Sunday, December 4, 2011

TRAGEDI 4 DISEMBER

Tragedi_Empat_Disember

Assalammualaikum

ini bukan entri reviu buku wahai sahabat-sahabat. saya pun sudah ingat-ingat lupa isi kandungan buku yang wajib di baca oleh sebahagian pelajar-pelajar Tingkatan 2 ini

cuma ingin mengatakan bahawa tarikh yang menjadi judul novel ini sangat sinonim dengan diri saya dan juga emak.

tarikh yang sememangnya membawa seribu makna yang sering mengingatkan saya bahawa masa yang ditinggalkan telah pun menjadi sejarah manakala masa yang mendatang tanpa kita sangkakan menjadi semakin sedikit

semoga saya dapat menggunakan masa tersebut dengan sebaik mungkin berbanding masa yang telah dilalui 23 tahun yang lalu.

InsyaALLAH

Terima Kasih ya Allah kerana memberikanku lagi kesempatan untuk menghela nafas di bumiMu yang sentiasa dilimpahi rahmat dan nikmat. semoga aku kekal berada di bawah Lembayung rahmat dan kasih sayangMu. Terima Kasih jua atas nadi yang masih berdenyut dan jantung yang masih berdegup. Mata yang masih mengelip dan lidah yang masih merasa. terlalu banyak syukur yang perlu diungkapkan jika dibandingkan dengan nikmat dan rahmat yang telah dicurahkan

dan nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?

 

Nota: Entri pendek memandangkan hari ini kesibukan menguruskan kenduri emak dan abah yang baru pulang dari Tanah Suci

8 comments:

  1. Ya Allah, adakah tarikh lahir saudara sama dengan saya 4 Disember. Selamat Hari Lahir saya ucapkan.

    ReplyDelete
  2. @Tetamu Istimewa
    Subhanallah, tak sangka sungguh kita berkongsi tarikh lahir kan. aduhai, betapa kecilnya dunia ini..selamat hari lahir juga buat saudara

    ReplyDelete
  3. salam sahabat.. salam kenal. selamat hari lahir ilham.. kalau senang, jmput dtg blog sy.. jmput bc entri JIKa dan entri MANIS :)

    ReplyDelete
  4. insya-allah..:)


    buku cerita 4 disember tu best ceritanya..psl tragedi tanjung kupang kan kalau x silap?

    ReplyDelete
  5. @محمد رازيق
    salam , terima kasih rafik. Insyaallah akan saya singgah blog saudara juga. salam kenal juga

    ReplyDelete
  6. @Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
    betullah tu kak. pasal kapal terbang Malaysia yang kena rampas pengganas...pengakap yang anaknya sedang berkhemah kat tanjung kupang nampak flight yang bapak die naik terbakar di udara.

    sedih jugak novel ni

    ReplyDelete
  7. terlambat 1 hari... :)

    tapi nak ucap juga...

    SELAMAT HARI LAHIR...!!!!!

    ReplyDelete