Thursday, December 29, 2011

ALHAMDULILLAH

Assalammualaikum

setelah beberapa ketika meninggalkan blog ini tanpa khabar berita, mood dan ilham saya bukan sahaja sudah kelaut, tetapi mungkin telah tengggelam, lemas dan sudah sampai pun ke dasar laut tersebut. untuk menulis beberapa perkataan pertama entri ini pun mengambil masa beberapa minit, dan kemudian dipadam semula kerana dirasakan tidak sesuai, kemudian ditulis semula, dipadam semula dan akhirnya telah memakan masa beberapa jam. mungkin jika tidak diteruskan juga akhirnya akan memakan masa beberapa hari.

sudah kriktikal sungguh!

apapun, abaikan segala masalah ‘idea-blackout’ saya ini kerana saya ada sesuatu untuk dikongsi bersama anda semua. sambil senyum dalam hati.

sebelum ini, pernah saya menceritakan bagaimana saya telah menghadiri beberapa temuduga pekerjaan dan telah mendapat satu tawaran daripadanya. Alhamdulillah, saya telah mendapat satu lagi tawaran lain dan setelah berfikir beberapa saat (baca: tanpa berfikir panjang) saya telah menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka dan redha.

jadi, sukalah untuk saya menceritakan berita gembira ini kepada anda semua almaklumlah salah satu tujuan blog ini diwujudkan pun untuk berkongsi keriangan dan kegembiraan yang sedang terjadi dalam kehidupan saya.

JENG JENG JENG!!!!

20111228_212054

inilah posisi yang telah ditawarkan kepada saya. Alhamdulillah, syukur pada Allah yang sentiasa memberikan rahmat dan nikmat kepada hambanya walapun hambanya yang satu ini sering mengabaikan segala tanggungjawab dan perintah yang telah diwajibkan. Ampunkanlah dosaku Ya Allah dan aku sangat bersyukur atas nikmat indah ini.

Wahai Syamil, nikmat Allah yang manakah lagikah yang kamu dustakan?

20111228_212158

di atas pula adalah jabatan di mana saya ditempatkan beserta lokasi dan tarikh untuk mendaftar masuk sebagai PEKERJA di syarikat tersebut. 3 januari, tingggal beberapa hari saja lagi untuk bersenang lenang di rumah. aduhai

cuba anda teka syarikat apakah yang sangat bermurah hati mengambil saya sebagai pekerja ini?

JAWAPANNYA ADALAH…

banner_20101130

sekian terima kasih

Friday, December 16, 2011

FACEBOOK OH FACEBOOK

Assalammualaikum

salam jumaat sahabat sekalian, semalam tidak update entri di blog sebab hilang mood. mungkin mood tersebut pergi bertapa di Gunung Kinabalu. hari ini beliau kembali semula setelah selesai menuntut ilmu di sana. eh!

hari ini kita berbicara berkenaan Facebook. facebook yang saya rasakan semakin hari semakin menakutkan. sebelum ini segala perkara yang tidak sepatutnya berlaku ini hanya dilihat melalui dinding (baca: wall) kawan-kawan. tetapi setelah mengalami sendiri, seluruh rasa bermain dalam sanubari ini. wah

apa tidaknya, dengan secara tiba-tiba menerima video lucah daripada kawan-kawan yang sungguh baik tingkah lakunya dan maklum tidak akan melakukan perkara seperti itu. pasti ada sedikit pandangan skeptikal yang akan bermain dalam fikiran kan?

memang saya kira semua pengguna Facebook sudah sedia maklum akan virus yang melanda ini. tetapi ia sedikit sebanyak mencalarkan imej dan kredibiliti mangsa yang telah terkena virus ini. wah lagi (Bombastik betul perkataan hari ini)

1.1

1+antara kawan-kawan facebook yang telah diserang virus+

saya yakin ada juga kawan-kawan sekalian yang turut menerima nasib yang sama. video lucah yang dikirim secara viral melalu profil kawan-kawan kita sendiri seakan-akan sukar untuk dibendung dan semakin merebak dari semasa ke semasa. apa yang setakat ini saya boleh buat adalah dengan memadam kiriman (baca: post) tersebut secepat yang mungkin sebelum sesiapa yang lain melihat dinding Facebook saya dan ‘’berkemungkinan’ untuk klik pada post tersebut

+apalah agaknya Mar Zuckerberg cuba buat pabila mengetahui laman miliknya dicemari dengan video lucah.+

mungkin kepada mereka yang mahir dalam bidang teknologi maklumat ini mempunyai sebab yang jelas bagaimana perkara ini boleh terjadi kan. mungkin juga ada sesuatu yang pengguna Facebook Malaysia ini boleh lakukan untuk membendung perkara ini daripada terus berlaku. mungkin juga Mark Zuckerberg tidak maklum pun perkara ini sedang berlaku kerana sibuk menyiapkan program baru untuk Facebook iaitu Facebook Timeline. lihat gambar di bawah:

image

Wednesday, December 14, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

kasihan Fizo Omar

adakah tega peminat cerita Suffiya berdiam diri?


