Friday, December 16, 2011

FACEBOOK OH FACEBOOK

Assalammualaikum

salam jumaat sahabat sekalian, semalam tidak update entri di blog sebab hilang mood. mungkin mood tersebut pergi bertapa di Gunung Kinabalu. hari ini beliau kembali semula setelah selesai menuntut ilmu di sana. eh!

hari ini kita berbicara berkenaan Facebook. facebook yang saya rasakan semakin hari semakin menakutkan. sebelum ini segala perkara yang tidak sepatutnya berlaku ini hanya dilihat melalui dinding (baca: wall) kawan-kawan. tetapi setelah mengalami sendiri, seluruh rasa bermain dalam sanubari ini. wah

apa tidaknya, dengan secara tiba-tiba menerima video lucah daripada kawan-kawan yang sungguh baik tingkah lakunya dan maklum tidak akan melakukan perkara seperti itu. pasti ada sedikit pandangan skeptikal yang akan bermain dalam fikiran kan?

memang saya kira semua pengguna Facebook sudah sedia maklum akan virus yang melanda ini. tetapi ia sedikit sebanyak mencalarkan imej dan kredibiliti mangsa yang telah terkena virus ini. wah lagi (Bombastik betul perkataan hari ini)

1.1

1+antara kawan-kawan facebook yang telah diserang virus+

saya yakin ada juga kawan-kawan sekalian yang turut menerima nasib yang sama. video lucah yang dikirim secara viral melalu profil kawan-kawan kita sendiri seakan-akan sukar untuk dibendung dan semakin merebak dari semasa ke semasa. apa yang setakat ini saya boleh buat adalah dengan memadam kiriman (baca: post) tersebut secepat yang mungkin sebelum sesiapa yang lain melihat dinding Facebook saya dan ‘’berkemungkinan’ untuk klik pada post tersebut

+apalah agaknya Mar Zuckerberg cuba buat pabila mengetahui laman miliknya dicemari dengan video lucah.+

mungkin kepada mereka yang mahir dalam bidang teknologi maklumat ini mempunyai sebab yang jelas bagaimana perkara ini boleh terjadi kan. mungkin juga ada sesuatu yang pengguna Facebook Malaysia ini boleh lakukan untuk membendung perkara ini daripada terus berlaku. mungkin juga Mark Zuckerberg tidak maklum pun perkara ini sedang berlaku kerana sibuk menyiapkan program baru untuk Facebook iaitu Facebook Timeline. lihat gambar di bawah:

image

4 comments:

  1. btoll..xpsl2 org pandang serong...

    ReplyDelete
  2. Ya, saya ada juga dengar kawan-kawan cerita hal ini. Berhati-hatilah. Saya tidak terkena tempiasnya kerana saya tidak mempunyai akuan Facebook Book. Saya harap orang yang melakukan perbuatan terkutuk itu bertaubat sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  3. tapi virus tu bkan dah lama bersarang ke? xD dah setahun lebih dah. kalau terklik terkene le >_<

    ReplyDelete
  4. Biasanya link tu akan aktif bila kita klik. Jadi moralnya, kena siasat sebelum klik.

    * Saya suka timeline.. nampak kemas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...