Friday, December 2, 2011

KT57: SELAMAT PULANG

Assalammualaikum

Alhamdulillah, seribu kesyukuran dipanjatkan kepada yang Maha Esa atas kelazatan nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan selama ini. tiada tolok bandingnya dengan apa sahaja sekalipun yang pernah, sedang dan akan wujud di muka bumi ini. jadi berselalulah kita untuk  melafazkan kalimah syukur ini kepadanya dan redha di atas segala apa yang telah Dia tentukan untuk kita

semalam, emak dan abah selamat mendarat di KLIA jam 8.45 malam. awal sejam daripada jadual sebenar penerbangan.kami yang ketika itu sedang berkonvoi sebanyak 5 buah kereta baru sahaja melalui Hentian Seremban. memang kelam kabut jugalah sebab memikirkan hujan lebat yang sedang turun menyekat perjalanan lancar untuk terus ke KLIA.

DSCN1977+berhadapan Masjid Nabawi, Madinah+

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan baik. sebaik sahaja kami sampai di pintu masuk ketibaan, emak dan abah sekian memunculkan diri daripada ratusan jemaah haji lain yang menaiki penerbangan yang sama. jelas terpancar sinar ceria dan tenang  di wajah mereka terus mengelabui riak keletihan berada dalam penerbangan selama 8 jam

kerinduan kepada tanah air lebih-lebih lagi kepada kami anak-anak yang ditinggalkan akhirnya terlerai juga. memang syahdu jugalah suasana di ruang ketibaan. dihiasi dengan pelukan dan tangisan kegembiraan.  bukan mudah untuk berpisah dengan keluarga lebih daripada sebulan lebih-lebih lagi kepada adik bongsu saya yang memang dekat dengan emak dan abah

apapun, saya berdoa dalam hati semoga emak dan abah dikurniakan haji yang mabrur dan diterima oleh Allah Taala.tiadalah kesenangan dan kenikmatan yang lebih elok di muka bumi ini melainkan segala amal ibadat yang telah dilakukan dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh diterima dan diredhai Allah.

DSCN1982+siapa ada sijil lagi+

Insyaallah, telah ditanamkan azam di hati bahawasanya akan saya turuti jejak langkah emak dan abah suatu hari nanti. mungkin pada usia yang muda belia seperti sekarang ini sekiranya dilimpahkan rezeki oleh Allah. rasa cemburu terbit di hati tatkala emak menceritakan ada kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun telah pergi menunaikan haji menemani ibunya.

Subhanallah. sesungguhnya Allah jualah yang menetapkan rezeki dan untung nasib para hambanya. kita sebagai manusia, berusaha dan bertawakal selagi boleh.

021220111710+ambil mood dengan ole ole dari Tanah Haram+

16 comments:

  1. InsyaAllah... semoga haji mereka haji yang mabrur, amin
    :)

    ReplyDelete
  2. @Ardini Humaira
    Amin. itulah yang kita semua harapkan.InsyaAllah. thanx dni

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...dah selamat sampai... :)

    ReplyDelete
  4. salam dari Makkah


    Doa cl disini..Moga mereka mendapt haji yang 'mabrur'..insyallah



    waslam

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah mak ayah dh selamat kembali..moga mereka memperoleh haji yg mabrur..


    yg bwh sekali awak eh? sejuk mata akak nengoknya ;)

    ReplyDelete
  6. @Zinnirah Humaira
    terima kasih zinnirah, nanti datanglah singgah lagi yer

    ReplyDelete
  7. @manzlie
    terima kasih CL. Insyaallah selalu mendoakan kesejahteraan rakyat malaysia di sana. terima kasih sudi singgah yer

    ReplyDelete
  8. @Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
    amin, terima kasih kak. a'ah, sayalah yang di gambar bawah tu..hehe

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..
    rasa macam nak ikut p sekali..
    belum pergi lagi dah rasa rindu..

    ReplyDelete
  10. @Arra Ahmad
    Insyaallah. kalau ade rezeki pegi lah. tunai umrah dulu yer

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah telah selamat pulang. :) INsyaAllah satu hari nanti doa dan usaha untuk ke sana akan tercapai.

    ReplyDelete
  12. @Siti Nurhayati Dollah
    Insyaallah. harapan dan impian yang akan dipastikan terlaksana suatu hari nanti. dengan keizinan Allah jua

    ReplyDelete