Wednesday, November 30, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

+Bonda (kanan) bersama adik iparnya di Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah+

Tuesday, November 29, 2011

BILA DUA HATI BERTAUT

Assalammualaikum

image

gambar di atas saya kira telah menjelaskan segala-galanya. ini hanyalah sebahagian sahaja jemputan yang dapat di’snap’ daripada laman Facebook. sekiranya saya klik pada ‘View All’ itu sudah pastinya lebih banyak senarai yang akan terpapar

Syukur Alhamdulillah. sesungguhnya saya suka melihat jemputan ini. jemputan yang kebanyakannya datang daripada sahabat dekat yang pernah bersekolah bersama, sebaya dalam umur dan satu pengajian semasa di universiti

+kredit gambar+

semuanya mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada usia muda dan selesai menamatkan pengajian. ya, tiada salahnya dalam perkara itu. sesungguhnya satu sunnah yang sangat dituntut oleh Rasulullah junjungan alam haruslah dilaksanakan secepat mungkin pabila sudah bersedia dengan perkara-perkara yang sepatutnya disediakan

kekadang terbit jua rasa cemburu kepada sahabat-sahabat ini, alangkah gembiranya hati mereka dapat menyempurnakan separuh daripada agama. saya pula masih lagi belum nampak bayang-bayang untuk menurut jejak langkah. sungguh. saya tidak dapat lagi membayangkan bagaimana saya menyalami sang wali untuk upacara akad nikah. bagaimana saya naik ke jinjang pelamin untuk upacara bersenyum-senyuman. apatah lagi pergi ke tadika untuk mendaftarkan anak sekolah

mungkin saya belum bersedia. banyak perkara yang wajib disiapkan. rohani pastinya harus kuat, ilmu dan amal juga wajib dikukuhkan. almaklumlah tanggungjawab seorang suami untuk membimbing seluruh keluarga ke jalan menuju redha Ilahi bukan perkara yang mudah dan cabaran yang bakal dilalui jua bukan sedikit

+kredit gambar+

apatah lagi untuk dikatakan berkaitan sumber kewangan, aset dan kenderaan. fuh, boleh berpeluh gamaknya.

tetapi saya sedar akan rezeki itu semua dikurniakan Allah Taala. jika Allah mengatakan jadi satu perkara itu maka jadilah. Allah maha menolong hambaNya yang memohon pertolongan. terbukti pabila melihatkan ramai sahabat saya yang hidup sangat berbahagia walaupun mendirikan rumah tangga pada tahun pertama pengajian di Universiti. tidak pula ternampak mereka mengalami masalah kewangan yang besar. semuanya berlangsung dengan baik-baik sahaja. poin tambahan, mereka terlepas dari dosa maksiat sesama bukan muhrim kerana hubungan berdua sudah halal dan tiada batasan yang boleh memisahkan.

walau apapun, saya tetap tidak mempunya kepercayaan pada diri sendiri untuk perkara ini. biarlah Allah menentukan segalanya dan saya pastinya akan menerima dengan hati sangat terbuka. Allahlah sebaik pembuat keputusan dan hanya pada Dialah tempat kita bersandar

kepada sahabat-sahabat yang bakal mendirikan rumah tangga ini, tahniah dan barakallah saya ucapakan. layarilah bahtera perkahwinan dengan sebaiknya, jadilah nakhoda yang bijak mengemudi arah kapal walau sekuat mana badai dan pawana yang bakal menerjah. keindahan bersama akan pasti menjadi milik anda selamanya

selamat bercinta hingga ke syurga

+kredit gambar+

Monday, November 28, 2011

REVIU NOVEL: BIMASAKTI MENARI


Assalammualaikum

sudah lama tidak mereviu buku. terlalu banyak buku yang perlu dibaca, terlalu sedikit masa untuk membaca dan seterusnya masa untuk mereviu buku seakan tiada langsung. sekadar alasan untuk orang yang malas seperti saya. sesungguhnya masa yang diperuntukkan Allah sama banyak sahaja kepada setiap makhluk dan ciptaan di muka bumi ini. tidak lebih tidak kurang.

baiklah, tanpa melengahkan masa yang sepertinya selalu dilakukan oleh saya. akan kita terus kepada titik penting entri ini ditulis. tidak lain tidak bukan untuk mereviu buku yang baru sahaja usai saya habiskan pembacaan. segala maklumat dan ilmu yang daripada buku ini juga masih segar di ingatan dan mudah-mudahan terus melekat di kotak minda selama yang mungkin.

sebelum meneruskan pembacaan, sila persetankan gaya penulisan saya yang bercelaru dan tidak semenggah ini. saya tiada bakat menulis. menulis di sini kerana sekadar mengada-ngada. tujuan utama adalah untuk berkongsi dengan anda nutrisi penting dan zat-zat berkhasiat yang terkandung di dalam buku ini untuk manfaat bersama.

Tajuk buku ini pastinya sudah memikat hati saya. Bima Sakti Menari. dengan tajuk ini saya terus membayangkan keindahan angkasa lepas dan seluruh ciptaan seisi Langit Allah Taala yang tidak tolok bandingnya. keindahan yang hanya dapat dicapai kenikmatannya dengan mempertambahkan ilmu pengetahuan dan menokok penyelidikan supaya kesyukuran atas ciptaan ini dapat dipanjat seluruh manusia sejagat

Inilah yang ingin dicapai oleh Bima Sakti Menari

novel ini berkisar tentang Nurul Hafsa, seorang gadis graduan Universiti Jordan di dalam bidang Astronomi dan Kaji Falak. bertugas di Balai Cerap Kuala Selangor sebaik sahaja menamatkan pengajian. Nurul Hafsa pada hari pertama bekerja telah mengecewakan pelancong kanak-kanak dari Jepun yang berkunjung ke Balai Cerap semata-mata untuk menyaksikan bintang-bintang indah yang membentuk buruj di langit.beliau merasa mengecewakan para cilik tersebut kerana bintang yang diharapkan tidak muncul kerana disembunyikan langit yang terlalu terang dek PENCEMARAN CAHAYA yang berlaku di Kuala Selangor
pendapat saya, ini adalah tema unggul buku ini yang ingin diangkat penulis. PENCEMARAN CAHAYA. tema yang sangat unik dan jarang dicuba oleh penulis lain. tidak hairan Sri Rahayu berjaya menggondol tempat pertama dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan untuk buku ini.

saya tidak akan meringkaskan novel di dalam entri ini kerana saya percaya anda perlu membeli sendiri buku ini untuk merasai adrenalin membaca karya sebaik ini. saya hanya akan mengenengahkan perkara-perkara terbaik dan fakta-fakta menarik yang telah diperturunkan di dalam buku seterusnya membawa anda merasakan bahawa tiada ruginya membeli sebuah buku yang banyak mengumpulkan ilmu pengetahuan baru.

apa yang menarik berkenaan novel ini adalah bagaimana Nurul Hafsa ingin menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara.semata untuk memudahkan pencerap amatur dan profesional beserta peminat khazanah langit untuk melihat bintang-bintang dengan jelas dan terang. 

bersama Muhammad Taufiq yang juga berkongsi perjuangan yang sama. hanya Muhammad Taufiq berjuang untuk kemandirian spesis kelip-kelip di Kuala Selangor yang semakin pupus juga kerana PENCEMARAN CAHAYA. tertanya mereka tetap berkongsi matlamat dan cita-cita yang serupa.

