Malaysia dilanyak oleh Zombie yang sangat ganas dan dahagakan nyawa manusia. ternyata memang sangat klise.

saya sukakan buku ini tetapi apalah salah sekiranya penulis menggunakan perwatakan yang berbeza untuk versi Malaysia. bukan mencedok sebenar-benarnya perwatakan zombi seperti filem barat. atapun mungkin saya tidak tahu bahawa perwatakan zombi di dunia ini telah dipatenkan dan tidak boleh ditukar dengan yang lain

percubaan yang baik oleh untuk arena novel Malaysia yang saya rasakan kurang lambakan genre thriller seperti ini. segala perkataan dan ayat mudah difahami dan tidak berbelit-belit. seperti yang saya katakan tadi, mudah untuk berimaginasi kejadian sebenar dengan membaca patah-patah ayat di dalam novel ini

hanya satu perkara yang saya sangat tidak setuju. adakah FIXI cuba untuk merobah arena penulisan Malaysia dengan menghiasi novel seperti ini dengan unsur lucah dan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya. jujur saya katakan bahawa novel ini sangat 'bebas' dan telah menggambarkan rakyat Malaysia yang sedang hidup bebas tanpa memikirkan batas ugama dan adat.

adakah kerana Zombie telah dicilok oleh barat maka segala perilaku watak di dalamnya perlu untuk meniru barat. adakah mungkin penulis memikirkan bahawa rakyat Malaysia sudah berfikiran terbuka dan boleh berfikir lebih bebas (ke arah seks dan gaya hidup bebas) maka perkataan dan perbuatan lucah ini mudah untuk dilepaskan di dalam novel.

saya kira novel ini boleh berdiri sendiri dengan bergaya tanpa segala perkara tidak senonoh itu. semuanya boleh diadun dan disebatikan mengikut nilai moral tinggi yang sememangnya dipegang oleh majoriti rakyat Malaysia

mungkin penulis meminta pembacanya membaca dengan berfikiran terbuka.  saya sendiri sememangnya berfikiran terbuka ketika membaca novel ini. tetapi saya ragu adakah definisi berfikiran terbuka hanya kepada pemikiran berlandaskan seks dan gaya hidup bebas??
renung-renungkan dan selamat beramal

Sunday, May 6, 2012

SESI BERAMAH MESRA DENGAN ARTIS PUJAAN

Assalammualaikum
Memandangkan saya adalah antara puluhan ribu manusia yang telah berjaya membanjiri PWTC bersempena dengan PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2012, eloklah kiranya saya menceritakan serba sedikit berkenaan pengalaman menarik yang telah dialami oleh saya ini.

kepada anda yang tidak membaca pengalaman menarik saya kali ini, amat rugilah anda kerana anda akan terlepas untuk melihat saya bergambar dengan '*artis-artis* pujaan yang amat saya kagumi selama ini. sehinggakan sekiranya LISA SURIHANI menegur saya pun, akan saya abaikan beliau kerana ‘artis pujaan’ saya ini lebih hebat dan terbaik berbanding artis-artis tipikal Malaysia yang lain. ini pendapat peribadi. abaikan sekiranya tidak suka.

mari ikut saya alami sendiri pengalaman terbaik dan menakjubkan sepanjang berada di Pesta Buku yang ‘terbesar’ di MALAYSIA ini

20120505_104517

keputusan saya untuk pergi pada hari kedua terakhir pesta buku ini amat-amatlah tepat dan terbaik kerana saya berjaya untuk melihat sendiri dengan mata yang berada di kepala saya seorang penulis yang sangat dikagumi dan digilai ramai dek kerana buah tangan beliau yang sangat menakjubkan itu. tidak lain tidak bukan adalah Ramlee Awang Murshid.

majlis pelancaran novel terakhir Multilogi Bagaikan Puteri iaitu Sunan Musafir tepat berlangsung ketika saya melangkah masuk ke dewan pameran KARANGKRAF. perasaan dapat melihat Ramlee Awang Murshid bercakap dan mengulas berkaitan novelnya adalah ibarat menonton Siti Nurhaliza menyanyi lagu Nirmala di Juara Lagu.

ia sangat mengujakan.

20120505_104614

kemudian berjalan lagi ke dewan pameran lain. sangat teruja melihat Ustaz Kazim Elias sedang menyampaikan ceramah ugama di pentas utama.

20120505_112746

kemudian saya teruskan lagi pengembaraan penuh ilmu ini ke booth-booth penerbit novel yang telah saya senaraikan sebelum melangkah masuk ke PWTC. untuk memudahkan saya supaya tidak melilau-lilau tanpa arah tujuan dan mengehadkan kos perbelanjaan yang sangatlah minimum di kala pertengahan bulan ini

Booth NB KARA

20120505_113947

penulis novel yang tidak pernah mengecewakan saya dari dahulu hingga sekarang. sangat peramah dan baik hati. beliau mengingati saya! seorang lelaki yang pernah menulis reviu berkenaan buku beliau dan antara kawannya di Facebook. Terima Kasih Kak Yati. semoga cantik dan ceria selalu

Booth Institut Terjemahan Buku Malaysia (ITBM)

20120505_115117

20120505_115154

20120505_115200

saya berjumpa dengan NISAH HARON muka bertentang muka!! sempat bergambar dengan beliau yang sangat santun orangnya dan paling teruja adalah beliau mengingati saya antara kawannya di laman Facebook. Terima kasih juga Puan Nisah. tidak sabar menguliti karya terbaru puan.

terujanya saya berjumpa Nisah Haron sampaikan saya meletakkan kedua-dua gambar saya dengan beliau. walaupun ia hampir sama.

kemudian kembali semula ke dewan KARANGKRAF untuk mendapatkan sahabat yang menemani saya ke sini. beliau gigih menunggu Ustaz Kazim datang ke dewan KARANGKRAF untuk sesi beramah mesra bersama peminat. disebabkan kegigihan beliau itu saya pun tanpa segan silu menempekkan gambar beliau bersama Ustaz Kazim di sini.

20120505_131112

20120505_131024

Ustaz Kazim sangat peramah dan sentiasa bersedia untuk bergambar dengan siapa pun peminat beliau. ini adalah antara perkara yang saya sangat kagumi.

selain ‘artis-artis’ yang telah berjaya menangkap gambar mereka seperti di atas, ada juga ‘artis’ lain yang saya terserempak tetapi gagal untuk mengambil gambar curi kerana terlalu dikerumuni oleh peminat fanatik. sedih di situ. antaranya adalah Ustaz Don Daniyal, Ustaz Hasrizal, Ustaz Amaludin dan ramai lagi penulis terkenal lain.

berikut pula adalah hasil tangkapan saya selama 5 jam mengembara penuh hikmah di PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2012.

C360_2012-05-05-20-21-26

C360_2012-05-05-20-22-08

C360_2012-05-05-20-22-39

C360_2012-05-05-20-23-16

C360_2012-05-05-20-23-46

C360_2012-05-05-20-24-10

C360_2012-05-05-20-24-26

sekian sahaja laporan saya untuk kali ini, berjumpa lagi dengan entri yang seangkatan dengannya pada tahun hadapan sekiranya panjang umur. semoga kita diberikan kesihatan oleh Allah selalu supaya dapat beribadat kepadaNya dan membaca buku-buku yang telah dibeli dengan penuh saksama dan penghayatan. Amin.