Monday, October 17, 2011

PANGGILAN

assalammualaikum

sesungguhnya masa hampir tiba untuk kedua pencinta ku menjawab panggilanMu

panggilan yang telah mereka tunggu sekian lama

panggilan yang menyejukkan hati, menenangkan rasa dan menghilang gundah gulana

panggilan yang lebih mulia dan bermakna dari seluruh bumi dan seisinya

semoga segalanya berjalan lancar

doakan semuanya selamat bagi kedua pencintaku ini menjalani perjalan penuh berhikmah menuju keredhaanNya

LABBAIKALLAHUMMALABBAIK
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, October 15, 2011

TAHNIAH

Assalammualaikum

seperti yang awak sedia maklum, saya memang tidak dapat bersama untuk meraikan kejayaan ini

tetapi percayalah dalam hati saya, telah memandu lebuhraya sejauh 300km untuk bersama-sama meraikan kejayaan awak

Insyaallah, semoga segalanya berjalan lancar dan famili awak berbahagia dan bergembira di atas kejayaan anak sulung mereka

ini baru satu permulaan, banyak lagi dugaan mencabar yang bakal mendatang

CONGRATULATIONS FOR YOUR CONVOCATION DAY

AZI ASMINDA JOHARI

BACHELOR OF ENGINEERING (AGRICULTURE AND BIOSYSTEM)

2007-2011 (jangkamas lampau yang sangat bermakna, jadikan ia pendayung untuk mengemudi perahu masa hadapan)

Azi Asminda Johari

Friday, October 14, 2011

SAYA HANYA MERANCANG

Assalammualaikum

sesungguhnya jika awak ingin tahu, hati saya ini memang meronta-ronta ingin pergi

saya sudah merancang segala-gala. baju apa perlu dipakai, seluar apa perlu disarung. hatta minyak wangi yang mana harus disembur

jika awak ingin tahu, saya sudah bersedia merancang dalam kepala. bunga apa perlu dibeli, teddy bear mana harus dicari dan yang paling penting….

perkataan pertama yang harus saya ungkapkan kepada mungkin bakal kedua-dua mentua saya

saya memang sudah merancang

sesungguhnya saya memang sudah merancang rapi

tapi Allah jualah yang sebaik-baik perancang

tidak mampu untuk saya menghalang perancangan Allah yang lebih baik dan berhikmah. tidak mampu untuk saya mengatakan tidak

kerana ia sudah ditentukan sebelum kita berdua tahu kita akan mengenali antara satu sama lain

hanyak permohonan maaf yang mampu saya hulurkan dengan harapan awak sudi menerima

kerana saya memang selalu kalah akan perkara ini, awak pun mungkin sudah tahu akan hakikat itu

‘it is because my family always come first all the time’

150820111632

truly love you

BAGAIMANA IA BERMULA KAU ILHAMKU 2.0

Assalammualaikum

saya tidak tahu bagaimana hendak bermula dengan blog baru ini. hakikatnya blog personal baru ini. sudah bertahun lamanya saya menjadi seorang blogger. sekejap aktif sekejap pasif, ada waktu jadi mati. kini ingin bermula untuk sebuah blog baru yang menceritakan hal sendiri, tidak semudah yang disangka

blog KAU ILHAMKU adalah sebuah blog yang bercampur baur, bermula dengan keinginan untuk mempunyai blog sebagai medium meluahkan perasaan dan berkongsi renta kehidupan. blog tersebut berubah pula menjadi blog umum. jujurnya, blog yang mengutamakan trafik dan earning kerana kegilaan saya melihat mereka yang berjaya dengan NUFFNANG, ADVERLETS, MANGGA ADS, dan lain-lain

saya memang seorang yang sangat mudah bertukar fikiran dan berubah hati. juga mudah dipengaruhi. pabila melihat sesuatu itu berjaya dan hebat akibat daripada melakukan sesuatu perkara. saya akan mudah mengikut. kemudian pabila saya kurang merasai kejayaan itu. saya akan putus asa dan berhenti. itulah saya. dahulu. tetapi sekarang saya sudah mengambil pengajaran

kini saya mengambil keputusan. drastik dan cepat. berdasarkan pengajaran yang saya dapatkan. blog ini akan menjadi platform saya berkongsi pelbagai perkara peribadi yang layak dikongsi. manakala Blog KAU ILHAMKU akan menjadi blog berkongsi pelbagai perkara umum yang dirasakan menarik perhatian, berinformasi, mencuit hati dan apa sahaja. pasti tiada kena mengena dengan saya

sekarang tibalah anda ke blog personal saya sendiri. boleh anda untuk mengenali saya dengan lebih mendalam di sini dan saya juga ingin mengenali anda di sini. semoga kita semua boleh terus bersilaturrahim. Insyaallah.

Wednesday, October 12, 2011

INI ADALAH KAU ILHAMKU 2.0

Assalammualaikum

image

selesai juga membina satu blog baru. ia dinamakan KAU ILHAMKU 2.0.

kini saya telah membuat satu keputusan yang drastik, dirasakan betul dan mungkin baik untuk diri sendiri.

keputusan itu adalah dengan membezakan blog peribadi dan blog umum.

dengan ini saya memperkenalkan bahawasanya blog KAU ILHAMKU 2.0 ini akan menjadi blog peribadi saya yang ulung dan satu.

semua perkara apa yang berlaku pada diri saya, kenangan, harapan mahupun coretan sakit hati hanya akan diletakkan di blog ini.

blog KAU ILHAMKU pula terus akan menjadi blog umum untuk saya terus berkongsi pelbagai perkara daripada seantero dunia sepertimana yang anda lihat sekarang banyak gambar-gambar menarik, pelik, aneh dan indah dipamer di blog tersebut

keputusan ini dibuat lantaran memikirkan saya perlu satu platform khusus untuk menjadi bahan nostalgia di waktu senja nanti.

juga untuk berkongsi kepada sahabat handai, khalayak pembaca dan siapa sahaja berkenaan kehidupan personal saya yang layak dan boleh dikongsi

secara mudahnya jua, blog ini memudahkan untuk sesiapa sahaja untuk mengenali saya dengan lebih mendalam. jika ada

Insyaallah, saya akan istiqamah dengan blog ini dengan entri yang khusus dan tidak bercampur baur.

terima kasih kepada yang mungkin tersinggah ke blog sangat tidak popular ini

kunjungan anda amat saya hargai tiada terhingga dan percayalah kasih sayang saya telah menjadi milik anda. senyum dalam hati

sekian

wassalam