dalam merealisasikan cita-cita ini banyak perkara harus dilalui dan banyak juga dugaan dan ujian wajib direntangi. pelbagai idea baru diilhamkan untuk menyokong gagasan mereka seperti antara yang menarik perhatian saya adalah dengan menggunakan lampu jenis sodium yang menggunakan tenaga rendah tetapi cahaya yang terang. selain itu, mereka juga mencadangkan penggunaan lampu sensor automatik yang hanya akan menyala pabila ada entiti yang melalui kawasan tersebut.pembiasan cahaya dari lampu ke tanah juga harus dikurangkan untuk mengelakkan banyak cahaya terpantul dari tanah ke langit dan menghasilkan PENCEMARAN CAHAYA.

ini semua adalah fakta baru yang saya belum tahu sebelum ini dan semuanya diperincikan dengan baik di dalam novel ini dengan fakta kukuh dan bersandarkan kajian mendalam. saya seperti merasakan bahawa penulis novel ini adalah ahli astronomi.

dari novel ini saya juga baru mengetahui bahawa kelip-kelip menghasilkan cahaya sendiri menggunakan reaksi kimia yang berlaku di dalam badan. cahaya itu pula didatangkan tanpa haba sedikit pun. dan pabila ia berkelip dalam satu kawanan, cahayanya akan berkelip secara serentak seperti mengikut irama tertentu. sungguh hebat ciptaan Allah dan sehingga kini ia kekal menjadi rahsia agung Yang Maha Pencipta.

konflik pastinya menghiasi novel ini. tanpa konflik yang hebat pastinya membaca buku seperti tiada perenggan dan titik. novel ini didatangkan dengan konflik yang sangat terkesan. pasti ada yang tidak menyenangi usaha perjuangan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufiq. mereka ini ibarat menidakkan kekuasaan tuhan semata-mata berpegang kepada ‘matlamat menghalalkan cara’

saya sukakan buku ini dan sila jangan memandang rendah buku ini hanya tulisan saya yang tidak seberapa. buku ini jauh lebih baik dan indah seperti yang saya kabarkan. anda harus memiliki buku ini. ia tidak berat dan mudah difahami. sesuai untuk bacaan pelajar sekolah menengah dan ke atas. eloklah membaca sesuatu yang menambah pengetahuan daripada novel-novel membuai mimpi yang akhirnya hanya jauh daripada kenyataan
sekian.

Sunday, November 27, 2011

TAHUN BARU

 

Salam Maal Hijrah 1433H

selamat tahun baru saya ucapkan kepada segenap penganut Islam di seluruh dunia

hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun

masa sentiasa bergerak dan beranjak tanpa memikirkan betapa banyaknya sekalian manusia yang telah menjalani masa itu dengan sangat sia-sia dan membazir belaka

betapa banyaknya juga manusia yang berasa gembira dengan segala kesenangan dan kenikmatan dunia yang sedang diterima seiring masa tetapi tiada sedar bahawa banyaknya kerugian yang telah tertumpuk di pundak sepanjang kegembiraan itu sedang berlangsung

jadi, berikutan tahun baru yang sedang menjelang. marilah kita sama-sama bermuhasabah diri.

membetulkan segala yang silap dan menambah segala yang kurang

kerana terlalu banyak lagi masa yang telah Allah peruntukkan

selagi helaan nafas masih menyusur masuk dan keluar dari organ badan

Saturday, November 26, 2011

SELESAI TEMUDUGA

Assalammualaikum

Alhamdulillah selesai sudah semuanya. Saya pun sudah selamat sampai ke kampung. Akhirnya episod di temuduga selama 3 kali dalam 2 hari berakhir dan semuanya seperti biasa dan baik-baik sahaja

hari ini pengalaman sedikit berbeza kerana temuduga diadakan secara beramai-ramai. 4 calon ditemuduga oleh seorang penemuduga.

Apa yang menarik pada hari ini adalah kebolehan si penemuduga mengawal temuduga dengan cara yang sangat baik. Bijak memberi maklum balas atas jawapan yang diberikan oleh calon walaupun kadangkala jawapan yang diberikan tidak menjawab langsung soalan yang diberi.

si penemuduga juga sangat berkebolehan untuk tidak membuatkan calon rasa terperangkap dengan soalan yang diberi walaupun saya fikir jawapan yang diberi calon sudah memerangkap diri sendiri. Sindiran juga diberikan dengan cara yang amat positif sehingga membuatkan para calon rasa ia adalah sebuah nasihat dan panduan yang sangat berguna

akhir kalam, semoga ada temuduga yang saya hadiri tersangkut akhirnya pada saya. Tidak mahu berharap dengan berlebihan kerana tidak mahu kecewa di kemudian hari
Published with Blogger-droid v2.0.1

REVIU NOVEL: LAYANG-LAYANG BERTALI KACA


images

kawan-kawan sekalian, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan kudrat yang diberikan dapat juga saya menghabisi novel yang pada saya agak tebal ini. selalunya, ketebalan sesuatu novel akan mempengaruhi mood pembacaan saya kerana saya akan sentiasa mengeluh bilalah sesuatu novel itu hendak sampai penghujung

tapi tidak pada buah tangan Norhayati Berahim (NB) ini, setiap muka surat dan bab yang diselak akan saya nikmati sebaik mungkin kerana setiapnya pasti ada penceritaan dan ilmu yang boleh saya dapati.

alhamdulillah saya dapat menamatkan novel ini dalam semalaman saja. berdasarkan pengamatan saya, novel NB adalah novel cinta yang mendidik, tidak membawa pembacanya membuai perasaan dan berangan-angan kosong seperti novel-novel cinta yang lain.

semua watak di dalam novel ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri seperti layaknya seorang yang bergelar manusia. tidak seperti novel-novel cinta yang lain, wataknya sentiasa sempurna dan tiada cacat cela.

secara ringkasnya, novel ini membawa pembaca menyelami hidup seorang Manja atau nama sebenarnya Maneesa, anak kepada seorang hartawan terkenal, Tengku Shariman. Manja adalah anak yang dikurung dalam sangkar emas. tidak dibenarkan bergaul dengan rakan-rakan lain. tidak mudah lepas bermain di padang dan dijaga dengan penuh protokol oleh Tengku Shariman

Tengku Shariman tidak pernah menunjukkan kasih sayang seorang bapa kepada Manja tetapi terlampau menjaganya dengan segala undang-undang dan protokol yang terlalu menyekat kebebasan.

ditambah pula dengan ketiadaan seorang ibu yang dapat ditumpang kasih membuatkan Manja hidup dalam serba kekurangan di sebalik segala kekayaan.

kemudian, ketika usia sedang menginjak, akhirnya Manja dapat membebaskan dirinya dari cengkaman emas Tengku Shariman kerana menyambung pelajaran di London.

di sanalah, Manja menemui erti kehidupan yang sebenar. berjumpa dengan sahabat sejati, merasai pahit manis percintaan dan yang paling penting Manja telah menemui cinta Sejati yang dapat membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Manja telah dikurniakan hidayah Allah di negara yang maksiatnya bermaharajalela.

banyak lagi penceritaan selepas Manja pulang semula ke tanah air. pada saya, tidak perlulah saya menceritakan keseluruhannya di sini. anda harus mendapatkan novel ini jika anda ingin tahu jalan cerita yang seterusnya. begitu banyak peristiwa yang terjadi dan banyak juga kebetulan yang tiada disangka-sangka

NB memang bijak bermain dengan watak sehingga semua watak yang terlibat di dalam novel ini akhirnya bergabung membentuk satu pengakhiran yang pada saya amat gembira. (saya benci novel sad-ending)
banyak juga ilmu yang dapat ditimba melalui novel ini. setiap perkara yang  diketengahkan dalam cerita pasti akan ada penerangannya baik dalam bentuk dialog atau sekadar kenyataan.

sebagai contoh, apabila Manja mengambil keputusan untuk menuntut dalam jurusan Krimonologi, akan ada sedikit penerangan mengenai jurusan ini dalam bentuk dialog. pada saya tidak rugi membaca novcl ini kerana selain dapat memahami asam garam kehidupan dapat juga mempelajari sesuatu yang baru.

jadi apa tunggu lagi, cepat dapatkan buku ini di pasaran..kerana anda pastinya tidak akan kecewa. bersamalah merasai kegembiraan menguliti buku ini bersama saya.













