Monday, December 5, 2011

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH

Assalammualaikum

Selesai sudah kenduri kesyukuran sempena kepulangan emak dan abah dari Tanah Suci. semuanya berjalan dengan lancar dan alhamdulillah ramai sanak saudara yang datang dari jauh semata-mata untuk bertemu muka dan bertanyakan khabar emak dan abah yang telah berada di Tanah Suci selama 46 hari

semalam juga majlis disekalikan dengan sambutan Hari Lahir saya dan emak. senyum terharu. sambutan yang dirancang oleh saya sendiri untuk emak tercinta. buat pengetahuan semua, saya dan emak berkongsi tarikh lahir yang SAMA!!. maksudnya semasa emak menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 29, hadiah hari lahir emak adalah SAYA. signifikan sungguh. ketawa besar.

kini umur emak sudahpun menjangkau 52 tahun dan saya pula sudah 23 tahun. tidak terasa masa yang sedang berjalan dengan cepat dan terkadang bila difikirkan banyak lagi cita-cita dan azam yang belum terlunas. tahun 2011 pun sudah semakin cepat meninggalkan dan akhirnya semua azam dan cita-cita itu harus dibawa ke tahun hadapan. entahlah sampai bila keadaan tersebut akan berulang-ulang. mungkin sehingga hayat dikandung badan

berbanyak terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menyampaikan salam hari lahir. baik di Facebook, Twitter, BLog ataupun melalu Sistem Pesanan Ringkas. tidak terdaya untuk saya balas semuanya. hanya Allah jualah yang dapat membalas ingatan kasih sayang anda kepada saya.

image+terima kasih daun keladi, tahun hadapan wish lagi+

image+terima kasih sahabat Facebook+

terima kasih juga buat semua yang memberikan hadiah hari lahir. sudah tua-tua pun masih mendapat hadiah. apa salahnya kan? buat kenangan dan tatapan masa tua nanti. terima kasih juga buat abah yang menghadiahkan saya seutas jam tangan. tersedu sedan keharuan bila saya melihat jenama jam tersebut. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati Abah selalu.

DSCN1991+ia jenama ROLEX+

sekian itu sahaja coretan hari lahir saya. kepada yang turut meraikan ulang tahun kelahiran pada bulan Disember:

SELAMAT HARI LAHIR

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR

DIMURAHKAN REZEKI

DIBERI KESIHATAN YANG BAIK

DITETAPKAN IMAN DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

AMIN YA RABBAL ALAMIN

 

 

Nota: Berdebar. Ada lagi 2 temuduga menanti minggu ini.

8 comments:

  1. menarik entry anda, buat saya tertarik untuk baca selalu.. suka dan minat.. nanti saya datang lagi.. suka dan follow blog anda...

    ini entry terbaru dari saya.
    Template Baru Blogger - Kelemahan dan kebaikan
    Photography turns me on
    warna mata boleh membuatkan anda cantik
    cara gua hilangkan stress

    ReplyDelete
  2. @Magrib
    terina kasih, nant datang lagi yer

    ReplyDelete
  3. Selamat ulangtahun kelahiran. Semoga kedua-duanya dirahmati Allah dunia dan akhirat. InsyaAllah.

    * Memang ramai tetamu akan bertandang bertanya khabar, sampai jam 11 pun masih ada. Hehe..

    ReplyDelete
  4. bestnya dpt hadiah jam tangan dari abah..tiap tahun pasti kamu seronok sgt sbb sambut besday sama dgn emak..

    ReplyDelete
  5. @Siti Nurhayati Dollah
    Terima kasih cik yati atas doanya..betul. memang tak menanga tangan. semua orang merindukan abah dan emak yang baru pulang. mungkin juga ingin mendapat berkat org baru pulang tanah haram. bak kata orang

    ReplyDelete
  6. @Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
    betul kak, tiap tahun mest seronok sebab besday sy mesti disambut bersama..hehe..sebab abah mesti celebrate besday emak, sekali lah dengan saya...haha

    ReplyDelete
  7. selamat ulang tahun !! semoga murah rezeki, panjang umur dan sentiasa bjya dlm hidup :))
    good luck for your interview ^__^

    ReplyDelete
  8. oh....berkongsi tarih lahir dengan Mak rupanya... :)

    good luck tau tuk interview nanti.. :)

    ReplyDelete