Saturday, January 4, 2014

JALAN-JALAN SABAH : LUANTI, SABAH TEA, PORING HOT SPRING

Assalammualaikum

Sudah masuk tahun baru. tapi entri Jalan-jalan Sabah tahun lepas belum habis lagi. apa nak buat, kesibukan melampau tuan punya blog membatasi diri ini untuk update banyak-banyak. walau apa cara sekalipun, kena habiskan jugak entri ini sebab kenangan manis haruslah dipatrikan sehingga habis. nanti anak cucu nak membaca 30 tahun akan datang tak best pula.

Oklah. kami masih lagi di Ranau ketika ini, banyak tempat sebenarnya tempat boleh dilawat di Kundasang dan Ranau ni tapi disebabkan cuaca yang kurang mengizinkan, banyak tempat terpaksa tidak dilawat dan masa di satu-satu tempat juga terpaksa dipendekkan.

Kita mula dengan Luanti, sebenarnya Luanti ni sungai yang ada banyak ikan besar-besar yang sedia untuk menggigit dan membuat kaki anda kegelian tahap rasa nak terkencing. haha. awal-awal masuk dalam sungai ni memang macam nak melompat je rasanya. tapi dah lama-lama macam tak nak keluar pula. 

Tiket Masuk : RM 5 seorang
Tempoh masa : 15 minit sahaja

Abah dengan selambanya bagi ikan makan. 

Ikan tu memang harus di bagi makan kalau tidak dia tak akan datang kat kita. tapi bila bagi makan sekali memang datang kerumunlah kaki kome semua. masa tu rasa macam nak pijak je ikan-ikan tu.

sedang kontrol macho perasan ada orang ambol gambar

bak kata penjaga tiket, selalunya air sungai jernih, tapi sebab musim hujan air keruh sikit.

ada jambatan gantung yang agak menyeramkan di sini

Kontrol gayat.
Sabah Tea
Bayaran masuk: Percuma

Tempat seterusnya adalah Desa Tea iaitu tempat di mana produk Sabah Tea dikilangkan. pada pendapat saya, tidak perlu juga datang ke sini kerana ia tidaklah secantik Ladang Teh di Cameron Highland tu. Tapi kalau nak rasa Teh Sabah di sini oklah sebab ada Restoran untuk makan-makan di sini.

Pemandangan Ladang Teh Sabah Tea

Air paling istimewa di sini. Tapi lupa sudah nama dia.

Agak kecewa dengan servis di Restoran Sabah Tea ini. lambat dan kerap terlupa pesanan. Kami terpaksa tanya 5 6 kali barulah hidangan yang dipesan sampai. Memang hilang mood sekejap masa tu

Poring Hot Spring

Bayaran Masuk : RM3

Kami sampai di sini saja hujan pun turun dengan lebatnya. nak tunggu hujan berhenti tapi nampaknya macam tidak akan berhenti sampai minggu depan. Jadi kami buat decision untuk beli rain coat yang memang dijual di kaunter.

oleh kerana hujan turun sangat lembat, tidak sempat nak snap gambar bebanyak. lagipun namanya pun Hot Spring kan. gambar yang diambil pun tidak seswai gitu nak dipamerkan. hehe. ada dua saja gambar. haha


Sian Baby Irshad pun kena masuk dalam plastik

Baby irshad yang semangat dan sihat dan asyik meronta-ronta
nak masuk dalam air panas.
Tahan Panas betul
Dalam Poring Hot Spring ini banyak lagi sebenarnya tempat menarik lain. Ada Canopy Walk, Gua Kelawar, Air Terjun dan lain-lain. memang kami tidak masuklah sempat rombongan sempat cuaca yang tak mengizinkan. Lagipun kalau nak masuk kesana moleklah pakai baju senaman yang sesuai kerana ala-ala jungle trekking gitu.

Sekian saja setakat ini. Next post adalah entri terakhir untuk Jalan-jalan Sabah. Nantikan

Wassalam

Jom ushar post lain jugak pasal Sabah ni:

RUMAH TERBALIK & JAMBATAN TAMPARULI
KEINDAHAN GUNUNG KINABALU
KUNDASANG & RANAU

Friday, January 3, 2014

CERITA KELAKAR HARI INI

Seorang pemuda yang baru pulang dari solat jumaat, terus pulang ke pejabat walaupun waktu rehat masih berbaki 30 minit.

