Monday, December 12, 2011

SELESAI SUDAH

Assalammualaikum

akhirnya dapat juga bertandang semula di blog ini. ada juga entri yang dapat ditampalkan dalam keadaan normal dan saya kira anda juga dapat melihat semula entri saya yang terdahulu seperti sediakala. memang banyak perkara yang berlaku selama tiga hari saya meninggalkan blog ini. antaranya adalah temuduga yang saya ceritakan pada entri KHAMIS itu dan yang lain pula adalah majlis pertunangan sepupu di Kuala Lumpur.

akan saya ceritakan satu persatu kepada anda semua. kiranya anda masih ingin membaca.

senyum dalam hati

KISAH GAMBAR DALAM BLOG HILANG DAN BERUBAH MENJADI TANDA SERU HITAM

pertama kali saya melihat perkara ini terjadi memang saya terkejut betul. sepertinya blog saya ini telah digodam oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. jauh betul prasangka kan. blog ini langsung tidak terkenal bagaimana pula ada penggodam yang sudi menggodam.

jadi selepas saya melakukan sedikit penyelidikan melalui Encik Google, saya dapati masalah ini berpunca daripada kesilapan saya sendiri yang telah memadam sekalian gambar daripada laman Picasa yang menjadi hosting untuk sekalian gambar yang kita muat naik di Blogger. kesilapan memadam ini berlaku berpunca daripada saya yang telah membeli telefon bimbit baru!!!

Picasa = Laman ini menyimpan sekalian gambar yang dimuatnaik melalui blogger

bunyinya macam tidak relevan kan, tapi itulah hakikatnya.

saya telah membuat synchronization ke atas akaun GMAIL pada telefon bimbit tersebut, jadi secara tidak langsung gambar di laman Picasa juga menggunaka akaun email yang sama. apabila proses synchronization itu selesai, semua gambar di dalam blog ini dan KAU ILHAMKU turut di muat turun di dalam telefon bimbit. menjadikan telefon bimbit baru saya itu penuh dengan gambar dan ia sangat memakan memori

+telefon bimbit baru. sengaja beli baru sempena hadiah hari lahir untuk diri sendiri. berminat, spesifikasi telefon bimbit ini boleh di baca  DI SINI+

jadi saya dengan tiada langsung perasaan belas kasihan dan tanpa langsung usul periksa telah memadam semua gambar tersebut melalui telefon bimbit!!! jadi, semua gambar di laman Picasa juga turut terpadam. Fuh, arakian, begitulah ceritanya tuan hamba sekalian, faham ke tidak? kalau tidak faham, tidak mengapa kerana saya memahami.

+secara mudahnya pabila anda menjalankan aktiviti sync segala file yang terdapat dalam lama online dan telefon bimbit adalah sama dan serupa. contoh: jika anda memadam email melalui telefon bimbit, ia juga akan turut terpadam di akaun email online anda+

pengajaran yang dapat diambil adalah: MALU BERTANYA SESAT JALAN DAN FIKIR DAHULU SEBELU MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN WALAUPUN IA ADALAH SEKECIL-KECIL PERKARA

TEMUDUGA

Alhamdulillah, telah selesai saya menjalani 2 temuduga hari khamis yang lalu. ia adalah temuduga ke 4 dan ke 5 selepas saya habis menjalani latihan praktikal bulan 10 yang lalu. semuanya baik-baik sahaja dan serius saya katakan saya suka berada dalam persekitaran temuduga.

inilah masa sebaiknya kita dapat ‘menjual’ diri dengan semaksimum mungkin dan melihat persekitaran pekerjaan yang sangat berlainan daripada persekitaran semasa dalam pengajian dahulu. banyak yang saya pelajari melalui temuduga dan secara tidak langsung kemahiran komunikasi dalam bahasa barat itu juga dapat dipertingkatkan.

terdetik rasa kagum melihat penemuduga yang saya kira amat mengagumkan dari segi ketrampilan, cara bercakap, cara mengeluarkan kata-kata dan pelbagai lagi. semuanya tersusun, teratur dan berada pada tempat yang sepatutnya. saya berharap dapat menjadi seperti itu suatu hari nanti

hasilnya, saya telah mendapat tawaran salah satu daripada temuduga yang saya hadiri. Insyaallah akan saya ceritakan kemudian pabila saya benar-benar telah melapor diri di tempat tersebut ya.