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, December 12, 2011

SELESAI SUDAH

Assalammualaikum

akhirnya dapat juga bertandang semula di blog ini. ada juga entri yang dapat ditampalkan dalam keadaan normal dan saya kira anda juga dapat melihat semula entri saya yang terdahulu seperti sediakala. memang banyak perkara yang berlaku selama tiga hari saya meninggalkan blog ini. antaranya adalah temuduga yang saya ceritakan pada entri KHAMIS itu dan yang lain pula adalah majlis pertunangan sepupu di Kuala Lumpur.

akan saya ceritakan satu persatu kepada anda semua. kiranya anda masih ingin membaca.

senyum dalam hati

KISAH GAMBAR DALAM BLOG HILANG DAN BERUBAH MENJADI TANDA SERU HITAM

pertama kali saya melihat perkara ini terjadi memang saya terkejut betul. sepertinya blog saya ini telah digodam oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. jauh betul prasangka kan. blog ini langsung tidak terkenal bagaimana pula ada penggodam yang sudi menggodam.

jadi selepas saya melakukan sedikit penyelidikan melalui Encik Google, saya dapati masalah ini berpunca daripada kesilapan saya sendiri yang telah memadam sekalian gambar daripada laman Picasa yang menjadi hosting untuk sekalian gambar yang kita muat naik di Blogger. kesilapan memadam ini berlaku berpunca daripada saya yang telah membeli telefon bimbit baru!!!

Picasa = Laman ini menyimpan sekalian gambar yang dimuatnaik melalui blogger

bunyinya macam tidak relevan kan, tapi itulah hakikatnya.

saya telah membuat synchronization ke atas akaun GMAIL pada telefon bimbit tersebut, jadi secara tidak langsung gambar di laman Picasa juga menggunaka akaun email yang sama. apabila proses synchronization itu selesai, semua gambar di dalam blog ini dan KAU ILHAMKU turut di muat turun di dalam telefon bimbit. menjadikan telefon bimbit baru saya itu penuh dengan gambar dan ia sangat memakan memori

+telefon bimbit baru. sengaja beli baru sempena hadiah hari lahir untuk diri sendiri. berminat, spesifikasi telefon bimbit ini boleh di baca  DI SINI+

jadi saya dengan tiada langsung perasaan belas kasihan dan tanpa langsung usul periksa telah memadam semua gambar tersebut melalui telefon bimbit!!! jadi, semua gambar di laman Picasa juga turut terpadam. Fuh, arakian, begitulah ceritanya tuan hamba sekalian, faham ke tidak? kalau tidak faham, tidak mengapa kerana saya memahami.

+secara mudahnya pabila anda menjalankan aktiviti sync segala file yang terdapat dalam lama online dan telefon bimbit adalah sama dan serupa. contoh: jika anda memadam email melalui telefon bimbit, ia juga akan turut terpadam di akaun email online anda+

pengajaran yang dapat diambil adalah: MALU BERTANYA SESAT JALAN DAN FIKIR DAHULU SEBELU MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN WALAUPUN IA ADALAH SEKECIL-KECIL PERKARA

TEMUDUGA

Alhamdulillah, telah selesai saya menjalani 2 temuduga hari khamis yang lalu. ia adalah temuduga ke 4 dan ke 5 selepas saya habis menjalani latihan praktikal bulan 10 yang lalu. semuanya baik-baik sahaja dan serius saya katakan saya suka berada dalam persekitaran temuduga.

inilah masa sebaiknya kita dapat ‘menjual’ diri dengan semaksimum mungkin dan melihat persekitaran pekerjaan yang sangat berlainan daripada persekitaran semasa dalam pengajian dahulu. banyak yang saya pelajari melalui temuduga dan secara tidak langsung kemahiran komunikasi dalam bahasa barat itu juga dapat dipertingkatkan.

terdetik rasa kagum melihat penemuduga yang saya kira amat mengagumkan dari segi ketrampilan, cara bercakap, cara mengeluarkan kata-kata dan pelbagai lagi. semuanya tersusun, teratur dan berada pada tempat yang sepatutnya. saya berharap dapat menjadi seperti itu suatu hari nanti

hasilnya, saya telah mendapat tawaran salah satu daripada temuduga yang saya hadiri. Insyaallah akan saya ceritakan kemudian pabila saya benar-benar telah melapor diri di tempat tersebut ya.