REVIU NOVEL: SYAHADAT CINTA

syahadat cinta

Syahadat cinta. sebenarnya sebelum saya membaca novel ini saya bersikap sedikit pesimis terhadap pengisian yang akan diutarakan oleh novel ini.sungguhpun saya belum membuka pun halaman pertama novel ini tetapi saya telah menjangkakan bahawa novel ini cuba untuk meniru karya mantap Habiburrahman el Shirazy (Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih).


Namun tanggapan yang saya lakukan itu amatlah salah dan saya kemudian berasa sedikit bersalah atas tanggapan serong yang telah dibuat. MasyaAllah,sesungguhnya novel ini amatlah mantap dan bermanfaat.terutama bagi insan yang sedang berjinak2 untuk mengenali Islam dengan lebih dekat. juga berguna untuk setiap remaja muslim yang sekarang ini dihidangkan dengan pelbagai hiburan berunsur hedonisme yang ternyata melalaikan.


Novel karya Taufiqurrahman Al-Aziziy ini adalah berbentuk trilogi dan Syahadat Cinta adalah novel yang pertama di dalam koleksi trilogi tersebut.
Novel ini secara asasnya menceritakan berkenaan seorang pemuda, Iqbal Maulana yang mencari cahaya Islam selepas menyesal di atas perbuatan maksiat dan munkar yang telah dilakukannya selama ini. keinsafannya itu bertitik tolak daripada rasa bersalahnya terhadap ibu yang telah diderhakai secara tidak sengaja. kemudian, untuk mencari cahaya baru untuk hidupnya itu, Iqbal telah mengambil keputusan untuk menuntut di sekolah pondok bernama Sekolah Pondok Tegal Jadin di Daerah Solo.


Di sekolah pondok itulah bermula episod hidupnya yang tidak pernah gentar dan lemah semangat dalam menuntut ilmu. pelbagai kisah menarik dan menyentuh hati dibincangkan di dalam novel ini sehingga saya tidak mampu untuk menulis kesemuanya. terpulang kepada anda untuk memiliki novel ini jika anda merasakan ia perlu untuk pengisian hati nurani anda, perdebatan berkenaan islam, perbezaan pendapat, ketidak sefahaman menjadi warna dalam novel ini. Surah-surah al-quran, hadith2 nabi, ijmak ulamak dan sedikit ijtihad pula telah menjadi corak kepada warna-warna yang disediakan.semuanya amat berilmiah dan secara tidak langsung pengetahuan tentang agama islam bertambah dan meningkat sebaik habis membaca novel ini


sesungguhnya anda tidak akan menyesal membeli novel ini. saya jamin. penggunaan bahasa yang indah dan gaya bahasa yang telus dan mudah akan memastikan anda untuk menghabiskan keseluruhan novel itu dalam masa sehari

Friday, November 25, 2011

TEMUDUGA

Assalammualaikum

Alhamdulillah, ujian besar pada hari ini berakhir sudah. Dua ujian semuanya. Ia adalah buat kali keempat untuk tahun ini dan semuanya berakhir dengan baik-baik sahaja

yang pertama untuk hari ini tidak selayaknya dipanggil temuduga. Kerana saya seakan-akan berbual sahaja dengan penemuduga tersebut yang juga memegang jawatan sebagai timbalan pengurus besar. Elok pula beliau menceritakan kisah kilang baru yang bakal dibina dan memerlukan tenaga insan yang bagus untuk menguruskannya. Semoga saya tersenarai diantara tenaga insan tersebut

yang kedua pula sangat tidak seperti yang saya jangkakan. Ia amat berbeza kerana bila kali pertama saya melangkah masuk ke lobi pejabat saya perlu menjawab soalan esei yang agak panjang dan banyak bilangannya. 45 minit diberikan dan saya hentam semuanya kerana sudah ingat-ingat lupa pengetahuan yang telah dikutip sepanjang pengajian. Sumpah jika saya tahu ada ujian seperti ini akan saya belajar bersungguh-sungguh.

Saya sukakan sesi temuduga ini kerana saya telah diberikan nasihat yang banyak dan berguna semuanya. Temuduga yang pada mulanya sangat serius dan dalam bahasa inggeris yang bombastik dan tegang bertukar menjadi situasi bahasa melayu yang ringan dan gembira. Sampai ucapan 'akak rasa' pun boleh terkeluar dari mulut si penemuduga.

Semoga ada diantara temuduga ini membuahkan rezeki pada saya. Insyaallah. Saya sedang dalam usaha untuk.menghadiri temuduga sebanyaknya untuk meningkatkan tahap komunikasi dan juga keyakinan diri.

Esok satu lagi ujian dan saya mahu ia cepat berakhir. Janganlah banjir ketika pulang esok. Amiin
Published with Blogger-droid v2.0.1

REVIU NOVEL: BUKAN YANG PERTAMA

ketika ini, saya sedang asyik menguliti sebuah novel (seperti tertera di atas) berjudul bukan yang pertama karya Salina Ibrahim.ia bersifat islamik dan mudah difahami.namun saya agak terkesirin dengan bahasa yang digunakan penulis sangat berbunga-bunga dan mengasyikkan sehingga kadang-kadang membuat saya sedikit jemu.


namun itu adalah tanggapan saya.pasti berbeza dengan orang lain.namun saya akui jalan penceritaan yang amat baik dan menepati norma-norma masyarakat yang hidup di zaman sekarang.konsep pelancongan desa dan takdir seorang gadis bernama Yasmin Zulaikha yang tidak mendapat kerja di ibu kota diadun dengan baik oleh penulis sehinggakan Yasmin Zulaikha dilihat sebagai role model kepada anak-anak muda di kampung.


dugaan dan cabaran yang dilalui oleh Yasmin Zulaikha yang telah menjejaki langkah sebagai seorang usahawan muda dibuat dengan agak perlahan tetapi teliti.membuatkan pembaca merasai bersama keperitan dan kesusahan yang dilalui oleh Yasmin Zulaikha.agak mengujakan walaupun saya belum menghabiskan novel ini hingga halaman yang terakhir.
kesuluruhannya, novel ini sedikit sebanyak membantu manusia dalam menjalani penghidupan.langit pasti tidak selalu cerah dan malam tidak selalu ada berbintang.terpulang kepada manusia sendiri untuk menukarkan suatu masalah itu menjadi peluang yang menjanjikan

REVIU NOVEL: MENUNGGU CINTA TUHAN

Ini adalah novel kedua yang telah membuatkan saya mengorbankan waktu tidur malam untuk menghabiskan semua halaman semata-mata untuk mengetahui apa yang terjadi bab terakhir. mata dan minda saya tertancap di novel ini dari malam sehingga menjelang subuh!!! anda tidak percaya??saya pun tidak percaya. namun itulah hakikatnya. novel pertama yang pernah membuatkan saya menjadi seperti ini adalah Harry Potter and Half Blood Prince.


