Tuesday, March 20, 2012

KESUDAHAN YANG BARU BERMULA

Surat Senat UPM

Gambar dokumen di atas ini memberi seribu satu makna yang berbeza bagi diri saya

setelah berhempas pulas selama empat tahun, disulami dengan pelbagai pahit getir, tawar manis, hitam putih, jernih keruh dan warna-warni

akhirnya ia telah menjadi satu kesudahan

kesudahan yang menggembirakan dan memuaskan tentunya

kesudahan yang memiliki memori tersendiri, tentunya sentiasa terpahat di sanubari walau sejauh mana saya pergi

dan yang paling utama

ia adalah sebuah KESUDAHAN YANG BARU BERMULA

pelbagai episod menarik akan ditemui dan dihadapi selepas ini

dan saya juga sudah bersedia

dalam kesamaran

untuk menempuh segala apa pun cabaran yang datang

La Takhaf wa La Tahzan Innallaha Ma’ana

 

p.s : setelah bekerja hampir 3 bulan, baru saya terima surat mesyuarat senat yang saya baru tamat pengajian. Bila tiba waktu berkonvokesyen bulan 10 nanti, saya telah pun bekerja selama 10 bulan.

2 comments:

  1. Inche Ilham,
    pernah try bace novel Hlovate tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam
      terima kasih sudi singgah ke blog saya
      pernah baca novel Hlovate
      banyak juga
      tapi review masih belum ada di sini
      mungkin semasa saya membaca Hlovate, blog ini belum wujud.

      salam perkenalan

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...