+susah juga kalau temuduga perlu buat begini+

PERTUNANGAN SEPUPU

+FAIZ DAN AZAH+

saya pulang semula ke kampung di Mersing selepas temuduga pada hari Jumaat. menghabiskan masa sebentar bersama sahabat lama di Universiti. bertolak tengahari dan sampai hampir malam di Mersing. perjalanan selama 5 jam memang memenatkan sekiranya memandu tanpa teman di sebelah.

kemudian pada hari sabtu, kami sekeluarga berangkat ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis pertunangan sepupu saya pula. saya rasa berulang balik dari Mersing –Kuala Lumpur seperti sudah tidak terasa kejauhannya. seperti sudah terhafal di mana lubang dan di mana selekoh tajam yang perlu dielak. minggu lepas sahaja sudah empat kali berulang alik dari Mersing ke Kuala Lumpur

Fuh, minyak kereta pula seperti mencurahkan air di dalam tong yang berlubang. sekejap penuh kemudian kosong kembali.

apapun, tahniah diucapkan kepada sepupu saya Azah dan pasangannya Faiz atas pertunangan. Insyaallah, semoga ikatan pertunangan yang dimeterai berakhir ke jinjang pelamin dan seterusnya kekal bercinta hingga ke syurga. inilah satu-satunya sepupu yang sama umur dengan saya dalam keluarga sebelah emak. jika dahulu pernah menjadi teman sepermainan, sekarang sudah jadi tunangan orang.

saya ?

tidak pernah terdetik lagi di dalam fikiran untuk menjalani perkara ini dalam masa terdekat. mungkin 10 tahun mendatang….

KESIMPULAN

berakhir sudah semua cerita dari khamis lepas hingga hari ini. maaf entri panjang hari ini ya. kalau sudi bacalah, kalau tidak sudi saya tidak akan makan anda. jangan risau. sekian.

Thursday, December 8, 2011

KHAMIS

Assalammualaikum

Entri ini ditulis 45 minit sebelum temuduga akan dijalankan. sangat bersenang-lenang kan.

sahabat-sahabat doakan semuanya baik-baik sahaja ya

lagi satu,

saya perasan header blog ini sudah hilang dan hanya dipaparkan imej hitam bersama tanda seru

adakah anda juga melihat perkara yang sama?

ia turut berlaku pada gambar-gambar saya yang lain

adakah anda turut dipapar gambar yang sama

mohon maklumkan kepada saya

sedih

Nota: Tajuk entri tidak kena mengena dengan kandungannya, mestila ada kena mengena sebab hari ini kan hari khamis dan entri ini ditulis pada hari khamis. sekian

Monday, December 5, 2011

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH

Assalammualaikum

Selesai sudah kenduri kesyukuran sempena kepulangan emak dan abah dari Tanah Suci. semuanya berjalan dengan lancar dan alhamdulillah ramai sanak saudara yang datang dari jauh semata-mata untuk bertemu muka dan bertanyakan khabar emak dan abah yang telah berada di Tanah Suci selama 46 hari

semalam juga majlis disekalikan dengan sambutan Hari Lahir saya dan emak. senyum terharu. sambutan yang dirancang oleh saya sendiri untuk emak tercinta. buat pengetahuan semua, saya dan emak berkongsi tarikh lahir yang SAMA!!. maksudnya semasa emak menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 29, hadiah hari lahir emak adalah SAYA. signifikan sungguh. ketawa besar.

kini umur emak sudahpun menjangkau 52 tahun dan saya pula sudah 23 tahun. tidak terasa masa yang sedang berjalan dengan cepat dan terkadang bila difikirkan banyak lagi cita-cita dan azam yang belum terlunas. tahun 2011 pun sudah semakin cepat meninggalkan dan akhirnya semua azam dan cita-cita itu harus dibawa ke tahun hadapan. entahlah sampai bila keadaan tersebut akan berulang-ulang. mungkin sehingga hayat dikandung badan

berbanyak terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menyampaikan salam hari lahir. baik di Facebook, Twitter, BLog ataupun melalu Sistem Pesanan Ringkas. tidak terdaya untuk saya balas semuanya. hanya Allah jualah yang dapat membalas ingatan kasih sayang anda kepada saya.

image+terima kasih daun keladi, tahun hadapan wish lagi+

image+terima kasih sahabat Facebook+

terima kasih juga buat semua yang memberikan hadiah hari lahir. sudah tua-tua pun masih mendapat hadiah. apa salahnya kan? buat kenangan dan tatapan masa tua nanti. terima kasih juga buat abah yang menghadiahkan saya seutas jam tangan. tersedu sedan keharuan bila saya melihat jenama jam tersebut. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati Abah selalu.