Novel ini mempunyai penceritaan yang luar biasa dan amat unik. saya belum pernah membaca karya seperti ini. menceritakan bagaimana seorang graduan jurusan Syariah melayar bahtera ilmunya di lautan kewartawanan hiburan yang amat bertentangan dengan ijazah yang dimiliki. terlalu berani untuk menghadapi cabaran tetapi terlalu takut dengan Bos yang ganas seperti harimau gila. namun dengan ketakutan dan keberanian yang dimiliki membuahkan fikiran yang baik untuk ruangan hiburan yang dikendalikannya. bijak menukar wacana hiburan yang selalunya bersifat fitnah kepada suatu yang boleh dijadikan teladan dan sempadan. saya pastinya tabik spring pada wartawan ini sekiranya beliau hidup di dunia nyata.


saya juga kagum dengan cara penulis (Lily Haslina Nasir) yang bijak meletakkan konsep sihir dan kepercayaan karut marut yang masih lagi dipegang oleh masayarakat tempatan walaupun hidup di arus pemodenan. penceritaan bagaimana balasan seorang yang banyak melakukan maksiat dunia juga disisipkan dengan baik dan boleh memberi pengajaran yang berkesan kepada pembaca.


saya tidak mahu mengulas banyak kerana saya pun tidak bijak mengulas. namun saya cadangkan kepada anda agar memiliki novel ini. ia bukan novel cinta Islami biasa yang semakin memenuhi pasaran sekarang. ia adalah novel yang membuka akal fikiran bahawa siapa pun kita di dunia ini, kaya atau miskin, senang atau susah, baik atau jahat, pasti menerima balasan baik dan buruk dari yang maha esa. maka segala persiapan harus dilakukan dengan sewajarnya. jangan sudah terhantuk baru terngadah sepertimana yang berlaku di akhir novel ini.

REVIU NOVEL: CINTA SUFI

Assalammualaikum

sudah lama rasanya tidak menulis sebarang ulasan buku di dalam blog ter’chenta’ ini. Lantaran sedar diri ini bukanlah pandai sangat pun menulis dan tiada ramai orang pun yang ingin membaca penulisan ini (akhirnya kau sedar Syamil. good for you).

Tapi walaubagaimanapun, saya tetap ingin berkongsi juga serba sedikit berkenaan novel yang telah saya habisi baru-baru ini. Mungkin anda yang membaca kiriman ini tidak pun merasakan ia adalah sebuah ulasan buku. Tapi lebih kepada pandangan dan pendapat saya berkenaan buku ini (apa yang aku ngomel berbelit-belit ni)

Oklah.back to the story. Saya memang gemar mengikuti novel sekuel yang berjaya menarik minat saya sedari novel yang pertama. Seperti novel Harry Potter, apabila Harry Potter and the Sorcerer’s Stone berjaya membuatkan saya tidak tidur hingga subuh untuk menghabiskannya, maka secara automatis saya akan berusaha untuk membaca novel sambungannya iaitu Harry Potter and the Chamber of Secret.

Arakian, perakara yang sama terjadi untuk Novel Cinta Sufi. Kepada mereka yang tidak biasa dengan buah tangan Ramlee Awang Murshid. Biarlah saya terangkan serba sedikit di sini :
  • Novel Cinta Sufi adalah novel keempat untuk sekual Bagaikan Puteri
  • Novel yang pertama untuk sekuel ini adalah Bagaikan Puteri diikuti dengan Cinta Sang Ratu dan seterusnya Hijab Sang Pencipta
  • Kesemuanya dijual dengan harga berpatutan
  • Mudah didapati di Popular, tidak di MPH
  • Ceritanya bersifat adventur, islamik, penuh dengan magis, perlukan imaginasi yang tinggi dan keimanan yang teguh kepada rukun Iman yang ke 6
Saya kira novel yang keempat ini lebih realistik daripada novel-novel yang terdahulu. Mengisahkan Laksamana Sunan@Saifudin yang telah kembali semula ke zaman asalnya selepas mengembara merentas masa ke abad 21. Berikutan daripada pengembaraan mustahil yang diizinkan Allah Taala itu, maka Saifudin telah menerima kesan sampingan yang amat menderitakan kudratnya. Sebahagian kudratnya sebagai seorang pahlawan yang ampuh melawan kejahatan telah hilang dan menjadikan beliau lemah untuk menghadapi pelbagai perkara.

Penceritaan ini diteruskan pula dengan pelayaran bersejarah seorang balu bangawan portugal iaitu Yang Mulia Catalina ke Melaka untuk mencari seorang wanita bernama Maryam yang kerap menghiasi mimpinya. Mimpi bertemu Maryam itu berlaku sejurus selepas Catalina pengsan apabila diberitakan kematian suami tercinta, Aryas de Lopo di medan peperangan.

Oleh kerana terlalu kecewa, Catalina mengambil keputusan melakukan perjalanan panjang menuju Nusantara untuk menjejak Maryam yang menjanjikan sebuah kehidupan yang lebih baik dan bersih dari belenggu kekafiran. Penceritaan diteruskan dengan Catalina berjumpa dengan Saifudin dan membawa pula kepada perjalanan ke Hulu Melaka untuk berjumpa Maryam. Dibantu oleh Saifudin.

Pelbagai cabaran, rintangan, onak, dan kejahatan terpaksa dirempuh oleh mereka sepanjang perjalanan ke Hulu Melaka. Antaranya kejahatan Iblis Laknatullah yang terdiri daripada roh manusia yang derhaka pada Sultan, sihir Puteri Kober Gandring dan juga yang paling sukar adalah kedurjanaan Thaghut. Semuanya dirempuh oleh Saifuddin dengan sifat berserah diri pada Allah dan cintakan Syahid.

Banyak juga babak menarik yang amat saya gemari di dalam novel ini, antaranya :
  • Kemunculan Bangsa Polip (makhluk berupa manusia tetapi mampu terbang selaju angin)~membantu menyembuhkan penderitaan Saifudin.
  • Kehadiran Puteri Gunung Ledang membantu Saifudin memberikan arah (turut membantu mencari Keris Nanggroe kepunyaan Saifudin)
  • Kemunculan semula Laksmana Hang Tuah dan dua ekor naga peliharaannya (pemberian Maharaja China)
Saya ada juga mengatakan novel ini lebih realistik berbanding novel sebelumnya kerana kelemahan Saifudin sebagai seorang manusia biasa dipaparkan dengan baik. Sebelum ini, sifat dan kekuatan Saifudin digambarkan sebagai terlalu sempurna bak malaikat. Mungkin penulis menerima banyak komen dari pembaca berkenaan perkara tersebut.

Sesungguhnya, terlalu banyak pengajaran yang boleh didapati melalui novel ini. Banyak ayat-ayat suci Al-Quran berjaya dinukilkan dengan baik untuk meningkatkan pemahaman pembaca. Unsur dakwah yang diselitkan juga amat manis dan menggambarkan Islam bukanlah agama paksaan dan jauh sekali untuk bersifat teroris. Sifat Saifudin yang sentiasa bertimbang rasa dalam melakukan apa sahaja amat saya kagumi tanpa mengenepikan syariat Islam yang kekal dipegang utuh.

Saya pasti ramai yang telah terpikat dengan novel ini. Anda yang belum berkesempatan juga diharapkan dapat mendapatkannya kerana anda tidak akan sesekali rugi (sekali lagi saya rasa boleh bekerja di bahagian promosi Alaf 21). Setakat ini sahaja resensi saya (saya rasa ini langsung tidak boleh dikatakan sebagai resensi).

