Wednesday, January 11, 2012

SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN

Assalammualaikum

sudah lama tidak update blog bukan bermaksud saya mengabaikan blog ini dengan sewenang-wenangnya. banyak perkara yang ingin diluah dan sedikit pula masa yang ada untuk menulis. alasan biasa. saya memang belum pandai untuk membahagi masa dengan cemerlang

kini saya sudah pun memulakan kerja sebagai Quality Management Officer di Aeon Co (M) Sdn Bhd. perkara biasa bagi staf yang baru memulakan kerja adalah terlalu banyak perkara untuk dipelajari. lagi-lagi pula saya adalah keluaran ‘segar’ dari universiti. memang tiada pengalaman langsung dalam dunia pekerjaan membuatkan saya wajib untuk belajar dengan cepat, banyak bertanya dan tidak menangguh kerja. (seperti yang selalu dibuat di zaman universiti dahulu)

kekadang, terfikir alangkah indahnya jika sekarang ini masih berada di Semester kedua Ijazah Sarjana Muda. nikmatnya jauh lebih indah pada saat sekarang

ditambah pula dengan bekerja di bandaraya Kuala Lumpur yang sangatlah terkenal dengan kesesakan lalu lintasnya yang boleh mengurai kesabaran. jarak antara rumah sewa dengan tempat kerja hanya 10 kilometer tetapi perlu keluar sejam lebih awal untuk sampai ke Pejabat tepat pada waktunya. keadaan yang sama apabila pulang dari kerja.

mungkin kepada anda yang sudah biasa akan menganggap saya berlebih-lebihan. tetapi itulah hakikatnya saya belum benar-benar membiasakan diri. sedang cuba untuk berfikir positif yang mungkin dan menganggap ini adalah salah satu sari tauladan yang akan memimpin saya untuk menjadi lebih berdisiplin dan latihan meningkatkan tahap kesabaran. Amiin

image

akhir kalam, saya mengharapkan agar Allah permudahkan segala urusan saya yang saya anggap masih berserabut sekarang ini. banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan sebelum saya benar-benar boleh mengisytiharkan ‘settle down’. sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...