DSCN1991+ia jenama ROLEX+

sekian itu sahaja coretan hari lahir saya. kepada yang turut meraikan ulang tahun kelahiran pada bulan Disember:

SELAMAT HARI LAHIR

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR

DIMURAHKAN REZEKI

DIBERI KESIHATAN YANG BAIK

DITETAPKAN IMAN DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

AMIN YA RABBAL ALAMIN

 

 

Nota: Berdebar. Ada lagi 2 temuduga menanti minggu ini.

Sunday, December 4, 2011

TRAGEDI 4 DISEMBER

Tragedi_Empat_Disember

Assalammualaikum

ini bukan entri reviu buku wahai sahabat-sahabat. saya pun sudah ingat-ingat lupa isi kandungan buku yang wajib di baca oleh sebahagian pelajar-pelajar Tingkatan 2 ini

cuma ingin mengatakan bahawa tarikh yang menjadi judul novel ini sangat sinonim dengan diri saya dan juga emak.

tarikh yang sememangnya membawa seribu makna yang sering mengingatkan saya bahawa masa yang ditinggalkan telah pun menjadi sejarah manakala masa yang mendatang tanpa kita sangkakan menjadi semakin sedikit

semoga saya dapat menggunakan masa tersebut dengan sebaik mungkin berbanding masa yang telah dilalui 23 tahun yang lalu.

InsyaALLAH

Terima Kasih ya Allah kerana memberikanku lagi kesempatan untuk menghela nafas di bumiMu yang sentiasa dilimpahi rahmat dan nikmat. semoga aku kekal berada di bawah Lembayung rahmat dan kasih sayangMu. Terima Kasih jua atas nadi yang masih berdenyut dan jantung yang masih berdegup. Mata yang masih mengelip dan lidah yang masih merasa. terlalu banyak syukur yang perlu diungkapkan jika dibandingkan dengan nikmat dan rahmat yang telah dicurahkan

dan nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?

 

Nota: Entri pendek memandangkan hari ini kesibukan menguruskan kenduri emak dan abah yang baru pulang dari Tanah Suci

Friday, December 2, 2011

KT57: SELAMAT PULANG

Assalammualaikum

Alhamdulillah, seribu kesyukuran dipanjatkan kepada yang Maha Esa atas kelazatan nikmat dan rahmat yang telah dikurniakan selama ini. tiada tolok bandingnya dengan apa sahaja sekalipun yang pernah, sedang dan akan wujud di muka bumi ini. jadi berselalulah kita untuk  melafazkan kalimah syukur ini kepadanya dan redha di atas segala apa yang telah Dia tentukan untuk kita

semalam, emak dan abah selamat mendarat di KLIA jam 8.45 malam. awal sejam daripada jadual sebenar penerbangan.kami yang ketika itu sedang berkonvoi sebanyak 5 buah kereta baru sahaja melalui Hentian Seremban. memang kelam kabut jugalah sebab memikirkan hujan lebat yang sedang turun menyekat perjalanan lancar untuk terus ke KLIA.

DSCN1977+berhadapan Masjid Nabawi, Madinah+

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan baik. sebaik sahaja kami sampai di pintu masuk ketibaan, emak dan abah sekian memunculkan diri daripada ratusan jemaah haji lain yang menaiki penerbangan yang sama. jelas terpancar sinar ceria dan tenang  di wajah mereka terus mengelabui riak keletihan berada dalam penerbangan selama 8 jam

kerinduan kepada tanah air lebih-lebih lagi kepada kami anak-anak yang ditinggalkan akhirnya terlerai juga. memang syahdu jugalah suasana di ruang ketibaan. dihiasi dengan pelukan dan tangisan kegembiraan.  bukan mudah untuk berpisah dengan keluarga lebih daripada sebulan lebih-lebih lagi kepada adik bongsu saya yang memang dekat dengan emak dan abah

apapun, saya berdoa dalam hati semoga emak dan abah dikurniakan haji yang mabrur dan diterima oleh Allah Taala.tiadalah kesenangan dan kenikmatan yang lebih elok di muka bumi ini melainkan segala amal ibadat yang telah dilakukan dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh diterima dan diredhai Allah.

