Wednesday, February 1, 2012

SEJAK AKU BEKERJA

Assalammualaikum

Entri untuk hari ini dimulakan dengan ucapan tulus ikhlas penuh gembira kepada semua yang berkaitan

sila rujuk gambar di bawah:

image

sangat gembira hari ini walaupun tidak membuat apa-apa untuk memenuhi masa kosong yang ada. mungkin sebentar lagi akan keluar untuk menghirup udara segar di bandaraya KUALA LUMPUR. memang sangat segar lah kan

lama sungguh rasanya blog ini dibiarkan kosong. almaklumlah sang pemilik blog sangat sibuk bekerja mencari rezeki halal untuk isteri dan anak-anak tersayang. Eh?

Apapun memang sungguh rindu hendak berblogging seperti ‘muda-muda’ dahulu. saya tetap juga membaca blog sahabat-sahabat yang ada di Blog List saya. sebagai Silent Reader. cuma masih belum ada kesempatan untuk meletakkan komen. membaca dan membaca sahaja

berbalik kepada tajuk entri hari ini, suka untuk saya menulis beberapa pengalaman baru yang ‘biasa-biasa’ sahaja semenjak saya bekerja. sememangnya perkara yang tidak pernah saya fikirkan akan berlaku pada diri saya suatu ketika dahulu

terlalu banyak sebenarnya. antaranya adalah seperti berikut:

  • keluar rumah sejam lebih awal sebelum waktu sebenar masuk kerja. masuk kerja 9 pagi. sudah keluar rumah 7.45 pagi. kadang-kadang sampai 8.45 dan dapat swipe in dengan rasa tenang. kadang-kadang sampai 8.59 pagi dan terus berlari-lari anak untuk swipe sebab takut Late-In. kadang-kadang sampai jam 7.55 pagi dan terus jadi tidak tahu untuk buat apa. hasilnya sarapan lama-lama di kedai mamak sambil baca surat khabar. kesimpulan : Kesesakan di Kuala Lumpur langsung tidak boleh dijangka!. ataupun saya hanyalah orang baru yang tidak tahu menjangkakan kesesasakan bagaimana yang akan berlaku.

 

  • waktu pulang jam 6 petang. tapi tetap keluar lewat sebab kerja-kerja baharu sentiasa akan sampai pabila saya sudah bersedia untuk balik. hasilnya terlepas untuk menonton Gemersik Kalbu. uhuk-uhuk

 

  • bawa bekal sarapan dan makan sambil memandu ketika ke tempat kerja. Comel Kan?

 

  • makan di tepi jalan di Bandaraya Kuala Lumpur seperti makan malam di Restoran Tomyam terkenal di Mersing. harganya Mahal Bangat!!

 

  • baru merasa dapat Slip Gaji. rasa macam perlu mohon Kad Kredit. huhuhu

 

  • belajar menguruskan kewangan sendiri supaya tidak kopak sebelum menjelang Hari Gaji. PTPTN jangan risau kerana anda telah termasuk dalam bajet bulanan saya

 

  • makan malam seorang diri di kedai makan sebelum pulang kerumah dan rasa alone GILA

 

  • balik kerja, makan malam, mandi, solat, tonton berita, tonton drama swasta TV3 ( Vanilla Coklat yang merepek), tidur tepat jam 10pm. penat katanya

 

  • mengabaikan segala novel yang telah dibeli dengan satu pun belum ada dibaca dengan rasa sangat bersalah.

 

  • dipanggil Encik oleh pekerja bawahan…huhu…memang saya tidak biasa akan perkara ini. bila seorang pekerja sebaya bapa saya dan memanggil saya Encik, satu kondisi yang sangat tidak menyenangkan.

itu sahaj setakat ini. akan tambah lagi sekiranya ada masa lapang. jika anda ada juga perkara baru yang dilakukan sewaktu mula bekerja. mari kongsikan bersama saya yup

salam dan selamat bercuti