Bekerja sebagai penjawat awam menjadikan beliau ingin menolak tanggapan sesetengah pihak yang penjawat awam sering mengular dan masuk lewat selepas rehat.

Sampai di pejabat, terus mengeluarkan kunci pintu dan membuka pintu bilik yang dibiarkan terkunci. banyak harta kerajaan di dalam bilik itu yang perlu dipelihara juga dipulihara.

Duduk sekejap. Buka komputer dan kemudian terasa seperti mahu buang air kecil. Kecil sahaja. tidak besar

Bergegas keluar dari bilik dan bergerak ke tandas hujung bangunan. Berkunci dan ada terdengar air paip bercucuran. ada penghuni sedang menunaikan hajat

Terus bergerak ke tandas kedua yang terletak di tengah pejabat. Tiada orang. pintu tandas terbuka luas. Masuk dan terus menolak pintu tandas dengan sedikit kuat. Yakin dan meyakinkan. Hendak menekan tombol untuk mengunci pintu atas alasan keselamatan

Tapi........

Tapi.......

Terkejut bukan kepalang

Tiada tombol di pintu untuk ditekan tetapi pintu terkunci. Pelik kan??

Tidak pelik kerana tombol sahaja hilang tetapi...

Sila rujuk gambar di bawah

Tombol hilang tetapi bahagian yang mengunci masih ada.
Jadi tiada tombol untuk dipulas untuk membuka semula pintu

Hilang akal sekejap. Cuba kaedah McGyver dan tidak berjaya.

Mengambil keputusan untuk merempuh sahaja pintu tetapi pasti telah merosakkan harta kerajaan.

Keputusan lain dibuat. Telefon kawan satu pejabat untuk membantu.

Kawan datang untuk membantu dan tidak berjaya. Panggil ramai lagi kawan lain untuk datang membantu. Keputusan di luar diambil untuk memecahkan sahaja pintu.

Nasib baik pintu plastik. 

Mangsa di dalam berjaya dikeluarkan selepas pintu habis rongak seperti dilanggar JCB

pemuda keluar dengan muka selamba dan yakin. lantas bertanya..

"dah lama ke pintu ni rosak?"

tanpa menunggu jawapan terus masuk ke bilik

terlupa untuk mengucapkan terima kasih

duduk di bilik dan buka email

terlupa juga untuk membuang hajat sebentar tadi.

Sekian cerita kelakar pada hari ini


P/S : Kisah Benar


Sumber; Tumblr

Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalammualaikum



Tiada lagi status-status di Facebook berkenaan Jumaat terakhir, Sabtu Terakhir, maghrib terakhir mahupun sujud terakhir untuk tahun 2013. Kini bermula pula era status Rabu pertama, Khamis pertama dan pastilah doa qunut pertama untuk tahun 2014. walau apapun, peralihan dari tahun lepas ke tahun baru pasti ditanggapi secara berlainan bergantung kepada individu.

Bagi saya tiada yang terlalu istimewa untuk peralihan tahun ini, ia hanyalah seperti peralihan hari biasa dengan penukaran nombor 3 kepada nombor 4 pada hujung tarikh. semua aktiviti tetap berlaku seperti biasa. Rutin yang wajib dilakukan harus diteruskan. Tiada kompromi. Aktiviti sepanjang hari juga tiada bezanya. Masuk kerja tetap jam 8, waktu pulang tetap jam 5.

Tetapi apa yang saya harapkan untuk tahun baru ini satu sahaja. Melakukan semua perkara dan memastikan setiap perbuatan adalah yang terbaik dan ditambahbaik berbanding tahun lepas. perkara yang baru dipelajari pada tahun 2013, akan diaplikasikan dengan lebih cemerlang untuk tahun 2014. mengurangkan kesilapan yang tidak patut dan memperbaiki kelemahan dengan pelbagai cara yang perlu.

Ia mungkin mudah untuk dipercakapkan, tetapi agak sukar sebenarnya untuk di lakukan, namu ia tidak mustahil bergantung kepada usaha yang akan dilaksanakan. 