Sebagai manusia aku sayang padamu
~Laksamana Sunan~














REVIU NOVEL: MIKHAIL

sebelum ini saya agak kecewa dengan Ramlee Awang Murshid dengan buah tangannya UNGU KARMILA yang saya anggap sebuah novel yang ditulis sekadar untuk menepati dateline yang telah ditetapkan. tetapi selepas selesai menguliti novel MIKHAIL ini tanggapan saya serta merta berubah seterusnya amat mengkagumi penulisan seorang wartawan ini yang saya anggap amat menakjubkan dan di luar jangkaan.


MIKHAIL adalah sebuah novel THRILLER karaya Ramlee Awang Murshid yang terbaru selepas UNGU KARMILA dan trilogi BAGAIKAN PUTERI. ia mengisahkan tentang kehidupan seorang pembunuh bersiri yang bernama Mikhail yang beranggapan berhak membunuh sesiapa sahaja yang bersangkutan dengan kematian keluarganya beberapa tahun yang lampau. pada permulaan plot saya percaya bahawa novel ini akan berkisar berkaitan seorang pemuda yang mempunyai dendam kesumat yang melampau dan akan membunuh setiap hari demi melunaskan tuntutan hawa nafsunya yang tidak lagi termampu untuk di tahan.

Tetapi


TERNYATA KEPERCAYAAN SAYA ITU AMATLAH TIDAK BERASAS SAMA SEKALI


novel ini amat di luar jangkaan fikiran saya.Ramlee bijak bermain dengan gaya penulisannya untuk memastikan pembaca berfikir secara kriktikal selari dengan pembacaan yang dilakukan. Mikhail ternyata bukanlah sekadar pembunuh bersiri profesional tetapi individu kelahiran seorang insan bermasalah yang diculik dan dilatih dengan segala kemahiran peperangan dan taktikal untuk kepentingan sebuah kumpulan yang ingin mengusai DUNIA!!!.


Mikhail ternyata bukan seorang tetapi ada berpuluh orang yang diberi kod persendirian seperti Mikhail 155, Mikhail 496 dan lain-lain. setiap seorang Mikhail ini telah di BrainWash oleh kumpulan tersebut untuk melupakan kisah zaman lampau mereka dan memasukkan fakta lain di memori mereka dengan kisah dendam kesumat yang tidak mudah terpadam. dengan memori yang telah tersemat kemas dalam minda tersebut mereka akan bertindak membunuh sesiapa sahaja yang berkaitan dengan memori dendam itu


sebagai contoh, Mikhail 155 telah dimasukkan fakta di dalam pemikirannya bahawa keluarganya telah dibunuh dengan kejam atas pengkhianatan dalam perniagaan.dan Mikhail ini akan bertindak membunuh mereka yang telah melakukan pembunuhan terhadap keluarganya tanpa mengetahui bahawa dia sekadar dijadikan alat untuk memenuhi kepentingan kumpulan berkepala besar itu.


akhirnya, muslihat kumpulan itu telah terbongkar apabila salah seorang daripada Mikhail telah tersedar asal-usulnya selepas mengalami satu penyakit paranormal yang sukar dijelaskan. dia juga telah mengalami suatu perasaan yang sepatutnya tidak akan ada pada setiap Milkhail iaitu sifat BELAS KASIHAN, SAYANG DAN CINTA.


mungkin agak sukar untuk anda pembaca sekalian memahami apa yang saya ulaskan berkenaan Novel unik ini dan jalan penyelesaiannya mudah.anda perlu membaca novel ini!!! anda akan terbaring dan berasa berdebar-debar untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku.anda pastinya tidak akan dapat menjangka sebarang pengakhiran atau kesimpulan cerita seperti yang dapat dilakukan oleh sesetengah novel Thriller PISCISAN.


saya merasakan bahawa novel terbaru ini telah berjaya mengalahkan trilogi BAGAIKAN PUTERI jika didasarkan kepada konsep jalan cerita, gaya penulisan dan kekompleksan cerita.tetapi trilogi BAGAIKAN PUTERI tetap ada keistimewaannya yang tersendiri.
seperti novel-novel Ramlee yang lain, novel ini turut dilampirkan dengan kepercayaan agama yang tulus, kasih sayang, kekeluargaan dan CINTA.kerana cinta sahaja yang boleh memusnahkan kejahatan!!!.latar tempat juga amat menarik iaitu di sekitar New Zealand dan Malaysia majoritinya.karakter yang terlibat juga adalah pelbagai seperti golongan korporat, barisan pertahanan negara seperti polis khususnya dan juga gologan kebanyakan di Malaysia.


apa yang paling saya kagumkan adalah pengetahuan Ramlee terhadap kecanggihan senjata, alat multimedia dan kemahiran perisikan amat tinggi dan diselitkan dalam karyanya dengan penuh dramatik dan bersahaja. selain dapat berhibur sambil membaca anda juga dapat meluaskan pengetahuan am dengan membaca karya hebat ini.


ahkiran, saya jangkakan novel seperti inilah yang perlu dijadikan bahan bacaan terbaik rakyat Malaysia yang gemarkan novel sebagai bahan bacaan utama.saya amat berharap dapat melihat novel ini difilemkan dengan kecanggihan teknologi luar negara supaya nampak lebih berjaya.bukannya sesetengah filem yang saya rasakan amatlah piscisan kerana mempamerkan gejala sosial yang semakin membarah dalam negara ini.akibatnya bukan semakin mengurangkan statistik kemaksiatan tetapi lagi meningkatkan pula selari dengan sifat generasi remaja masa kini yang gemar meniru apa yang mereka perhatikan.
Sekian.


BELILAH NOVEL INI.


AMAT BERMAKNA....

REVIU NOVEL: SIRI DETEKTIF INDIGO. IKAN FUGU, LUKISAN DAN JIMSON

images (1)

selepas berjaya mendapatkan naskhah pertama Detektif Indigo di perpustakaan universiti, saya langsung tidak teragak2 untuk mendapatkan siri kedua kesinambungan detektif Indigo ini.menceritakan keupayaan luar biasa yang dimiliki oleh remaja terpilih di pelusuk dunia membaca siri kali ini membuatkan saya seperti ingin jadi seperti mereka!!


episod kali ini ternyata lebih mencabar apabila detektif indigo yang terlibat perlu menyelesaikan kes melibatkan pembunuhan dan nama baik Islam di mata barat. Cheng-Cung, Faruq, Ruzbihan dan Isamu bersatu tenaga memperalat teknologi semasa menyelesaikan kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki yang bukan lelaki. anak kepada seorang orang kenamaan Iran telah terbunuh angkara seorang manusia yang bertopengkan iblis dan hati penuh dengan hasad dengki dan iri hati. mereka ber4 perlu menyelesaikannya tanpa pengetahuan pihak barat yang sentiasa ingin mendapatkan berita sumbang bagi memburukkan nama Malaysia


Mihirmah Maryam, gadis yang berupaya berkomunikasi melalui telepati dan mempunyai naluri firasat yang tinggi harus berkaloborasi dengan senior Indigo yang lebih berpengalaman iaitu Raja Ihya dan Basem. satu tujuan! mencari lukisan berharga milik muzium barat yang hilang semasa pameran kesenian Islam dan Barat di Kaherah.mereka hanya memiliki 12 jam untuk menyelesaikan semuanya sebelum nama Islam menjadi tercemar dan di label sebagai negara penuh dengan pengganas