+susah juga kalau temuduga perlu buat begini+

PERTUNANGAN SEPUPU

+FAIZ DAN AZAH+

saya pulang semula ke kampung di Mersing selepas temuduga pada hari Jumaat. menghabiskan masa sebentar bersama sahabat lama di Universiti. bertolak tengahari dan sampai hampir malam di Mersing. perjalanan selama 5 jam memang memenatkan sekiranya memandu tanpa teman di sebelah.

kemudian pada hari sabtu, kami sekeluarga berangkat ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis pertunangan sepupu saya pula. saya rasa berulang balik dari Mersing –Kuala Lumpur seperti sudah tidak terasa kejauhannya. seperti sudah terhafal di mana lubang dan di mana selekoh tajam yang perlu dielak. minggu lepas sahaja sudah empat kali berulang alik dari Mersing ke Kuala Lumpur

Fuh, minyak kereta pula seperti mencurahkan air di dalam tong yang berlubang. sekejap penuh kemudian kosong kembali.

apapun, tahniah diucapkan kepada sepupu saya Azah dan pasangannya Faiz atas pertunangan. Insyaallah, semoga ikatan pertunangan yang dimeterai berakhir ke jinjang pelamin dan seterusnya kekal bercinta hingga ke syurga. inilah satu-satunya sepupu yang sama umur dengan saya dalam keluarga sebelah emak. jika dahulu pernah menjadi teman sepermainan, sekarang sudah jadi tunangan orang.

saya ?

tidak pernah terdetik lagi di dalam fikiran untuk menjalani perkara ini dalam masa terdekat. mungkin 10 tahun mendatang….

KESIMPULAN

berakhir sudah semua cerita dari khamis lepas hingga hari ini. maaf entri panjang hari ini ya. kalau sudi bacalah, kalau tidak sudi saya tidak akan makan anda. jangan risau. sekian.

12 comments:

  1. moga berjaya dalam temu duga.. tidak apa 'jual ' semntara ilham..inshaallah, kalau dah usaha, akan berjaya bro.

    ReplyDelete
  2. panjang pon akak bacalah..kalau x mcm mana mahu komen hiks~


    akak dh agak kamu ada guna benda-benda hosting gambar tu..apa kegunaan picasa ya? akak salu upload gambar dr lappy sendiri jer tp mmg penuh la lappy akak..


    tahniah ya berjaya dlm interview..akak x suka pegi interview tu psl akak jd surirumah haha


    tahniah juga ukt azah dan faiz..


    panjangnya komen akak haha


    p/s: kalau boleh buanglah word verfication utk komen ya..blh edit dekat bhg setting - comment - word verification pilih no

    ReplyDelete
  3. @محمد رازيق
    terima kasih rafik, doakan saya menempuhi alam pekerjaaan dengan selamat yer

    ReplyDelete
  4. Semoga terus berjaya. Harap-harap lepas ni dapat post entri yang terbaik lagi.

    ReplyDelete
  5. @Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
    salam kak, terima kasih komen, saya punye reply pun panjang jugak lah ni..haha..

    picasa tu google product jugak. kalau kite masukkan ape2 gambar dalam blog, automatic akan ade gambar tu dalam picasa. cube akak bukak picasa n log in gune google akaun. mesti ada punye

    saya dah cuba nak buang word verification tu tapi tak jumpe kat bahagian setting..aduhai..

    ReplyDelete
  6. @Tetamu Istimewa
    terima kasih, insyaallah akan post yang terbaik dari semasa ke semasa

    ReplyDelete
  7. yeay....dah kembali pulih seperti biasa..

    oh...peringatan juga la tuk semua..jgn sewenang2nya nak delete gambar dalam picasa tu.. :)

    tahniah la...sebab dah dapat offer bekerja...selamat melangkah ke alam pekerjaan.. :)

    and tahniah juga buat sepupu Syamil...bila pula majlis pernikahan pula..? :)

    ReplyDelete
  8. @nabilah_2908
    betul, ingatlah kejadian ini dan jadikan sebagai pengajaran yer

    terima kasih kak, doakan saya selamat menenmpuh alam baru ini dengan baik

    sepupu saya ikat tunang setahun kak

    ReplyDelete
  9. wah dah 5 temuduga. bagus bagus.

    ReplyDelete
  10. @bluecakes
    huhu..aku kan rajen pegi temuduga..sape je panggil aku pg..haha

    ReplyDelete