Saturday, April 14, 2012

REVIU BUKU : KELABU

Assalammualaikum
Untuk tahun 2012, saya tidak meletakkan apa-apa sasaran jumlah buku untuk disudahkan bacaan. cukuplah saya gagal dua tahun berturut-turut mencapai cita-cita 50 buku untuk setahun.

seperti putus asa.

tidak sama sekali kerana saya sedang cuba untuk menjadi relevan dengan masa.

cuba untuk memutuskan bahawa saya harus membaca semata-mata kerana ia memang adalah satu kegilaan dan saya mendapat sesuatu daripadanya. bukan kerana mengejar nombor.

baiklah. terus berbalik kepada tajuk entri ini. sekian untuk diucapkan bahawa saya terlebih rajin untuk menulis reviu untuk buku ini kerana saya kira ia amat menakjubkan (baca; awesome). menakjubkan dalam pelbagai aspek yang saya tidak sangka-sangka.

bayangkan apabila anda sedang asyik menonton televisyen drama swasta TV3 setiap jam 6.30 petang dengan tiba-tiba ade seekor ular sawa sebesar lengan bapa anda melingkar di kaki yang sedang berhayun-hayun tanda sedang berehat-rehat di petang hari

begitulah layaknya kejutan yang terjadi di dalam novel ini. maafkan sekiranya saya terlebih berimaginasi. saya tidak berapa pandai memberi bayangan secara visual

C360_2012-04-14-13-14-50

saya tidak mahu menulis sinopsis untuk novel ini kerana saya kira ia akan menjadi spoiler untuk anda yang belum membaca. anda harus beli sendiri (jangan pinjam) dan rasai sendiri apa yang telah saya alami. baik, ini bukan iklan taman tema Sunway Lagoon.

bagi saya jalan cerita ini telah disusun dengan baik oleh penulis. ia pastinya disusun secara sistematik tetapi mempunyai unsur dramatik yang sukar untuk pembaca meneka. penulis bijak menggunakan tema yang tidak selalu diangkat dalam mana-mana novel tetapi sengaja merahsiakan tema tersebut sejak dari awal. ia adalah satu konsep yang sangat mengujakan kerana membaca novel yang sudah diketahui rentak dan iramanya sejak dari awal adalah ibarat ‘memandu pulang ke rumah’. sudah tahu arah tuju dan destinasi

saya sudah lama meninggalkan novel cinta. kali terakhir adalah semasa berada di Tingkatan 5 (mungkin). maksud novel cinta mengikut kamus hidup saya adalah seperti Ombak Rindu, Gemersik Kalbu dan seperti juga novel-novel lain yang seangkatan dengannya.

Mudahnya Novel ALaf 21.

Tetapi, Kelabu adalah novel CINTA bagi saya. novel cinta yang sangat-sangat-sangat berbeza dengan mana-mana novel yang pernah saya baca sebelum ini.

ia tidak klise. mudah difahami. terurus dan teratur. paling penting adalah tidak membawa pembaca terlalu dibuai perasaan. ia adalah satu kenyataan hidup yang benar boleh berlaku tetapi berdasarkan akal waras saya manusia biasa, ia adalah mustahil. sememangnya ‘golongan’ seperti ini memang wujud. sehingga ada kempen yang berani untuk membawa ‘golongan’ ini mendapat hak yang sepatutnya tidak didapati.

anda ingin tahu golongan apa? pergi beli KELABU sekarang. klu nya adalah golongan yang melanggar fitrah hidup. (saya memang tidak pandai sekali membuat kejutan seperti Nadia Khan, sekarang anda sudah pun boleh agak)

saya memang menitikberatkan kelestarian bahasa ketika membaca buku. sekiranya novel itu adalah novel berbahasa melayu. biarkan bahasa ibunda itu sepenuhnya mengikat bait perkataan menjadi ayat. sekiranya ia adalah bahasa barat. maka ia tidak akan menjadi masalah. (pernah baca novel bahasa inggeris dicampur dengan bahasa melayu?). saya akan menganggap novel campuran bahasa adalah rojak dan tidak patut. lebih-lebih lagi pabila menggunakan bahasa pasar. saya tidak terima

ajaibnya, untuk novel KELABU saya memberi pengecualian. anggaplah saya seorang yang tidak tetap pendirian. mesej yang disampaikan saya kira cukup banyak dan bermakna untuk diberi pengecualian ini. cerita yang disampaikan sarat dengan iktibar dan pengajaran yang bukan diterjemah secara terus. ada dakwah yang terselit dan ia boleh jadi satu perkara yang menginsafkan.

C360_2012-04-14-12-52-51

ia sangat kecil tapi signifikan

banyak juga perkara lain yang saya baca daripada buku ini. maksud saya kehidupan orang lain. bagaimana kehidupan manusia yang bergelumang dengan dunia fotografi, modelling, perfileman dan juga suasana kampung yang mendamaikan. semuanya diadun dengan cukup baik untuk memberikan rencah cerita yang cukup rasa dan sedap dihadam. paling baik adalah mendalami naluri golongan itu yang sangat bertentangan. saya kira terjadinya naluri itu bukan sahaja atas dasar pengaruh kawan ataupun persekitaran. keluarga dan latar belakang kehidupan perlu diambil kira. jangan meminggirkan kerana mereka juga mangsa keadaan. dekati dan hayati perasaan mereka supaya mudah untuk dibawa ke pangkal jalan.

cukuplah sekadar di sini sahaja. saya sedar dan percaya sepanjang mana pun saya menulis tetapi anda tidak mendapatkan sendiri untuk membaca, tiadalah guna walau seposen pun. lagipun saya percaya lagi yakin bahawa tiadalah ramai orang yang mahu membaca reviu saya yang sangat tidak seberapa ini.

arakian, kepada Nadia Khan, saya kan menunggu karya terbaru kamu. saya mahu tahu siapa lelaki yang muncul di muka pintu itu sesungguhnya.

7 comments:

  1. novel ni terbitan dari publisher mana..? ada jual on9 tak..?

    macam menarik... lagi2 bab jalan cerita yg tak klise..susah nak cari novel cinta yg mcm ni..

    trend novel cinta skrg..semua cerita tntg kahwin paksa...haha...

    baru semalam..akak pusing2 kt Popular..saja cuci mata tengok novel...rasanya tak ada novel ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel ni terbitan Lejen Press kak, selalu orang panggil novel FIXI.

      cerita memang menarik dan lain daripada yang lain. kalau akak suka baca novel memang saya rekomenlah baca novel ni

      saya ada jumpa kat MPH. ni saya beli sendiri kat booth FIXI yang bukak kat e@curve

      Delete
    2. Correction.
      Ini terbitan FIXI. Lejen dan FIXI adalah 2 publisher berbeza

      Delete
    3. opsss, salah eh. ok. terima kasih betulkan

      Delete
  2. hi en ilham, kenal sy x...hihihi..amboiiii byk buku baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai cik blogyhouse, camne boleh jumpe blog sy ni??hehe. banyak jugaklah..sy kan memang suka baca buku

      Delete
  3. saya sudah beli..dan tidak sabar untuk membacanya!!
    baca reviu ni buatkan hati membuak untuk membacanya.. tapi nak habiskan dua buah novl dulu..:D

    ReplyDelete