Rabiah Zaitun memiliki misi tersendiri apabila berjaya menyelamatkan seorang hartawan warga emas yang sering didera oleh pembantunya yang gila harta.Teh Jimson merungkai segala-galanya.Keupayaan Rabiah yang diluar jangkaan manusia biasa membuatkan kes yang sepatutnya diselesaikan seperti biasa menjadi amat luar biasa dan kompleks
akhirnya semua persoalan terjawab kerana mereka BERJAYA...


anda perlu memiliki novel ini untuk menjadi seorang remaja yang sentiasa berfikir....dan berpemikiran

REVIU NOVEL: BAHLUT



Alhamdulillah, saya berjaya menamatkan pembacaan novel baru buat tangan Faisal Tehrani ini dalam jangkamasa yang singkat. novel ini hanya memerlukan masa selama 1 hari untuk saya habisi.

bukan mendabik dada memberitahu sekalian alam bahawa saya seorang ‘speed reader’ tetapi ia belaku kerana karya Faisal Tehrani tidak pernah menghadiahkan perasaan kecewa pada saya walaupun sekelumit.
melihatkan kepada tajuknya sahaja, saya sangkakan bahawa laras bahasa yang digunakan untuk novel kali ini mungkin agak berat seperti Bedar Sukma Bisu dan novel-novel FT yang lain. jadi saya telah menyediakan satu tumpuan yang agak ‘keras’ untuk meladeni novel ini.

TERNYATA JANGKAAN SAYA MELESET !!!

novel ini seperti Tunggu Teduh Dulu, menggunakan bahasa yang mudah difahami, jalan cerita yang mendebarkan ditambah dengan unsur-unsur sinis memang sentiasa menarik perhatian saya untuk menyelak ke halaman seterusnya.

Bahlut mengisahkan seorang pemuda dari suku kaum asli Semai yang kehilangan ibu dan bapanya secara tiba-tiba. tiada ketahuan samada mereka hilang ketika mencari hasil hutan, dibaham bintanang buas ataupun diculik.

kehilangan ibu bapa (Embun dan Tiji) dalam keadaan Bahlut yang sedang menginjak remaja membuatkan dia kehilangan arah tujuan dan tidak mahu kembali ke sekolah kerana sibuk mencari kedua ibu bapa yang hilang tanpa punca.

mujurlah ada yang sentiasa mengasihani, Cikgu Zaiful (guru di perkampungan Asli)  yang menyedari potensi Bahlut sebagai seorang yang akan dapat mengangkat martabat masyarakat pribumi Malaysia ini pada masa hadapan, telah mengambil keputusan membawa Bahlut ke ibu kota untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik.

perjalanan cerita yang sebenar bermula apabila Bahlut berhijrah ke ibu kota. pada saya, FT berjaya membawa beberapa babak penting dan mendebarkan di dalam novel ini dalam keadaan yang amat cepat dan sangat teratur. antara plot yang bergerak selepas Bahlut berhijrah ke ibu kota adalah seperti berikut :
  1. Bahlut diterima masuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil kerana bakatnya dalam bidang larian yang luar biasa.
  2. aktiviti pembalakan haram di kampung halaman Bahlut semakin berleluasa melibatkan orang atasan dalam kerajaan dan pemimpin kampung
  3. pembalak haram memaksa masyarakat Asli untuk berpindah dari kawasan mereka dengan cara yang kurang dapat dikesan (mencemar sumber air penduduk dengan racun)
  4. Cikgu Zaiful beserta rakannya, Cikgu Zalman bersetuju untuk menyiasat duduk perkara yang berlaku di kampung tersebut. Kabut, rakan perempuan Bahlut turut menyertai penyiasatan ini
  5. Embun, ibu Bahlut sebenarnya belum mati tetapi ditangkap oleh pembalak haram kerana gentar operasi haram mereka terbongkar kerana Embun telah menjadi saksi kerja hitam mereka
  6. Bahlut semakin berjaya dalam bidang sukan yang diceburi dan dilantik sebagai duta produk sukan.
  7. Cikgu Zalman terkorban dalam kemalangan semasa melarikan diri daripada pembalak haram semasa menjalankan penyiasatan. Kabut dan Cikgu Zaiful cedera parah.
  8. Embun yang ketika itu sedang melarikan diri dari kurungan pembalak haram juga terlibat dalam kemalangan tersebut tetapi tidak tercedera. terus melarikan diri ke dalam hutan
  9. usaha untuk melaporkan operasi haram tersebut kepada pihak Polis terpadam apabila operasi tersebut di dalangi jua oleh orang atasan kerajaan
itulah saya katakan sebentar tadi, memang terlalu banyak untuk diceritakan dalam satu novel. tetapi plot yang sistematik dan mudah difahami membuatkan pembaca tidak terkesan akan perkara tersebut.

sesungguhnya, novel ini benar-benar mengangkat profesion perguruan di mana melihatkan pengorbanan seorang guru untuk memastikan pelajarnya tidak terlepas dari peluang pendidikan sebagai bekalan masa hadapan.

selain itu banyak juga unsur-unsur sinis dimuatkan di dalam novel ini dimana rasuah bermaharajalela di mana-mana, sifat pihak berkuasa yang hanya memandang rendah sesuatu perkara kerana ia dilaporkan oleh mereka yang tidak bernama serta taraf kuasa seseorang itu boleh membuatkan suaranya didengar oleh orang ramai dan pihak terbabit.

di sini lah Bahlut menggunakan kuasa selebriti sukan yang dmilikinya untuk mendapatkan kembali kampung halaman yang tergadai dek kerakusan kuasa yang tiada bertimbang rasa.
bagaimana Bahlut melakukannya???
jawapannya…
.
.
.
anda patut memiliki novel ini!!!!
di sini saya lampirkan serba sedikit ilmu-ilmu yang boleh didapati di dalam novel ini :
  • bahasa yang digunakan masyarakat Semai ini seperti eng, hek, belantik, amei, abek dan banyak lagi (maksud boleh didapati pada ruang glosari)
  • rahsia-rahsia juara pecut Malaysia dalam memantapkan larian mereka
  • demografi masyarakat Asli di Malaysia
  • keindahan negara-negara luar sepeti Turki
pada saya novel yang baik adalah novel yang dapat memberikan ilmu kepada pembaca.




















Thursday, November 24, 2011

REVIU NOVEL: ENRIQUE MENGUNDANG JAUH

Enrique Mengundang Jauh

sudah lama saya tidak membuat ulasan buku. kali terakhir mungkin ulasan novel Mikhail yang dibuat pada bulan lepas. untuk novel ini saya cuba untuk membuat sedikit ulasan kerana saya melihat novel ini bukanlah sekadar novel sejarah biasa tetapi ia adalah sebuah masterpiece yang wajib dimiliki oleh segenap manusia yang menyangkakan diri mereka adalah pejuang anak bangsa yang merdeka.

saya mulanya tidak berapa percaya bulat2 dengan apa yang disampaikan oleh sang penulis tetapi dengan pengukuhan jalan cerita, percantuman cerita-cerita dahulu dengan peninggalan manuskrip lama yang masih tinggal membuatkan saya berfikir sejenak >> manusia pertama yang berjaya membuktikan bumi ini adalah bulat bukannya Ferdinand Magellan yang disebutkan dalan sejarah tetapi pembantunya yang bernama Ariberto@Enrique@PANGLIMA AWANG yang berasal dari MELAKA!!!!.


bukan mudah untuk sesetangah pihak untuk terus mempercayai fakta sejarah hebat ini. namun sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan bangsanya, saya percaya dengan fakta ini.sepenuh hati. novel ini menerangkan bagaimana Ferdinand Magellan telah mengambil seorang rakyat Melaka bernama Panglima Awang untuk dijadikan hambanya di kapal dan setelah melihat betapa hebatnya individu tersebut beliau telah mengiktiraf Panglima Awang sebagai rakan sepelayaran. namanya diubah menjadi Ariberto untuk memudahkan segala perkara.