Inilah azam tahun baru saya, usaha perlu dilipat gandakan, tawakal pula adalah perlu selepas usaha dan ikhtiar. InsyaAllah, ia pasti dipermudahkan.

Akhir kata, Salam Tahun Baru dan ini adalah entri pertama untuk tahun 2014

Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Monday, December 30, 2013

SEBAB-SEBAB PUTUS CINTA

Assalammualaikum

Bagaimana sesetengah orang mencari alasan untuk memutuskan sesuatu perhubungan?  Setelah mengenali di antara satu sama lain yang mungkin telah memakan masa bertahun-tahun lamanya dan kemudian hubungan tidak dapat diteruskan. pasti disertai dengan pelbagai alasan. ada yang konkrit dan ada juga alasan tidak masuk akal.

alasan itu perlu untuk memutuskan sesuatu perhubungan. alasan boleh datang dari sebab yang kukuh. sebab yang memang tidak dapat dielakkan malah jika diteruskan akan menambah bahana pula. ia berbeza pada setiap individu dan selalunya bergantung pada untung nasib jua. dengan kata lain Qada dan Qadar.

ada juga alasan yang datang dari sebab yang sangat tidak masuk akal dan sepertinya sekadar ingin melepaskan diri. saya kira ini adalah antara sebab yang paling kerap berlaku pada anak muda zaman sekarang. memulakan perhubungan tanpa asas iman yang kukuh selalunya akan runtuh jua di kemudian hari.

oleh sebab itu, marilah kita sama-sama menghayati Infografik di bawah ini tentang statistik sebab-sebab paling selalu berlaku apabila sesuatu perhubungan putus di tengah jalan. sebab-sebab ini jugalah yang sering menjadi alasan seseorang itu untuk memutuskan perhubungan.

http://dailyinfographic.com/breakup-reasons-infographic

Saturday, December 28, 2013

JALAN-JALAN SABAH : KEINDAHAN GUNUNG KINABALU

Assalammualaikum

Diam tak diam lagi beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Terlalu banyak kenangan manis yang ditinggalkan, tidak kurang juga kenangan pahit yang harus ditelan sepanjang perjalanan tahun 2013. Apapun, itu semua adalah asam garam kehidupan dan sebagai tanda kasih sayang Allah pada kita semua.

Entri kali masih lagi berkisar cuti-cuti saya dan keluarga ke negeri Sabah. Alang-alang ke sini maka amatlah molek untuk saya membawa mereka melihat keindahan Gunung Kinabalu yang dapat saya katakan sangat hebat dan harus kita banggakan sebagai rakyat jati Malaysia

Gunung Kinabalu ini selalunya dapat dilihat dengan jelas pada waktu pagi sekitar jam 6 pagi hingga 7.30 pagi. kemudian ia akan dilitupi awan tebal sehinggalah ke petang. sekiranya cuaca mengizinkan anda akan dapat melihat lagi dengan jelas pada sekitar jam 5 petang hinggalah ke maghrib.

Kami semua beruntung dapat melihat puncak tertinggi di Asia Tenggara ini sebanyak beberapa kali ketika berada di Kundasang. Alhamdulillah, setiap kali melihat ciptaan Allah yang hebat ini hati akan bergetar dan tersangat kagum . Tiada kata-kata yang spesifik dapat digambarkan.

Jom kita layan gambar.

Semua gambar pemandangan Gunung Kinabalu di bawah ini diambil terus dari balkoni Homestay yang kami sewa malam tu. memang nampak sangat jelas. Jadi jangan segan-segan nak sewa Homestay ini kalau bermalam di Kundasang ya.



















"Pabila kita berada di atas, selalulah kita memandang ke bawah, Pabila kita berada di bawah, janganlah bersedih kerana pasti ada insan lain yang sekian lama berada lebih bawah dari kita dan jangan pula berhenti berusaha untuk kembali semula ke atas."

"Seperti resmi Gunung Kinabalu ini, walaupun berada di puncak dunia, tidak pernah letih dan tetap setia menunggu insan baru menggapai puncaknya."

Dalam lingkungan jam 8 pagi, keseluruhan puncak telah hilang dilitupi awan


Followers