DSCN1982+siapa ada sijil lagi+

Insyaallah, telah ditanamkan azam di hati bahawasanya akan saya turuti jejak langkah emak dan abah suatu hari nanti. mungkin pada usia yang muda belia seperti sekarang ini sekiranya dilimpahkan rezeki oleh Allah. rasa cemburu terbit di hati tatkala emak menceritakan ada kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun telah pergi menunaikan haji menemani ibunya.

Subhanallah. sesungguhnya Allah jualah yang menetapkan rezeki dan untung nasib para hambanya. kita sebagai manusia, berusaha dan bertawakal selagi boleh.

021220111710+ambil mood dengan ole ole dari Tanah Haram+

Thursday, December 1, 2011

KEMBARA MEMBORONG BUKU

Assalammualaikum

sesungguhnya satu tabiat ‘buruk’ saya yang tidak boleh diubah sehingga sekarang adalah tidak berkira menggunakan wang dalam membeli buku. tidak menghiraukan buku tersebut mahal atau murah, sekiranya saya berminat, pasti terus saya sambar dan bayar

saya kira tabiat ini agak berbahaya kerana wang simpanan yang kononnya disimpan untuk masa depan boleh berkurang tanpa disedari ataupun dibiarkan buat-buat tidak sedar oleh saya sendiri.

jadi untuk memastikan perkara ini kurang berlaku ketika poket hampir kosong kerana koyak ataupun sebagainya, akan saya hindarkan nafsu untuk singgah di toko-toko buku dan terus sahaja berjalan selaju mungkin tanpa menoleh sedikit pun pada deretan buku-buku yang sedia tersusun di sebalik kaca lutsinar kedai-kdai buku. walaupun pada hakikatnya saya merasakan buku-buku tersebut sedang memberi pandangan menggoda lagi menggiurkan kepada saya. persetankan dengan hati yang berdebar-debar

tetapi, alangkah ‘berbahagianya’ hati ini pabila sejak akhir-akhir ini ada simpanan yang cukup untuk membeli buku-buku yang dingini ditambah pula terdapat promosi-promosi hebat yang dijalankan sesetengah perusahaan buku ini.

membeli buku dengan harga yang sangat murah memang peluang yang saya tidak akan sia kan sekiranya ia terjadi. ia boleh diibarat seperti bulan jatuh ke riba.

contohnya seperti di bawah:

1. Bid Bad Wolf Books Aftermath Sale

011220111705

011220111703

setiap buku yang saya beli seperti gambar di atas berharga RM5.00 sahaja setiap satu. saya hanya membelanjakan kurang RM60.00 untuk membeli semua buku di atas. alangkah syahdunya perasaan itu. cuma ketika saya memborong buku-buku ini, saya sangat kesuntukan masa. berjalan laju-laju dan ambil sahaja mana-mana buku yang dirasakan menarik.

2. Beli buku di BADAN CEMERLANG, Plaza Angsana Johor Bharu

011220111706

tiada promosi ketika ini. tapi hati gembira kerana berjaya mendapatkan buku-buku yang telah lama saya impikan. saya kira BADAN CEMERLANG adalah sebuah toko buku yang hebat kerana menyediakan buku-buku yang sangat jarang boleh didapati sekarang. banyak buku daripada para sasterawan negara dijual di sini. juga buku-buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka yang sememangnya sangat jarang dapat ditemui. koleksi novel apatah lagi, boleh jadi kelabu asap untuk memilih yang mana satu idaman kalbu

anda boleh membaca Reviu Buku BIMASAKTI MENARI DI SINI

3. Beli buku di POPULAR, Aeon Seremban 2

011220111708

mengambil keputusan drastik membeli buku ini. seperti tidak sabar-sabar sahaja kan untuk menuju ke arah ITU. apa salahnya bermula menuntut ilmu dari awal. saya melihat harganya adalah RM55.00. tetapi oleh kerana saya adalah pemegang kad keahlian POPULAR, maka saya mendapat diskaun sehingga RM10.00. senyum dalam hati. semoga buku ini memberi seribu manfaat kepada saya. Insyaallah.

sekiranya anda juga fanatik kepada buku. apapun jenis buku. jom kongsikan gaya anda memborong buku di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...