Ferdinand meneruskan pelayarannya mengelilingi dunia bersama Ariberto tetapi sayangnya beliau telah mati akibat peperangan kecil yang berlaku di Pulau Cebu, Filipina. maka Ariberto yang meneruskan pelayaran tersebut sehingga kembali ke Sepanyol.sayangnya Raja Henry tidak mengiktiraf Ariberto sebagai manusia pertama yang mengelilingi dunia tetapi tetap mengangkat Ferdinand sebagai wira.


walaupun kisah sejarah di atas diletakkan sebagai lampiran sahaja di dalam novel ini tetapi perjuangan beberapa individu seperti Mazil, Lester Roylizam dan Mei Hwa yang bertungkus lumus menyelesaikan dan menyambung pertalian sejarah ini amat lah saya kagumi. mereka sanggup mendarat di mana-mana negara yang pernah dilawati oleh Enrique semata-mata untuk mencari yang hak dan meleraikan yang batil. Akhirnya segala usaha mereka berbaloi apabila dijumpakan dengan seorang yang memegang manuskrip asal pelayaran enrique...
akhirnya, saya percaya jika novel ini diterbitkan semasa zaman penjajahan barat di Tanah Melayu ia bisa membangkitkan semangat nasiona mempertahankan negara. namun, dewasa ini novel ini mungkin hanya diletak sebagai bahan bacaan tambahan....

Monday, November 21, 2011

LAPORAN BACA BUKU 2011

Assalammualaikum

semoga sahabat-sahabat semua sihat-sihat sentiasa di samping yang tersayang. selamat hari isnin dan kepada yang bekerja, jangan jadikan hari pertama dalam setiap minggu ini untuk mem’biru’ kan isnin anda. itu semua hanya ‘mindset’ yang boleh diubah sesuai dengan capaian produktiviti yang telah anda tetapkan.

(semua nasihat di atas adalah untuk saya juga yang kerap mengalami masalah ini)

apapun, ingin sekali pada hari ini saya berkongsi dengan anda, laporan baca buku saya untuk tahun 2011 sehingga hari ini (21.11.2011). tiada untuk dibanggakan kerana saya telah yakin dan percaya bahawasanya saya tidak akan dapat mencapai matlamat yang telah saya sendiri tetapkan

mungkin ada yang sedia maklum, tahun ini saya menetapkan saya akan membaca 50 buah buku pelbagai genre. fiksyen dan bukan fiksyen juga buku bersifat ilmiah. ternyata buku ilmiah jauh daripada untuk disenaraikan kerana saya tidak akan pernah habis membaca buku rujukan beratus muka surat itu dari kulit ke kulit

anda pernah? sila daftar di University Oxford sekarang

apapun, tetap juga saya berikan anda peluang untuk melihat sedikit sebanyak senarai judul buku yang telah saya sudahkan bacaannya sehingga hari ini. jika anda sudah membaca boleh sama-sama kongsikan kenikmatan dan keseronokan membaca buku tersebut bersama saya.

jika anda seperti ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan buku-buku tersebut supaya nanti tidak berasa rugi mengeluarkan puluhan ringgit dan akhirnya hanya membeli karya piscisan. boleh juga bertanyakan pada saya. Insyaallah saya akan cuba memberikan pendapat terbaik

  1. Rayyan Fantasi – Ramlee Awang Murshid
  2. Lelaki Berkasut Merah – Baharuddin Bekri
  3. Laskar Cinta – Isma AE Mohamad
  4. Impuls/Roh – Sri Rahayu Mohd Yusop
  5. Interlok – Abdullah Hussain
  6. Tiga Kali Seminggu – Faisal Tehrani
  7. Denyut Kasih Medik – Dr Farhan Hadi
  8. Kiswah – Isa Kamari
  9. Maaf Dari Surga – Faisal Tehrani
  10. Anarkis – Khairul Nizam Khairani
  11. Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul – Fatimah Syarha Mohd Noordin
  12. Sutera Bidadari – Ramlee Awang Murshid
  13. Rindu Seorang Rafik – Nisah Haron
  14. Ranah 3 Warna – A.Fuadi
  15. Kimono Ungu Bersulam Bunga – Rabecca Ilham
  16. Girls of Riyadh – Rajaa Alsanea
  17. Daun Pun Berzikir – Taufiqurrahman Al-Aziziy
  18. Kawin-kawin – Azizi Hj Mohd Noor
  19. Padang Bulan – Andrea Hirata
  20. Odisi Tanah Kencana – Sri Rahayu Mohd Yusop
  21. Cinta Dalam Gelas – Andrea Hirata
  22. Sebongkah Batu di Kuala Berang – Faisal Tehrani
  23. Rembulan Tenggelam di Wajahmu – Tere Liye

semoga senarai ini bakal bertambah dari masa ke semasa. tidak sampai 50 buah pun tidak mengapa. asalkan saya dapat menyangkal suatu fakta ketika dahulu yang mengatakan rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku setahun. mengarut.

mungkin selepas ini akan saya teruskan minat saya mengulas buku di laman blog ini. ulasan yang tidak seberapa itu mungkin dapat menarik minat anda untuk membaca buku yang sama. siapa tahu!

Monday, November 14, 2011

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

Assalammualaikum

Akhirnya hari yang sentiasa ditunggu dengan penuh debaran dan titik peluh hasil tungkus lumus hadir jua

saya doakan semoga beliau sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi ujian dunia ini

semoga segala ikhtiar yang telah diusahakan selama ini membuahkan hasil yang cantik dan baik diselangi dengan doa dan tawakal yang tiada putus-putus ke hadrat yang Maha Esa

Kami sekeluarga di kampung halaman sentiasa mendoakan kejayaan kamu dan bonda ayahanda yang kini berada di Tanah Suci Al Haram Mekah al-Mukarramah pastinya mengambil peluang terbaik ini untuk mendoakan kamu sebanyak-banyaknya

Insyaallah, semuanya akan berjalan dan berakhir dengan baik-baik sahaja

all the best for spm

DSCN0164Syufri A Samad

juga kepada semua pejuang SPM tahun ini.

Friday, November 11, 2011

GAMBAR-GAMBAR EKSKLUSIF

Assalammualaikum

salam jumaat sahabat sekalian dan diharapkan jumaat hari ini lebih baik daripada sebelumnya dan jumaat akan datang lebih baik daripada jumaat hari ini.

lebih lagi tarikh hari ini memang cantik sungguh kan 11.11.11. saya yakin dan percaya ramai yang akan menjadikan tarikh hari ini sebagai tarikh keramat seperti hari ijabkabul ataupun majlis pertunangan. insiden suami terlupa tarikh ulangtahun perkahwinan pasti tidak akan terjadi sekiranya tarikh ini dipilih.

berbalik kepada tajuk entri saya hari ini. akan saya hidangkan kepada anda gambar-gambar eksklusif yang pastinya anda tidak akan jumpa di mana-mana tempat di Malaysia. haha.

koleksi gambar kenangan yang akan saya lihat dan renung sampai bila-bila walaupun ia sudah pun berlalu hampir enam bulan yang lepas. koleksi gambar ini juga didedahkan bersempena dengan bulan zulhijjah dan hari raya eid adha yang telah kita sambut bersama minggu lepas

gambar tersebut tidak lain tidak bukan adalah Nostalgia berada di dua Tanah Haram Mekah dan Madinah yang telah saya kunjungi pada awal bukan Julai yang lalu.

gambar-gambar ini belum pernah saya terbitkan di Blog Kau Ilhamku dan hak eksklusif gambar ini hanyalah berada di blog ini. cara mengalahkan retis sungguh kan.

