Tuesday, March 20, 2012

KESUDAHAN YANG BARU BERMULA

Surat Senat UPM

Gambar dokumen di atas ini memberi seribu satu makna yang berbeza bagi diri saya

setelah berhempas pulas selama empat tahun, disulami dengan pelbagai pahit getir, tawar manis, hitam putih, jernih keruh dan warna-warni

akhirnya ia telah menjadi satu kesudahan

kesudahan yang menggembirakan dan memuaskan tentunya

kesudahan yang memiliki memori tersendiri, tentunya sentiasa terpahat di sanubari walau sejauh mana saya pergi

dan yang paling utama

ia adalah sebuah KESUDAHAN YANG BARU BERMULA

pelbagai episod menarik akan ditemui dan dihadapi selepas ini

dan saya juga sudah bersedia

dalam kesamaran

untuk menempuh segala apa pun cabaran yang datang

La Takhaf wa La Tahzan Innallaha Ma’ana

 

p.s : setelah bekerja hampir 3 bulan, baru saya terima surat mesyuarat senat yang saya baru tamat pengajian. Bila tiba waktu berkonvokesyen bulan 10 nanti, saya telah pun bekerja selama 10 bulan.

Sunday, March 18, 2012

WALIMAH

Assalammualaikum

Alhamdulillah, siang tadi sempat menghadiri satu majlis perkahwinan

Walimatul Urus Ridzwan dan pilihan hatinya Asilah

Ridzwan adalah salah seorang felo kolej semasa saya menuntut di Universiti dahulu

semoga kebahagiaan, kegembiraan dan kemanisan alam perkahwinan beliau bersama isteri tersayang berpanjangan hingga ke syurga

20120318_140335

20120318_140444

majlis yang sederhana saya kira tetapi meriah, mungkin kerana diadakan di kawasang kampung di mana khalayak penduduknya sangat “kenal dan mesra” antara satu sama lain

keadaan yang pastinya kurang dapat dilihat pabila menghadiri majlis perkahwinan di bandar atapun di taman-taman perumahan yang moden

20120318_140541

20120318_140122

datang majlis perkahwinan sebanyak yang mungkin dengan harapan percik keberkatan itu menjadi tempias yang membawa rahmat

amin

p.s: setelah sekian lama menghilang, kini saya kembali. huuuu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...