Thursday, December 1, 2011

KEMBARA MEMBORONG BUKU

Assalammualaikum

sesungguhnya satu tabiat ‘buruk’ saya yang tidak boleh diubah sehingga sekarang adalah tidak berkira menggunakan wang dalam membeli buku. tidak menghiraukan buku tersebut mahal atau murah, sekiranya saya berminat, pasti terus saya sambar dan bayar

saya kira tabiat ini agak berbahaya kerana wang simpanan yang kononnya disimpan untuk masa depan boleh berkurang tanpa disedari ataupun dibiarkan buat-buat tidak sedar oleh saya sendiri.

jadi untuk memastikan perkara ini kurang berlaku ketika poket hampir kosong kerana koyak ataupun sebagainya, akan saya hindarkan nafsu untuk singgah di toko-toko buku dan terus sahaja berjalan selaju mungkin tanpa menoleh sedikit pun pada deretan buku-buku yang sedia tersusun di sebalik kaca lutsinar kedai-kdai buku. walaupun pada hakikatnya saya merasakan buku-buku tersebut sedang memberi pandangan menggoda lagi menggiurkan kepada saya. persetankan dengan hati yang berdebar-debar

tetapi, alangkah ‘berbahagianya’ hati ini pabila sejak akhir-akhir ini ada simpanan yang cukup untuk membeli buku-buku yang dingini ditambah pula terdapat promosi-promosi hebat yang dijalankan sesetengah perusahaan buku ini.

membeli buku dengan harga yang sangat murah memang peluang yang saya tidak akan sia kan sekiranya ia terjadi. ia boleh diibarat seperti bulan jatuh ke riba.

contohnya seperti di bawah:

1. Bid Bad Wolf Books Aftermath Sale

011220111705

011220111703

setiap buku yang saya beli seperti gambar di atas berharga RM5.00 sahaja setiap satu. saya hanya membelanjakan kurang RM60.00 untuk membeli semua buku di atas. alangkah syahdunya perasaan itu. cuma ketika saya memborong buku-buku ini, saya sangat kesuntukan masa. berjalan laju-laju dan ambil sahaja mana-mana buku yang dirasakan menarik.

2. Beli buku di BADAN CEMERLANG, Plaza Angsana Johor Bharu

011220111706

tiada promosi ketika ini. tapi hati gembira kerana berjaya mendapatkan buku-buku yang telah lama saya impikan. saya kira BADAN CEMERLANG adalah sebuah toko buku yang hebat kerana menyediakan buku-buku yang sangat jarang boleh didapati sekarang. banyak buku daripada para sasterawan negara dijual di sini. juga buku-buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka yang sememangnya sangat jarang dapat ditemui. koleksi novel apatah lagi, boleh jadi kelabu asap untuk memilih yang mana satu idaman kalbu

anda boleh membaca Reviu Buku BIMASAKTI MENARI DI SINI

3. Beli buku di POPULAR, Aeon Seremban 2

011220111708

mengambil keputusan drastik membeli buku ini. seperti tidak sabar-sabar sahaja kan untuk menuju ke arah ITU. apa salahnya bermula menuntut ilmu dari awal. saya melihat harganya adalah RM55.00. tetapi oleh kerana saya adalah pemegang kad keahlian POPULAR, maka saya mendapat diskaun sehingga RM10.00. senyum dalam hati. semoga buku ini memberi seribu manfaat kepada saya. Insyaallah.

sekiranya anda juga fanatik kepada buku. apapun jenis buku. jom kongsikan gaya anda memborong buku di ruangan komen.

8 comments:

  1. Assalamualaikum. Tabiat "buruk" yang berharga. Saya pun macam tu. Kadang-kadang ambil budget utk makan sebab nak beli buku.

    ReplyDelete
  2. @Siti Nurhayati Dollah

    waalaikumussalam. betul tu, kadang2 sambut ikat perut sebab nak beli buku. buku pun dah macam makanan. hehe

    KEMBARA MEMBORONG BUKU

    ReplyDelete
  3. @asyrafNAKjadiLEBIHbaik
    kalau nak fotostat kena minta kebenaran penerbit yer. hehe. takmo bersubahat. haha

    ReplyDelete
  4. @Ardini Humaira
    dni nanti kawen bg hadiah buku je k. hehe

    ReplyDelete
  5. @Tetamu Istimewa
    memang sangat seronok bila dapat beli buku dengan suka hati.hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...