120720111371berlatarbelakangkan Jabal Rahmah

120720111398

120720111399

120720111402

kawasan penempatan sementara jemaah haji yang melakukan ibadah wukuf di Arafah. sentiasa kemas dan tersusun walaupun bukan dalam musim haji

120720111406Jabal Nur dan di sinilah jua terletak Gua Hira’

130720111415

130720111416

130720111417

130720111420

pemandangan rakyat tempatan dan jemaah umrah ketika menuju ke Masjidil Haram

130720111419

130720111428

130720111466

Menara Abraj al Bait (Menara Jam Diraja Mekah)

130720111432

130720111435

dua gambar di atas adalah tempat di mana tapak asal Rumah Abu Abdillah al-Arqam yang telah menjadi tempat bersejarah di mana As-Sabiqun Al-Awwalun (orang-orang yang pertama menganut Islam) melafazkan kalimah syahadah di sini. Subhanallah. di rumah inilah madrasah pertama terbentuk di dalam Islam

130720111436

130720111438

Jabal Abi Qubaisy

ini juga adalah antara tempat bersejarah dalam Islam di mana di sinilah tempat Nabi Ibrahim menyeru umat manusia untuk mengerjakan haji buat kali pertama. sekarang telah menjadi Istana As-Shafa, Istana Raja Kerajaan Arab Saudi yang digunakan untuk memberikan penghormatan dan menyambut tetamu-tetamu negara.

130720111448Tapak Rumah Nabi Muhammad

Subhanallah

Alhamdulillah

Allahuakbar

sesungguhnya peluang untuk mengerjakan Umrah ini tidak akan lupus dalam ingatan saya selagi hayat dikandung badan. telah saya tanamkan azam dan niat untuk berada di sini lagi satu hari nanti. Insyaallah

entri ini akan bersambung dengan gambar-gambar menarik ketika saya berada di Madinah. kepada sahabat-sahabat yang mungkin berminat untuk membaca Travelog Umrah saya yang lepas boleh telusuri senarai link di bawah.

BAHAGIAN 1

BAHAGIAN 2

BAHAGIAN 3

BAHAGIAN 4

SEKIAN.

Wednesday, November 9, 2011

SAYA BLOGGER BARU YANG LAMA

Assalammualaikum

setelah bertungkus lumus selama sehari suntuk menghadap coding HTML dan menerjah blog-bloh tutorial yang semuanya awesome-awesome belaka. maka inilah hasilnya yang mampu saya tunjukkan

tidak hebat mana pun jika dibandingkan dengan blogger lain seperti kamu yang sedang membaca blog saya ini. tetapi saya berpuas hati kerana matlamat saya hanyalah untuk menghasilkan wajah blog yang kemas, bersih, tidak berserabut dan cepat loading.

bagi pihak saya, semuanya tercapai. bagi pihak anda? saya perlu komen membina selepas habis membaca post ini ya

antara perkara baru yang telah saya tukar dan tambahkan di blog ini adalah seperti berikut:-

1. Header Blog

SEBELUM

Untitled-1

SELEPAS

Header3

kalau ditengokkan semula header yang lama itu memang buruk sungguh kan, nampak sangat kemalasan tuan punya blog.

2. Widget Laman Sosial

image

dengan adanya widget ini, maka lebih mudahlah sahabat sekalian untuk mengenali saya dengan lebih mendalam (macam ada pulak kan). Insyaallah akan saya approve siapa sahaja yang request saya di Facebook. tetapi yang penting jangan lupa perkenalkan diri dulu yup

Twitter pulak memang saya aktif sejak akhir-akhir ini, jadi followlah saya yer, sama-sama kita ber’mention’ dan ber’re-tweet’ antara satu sama lain. chewah

3. Widget Goodreads

image

ini adalah salah satu widget yang tersedia di laman Goodreads yang telah menjadi rumah ‘kedua’ saya selain Facebook dan Twitter. di laman inilah tempat manusia-manusia cintakan buku berkumpul dan berinteraksi di antara satu sama lain. kalau anda seorang ulat buku, saya pasti anda sudah maklum akan wujudnya laman ini.

kepada yang berminat boleh Register Goodreads di sini: http://www.goodreads.com/

sebenarnya widget ini adalah cabaran personal saya untuk menghabiskan bacaan sebanyak 50 buah buku setahun untuk 2011. tapi semacam sudah berkubur hasrat tersebut kerana sehinggan bulan november hanya 21 buah buku sempat saya baca. aduhai

4. Blogroll KAU ILHAMKU

image

KAU ILHAMKU adalah blog utama saya, kalau tidak tiadalah nama blog ini KAU ILHAMKU 2.0. jadi kepada sahabat yang ingin singgah di KAU ILHAMKU boleh terus klik-klik entri di sidebar ini. mudah, cepat dan ringkas.

oleh kerana blog ini adalah blog baru, maka pengunjung yang datang sangatlah sedikit dan hampir kosong. jadi jika anda sudi, followlah blog yang tidak seberapa ini. huhuhu

image

setakat ini sahajalah buat masa ini, Insyaallah blog ini akan sentiasa diupdate dari masa ke semasa. saya mohon kepada anda semua untuk memberi komen dan kritikan membina berkenaan wajah baru blog ini supaya saya dapat membuat penambahbaikan

sekian

wassalam

WORDLESS WEDNESDAY

 

Sebongkah_Batu_Di_Kuala_Berang

Bacaan awal bulan November

Saturday, November 5, 2011

SALAM AIDILADHA

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

100720111210

segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam. sesungguhnya kerana manisnya iman dan takwa, bernafaslah manusia di muka bumi ini semata-mata menuju pengabdian ke hadrat yang Maha Agung dan Maha Tinggi

semoga kita semua dijauhkan daripada segala kekhilafan yang menjurus kepada kemaksiatan yang menyesatkan

sekarang ini, perjalanan penuh kesabaran dan rona keindahan sedang berlaku di Tanah Suci Mekah. berpusu-pusu lautan manusia bakal berhimpun di Padang Arafah untuk melaksanakan ibadah wukuf.

sebagai manifestasi perhimpunan semula manusia di Padang Mahsyar, syukur ke hadrat Illahi, emak dan abah juga sedang turut menyertai perhimpunan tersebut

memang sungguh mengharukan keadaan ini saya kira bagi emak dan abah. apa tidaknya, setelah hajat ke tanah suci pada tahun lepas tidak kesampaian kerana masalah dalamam yang tidak dapat dielakkan, emak dan abah terus berusaha berhabis-habisan untuk terus ke sana pada tahun ini.

begitulah rencana manusia memang tidak tergapai rencana Allah yang Maha Agung. semoga emak dan abah sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang superb sepanjang berada di sana. di samping dihadiahkan Allah satu ganjaran kebaikan yang sudah tentunya lebih bermakna daripada seluruh bumi dan isinya. saya mohon doa emak dan abah untuk saya turut menjejakkan kaki ke sana buat kali kedua untuk menunaikan haji. Insyaallah

kepada kita yang berada di Malaysia. salam aidiladha saya ucapkan. semoga kedatangan bulan indah lagi berkat ini membawa lembayung kerahmatan akbar buat kita semua. lakukanlah korban dan perbanyakkan takbir. semoga manis iman dan takwa sentiasa berada tetap di hati kita

100720111240

salam alaik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...